Wednesday, July 27, 2011

DINNER

pic semalam . lama tul tak update bab makan malam ek...kekadang tu boleh la , kekadang tu kena gak skip sbb tak sempat nak snap pic  , dah terus ngap . ni kami gi JJ AU2 , lama gak tak kesini , seperti biasa , adam ngan eric gi ke tempat mainan bebudak kat tingkat atas dan aku pulak shopping sengserong , beli barang2 dapo skit. kat sini , tak semua barang boleh borong sbb harga adalah mahal sikit dari tempat lain  , so dpt beli sikit ajer..

pas dari tu , pi makan kat pizza hut , lama tul tak makan pizza sbb adam asyik la nak makan mee , kali ni , no mee-mee..dah jemu jelak dah. disebabkan hari gaji  , maka aku belanja makan malam tu . kami makan set utk 2 org dan sampingan hut's platter... sedap dan kenyang hingga nak tido .

siap makan , tgk air pancut kat situ pulak .tgk bebudak ni , sibuk mandi-manda kat situ..adam pun nak join jugak tapi setakat basuh tangan ajer . kaki seluar dah basah , ketawa besar la dia tu...kul 10mlm , air pancut dah tamat , baru bergerak balik rumah .

lazat...super supreme ( betul ke aku eja ni..)

hut's platter...ada sotong goreng ( bergelang tu )  , udang goreng tempura dan kentang goreng...

 banyak main dari makan...germ tul aku tgk dia ni...

suka sgt kat air pancut ni..

No comments:

Post a Comment