tak ada apa yang menarik sgt ketika raya ke-4 ini....abang ku saja yang sudah siap sedia hendak pulang ke rumahnya di kedah....tapi time tengahari , tiba la seorg ustaz yang kami datangkan dari Rawang untuk mengubati ayahku yang sudah terlantar sakit sejak 5 tahun lalu...kali ni buat rawatan secara Islam yang mana nak menghalau atau membuang anasir-anasir jahat yang mungkin ada dlm tubuh ayahku....kami semua berkumpul beramai-ramai utk melihat proces perubatan itu .
Alhamdulillah , perubatan tu berjaya mengesan sesuatu yang dihantar oleh org yang sakit hati pada ayahku selama ini....dan makluk tu telah selamat dibuang.....( tak perlu la aku cerita secara detail k....) dan aku pun mengambil kesempatan supaya ustaz cuba2 menengokkan budak adam ni...adam ni lemah semangat dan panas baran orgnya.....aku telah diarahkan memandikan adam dgn kain batik yang aku telah gunakan dan ustaz telah berikan sebotol air tangkal dan aku dikehendaki membaca surah Al-Fatihah sebanyak 70x....
sekarang ni semua arahan ustaz telah aku patuhi....InsyaAllah , sikap adam mungkin berubah sedikit demi sedikit.....
oh ya , ari tu aku tak beraya kemana-mana , just beli barang sikit dan isi minyak kereta utk buat persediaan berangkat ke kl keesokkan harinya.....
ok...itu sahaja....
No comments:
Post a Comment