sejak 2 bulan lepas , aku dan adam masih lagik batuk-batuk.jadinya , minggu lepas kami berdua terjah ke klinik kesihatan di Ampang utk dptkan rawatan . kat sini , macam2 ubat aku dpt , dari ubat batuk , antiobiotik hingga la ke ubat asma . risau gak kalau ada penyakit lain yg baru nak menyinggah...lagik risau , kot la kena TB ke ..( sbb seorg opismate dah pun terkena penyakit ni ) .
rawatan utk aku , doktor soh pi buat x-ray paru-paru di Hospital Ampang dan kena bagi sample kahak setiap pagi utk 3 hari berturut-turut . dan adam pulak , kena dptkan injection di lengan dan tunggu 3 hari utk dptkan keputusannya . adoi..penat tau berulang-alik dari rumah , klinik kesihatan ,hospital ampang dan ke opis semula . kesudahnya , sepanjang 2 minggu ni , aku mmg masuk lambat .
pada aku , kerja tu tetap kerja , sampai bebila pun takkan habis tapi yg penting kesihatan kena la juga kita jaga . kalau sakit ,camana pulak nak keja...betul tak? oh ya ,keputusan sakit apa ( aku dan adam )akan diketahui dlm minggu ni ( sebelum raya ) apa-apa pun penyakitnya , aku terima dgn redha , at least pas ni ,aku kena berhati-hati dlm pemakanan dan aktiviti seharian .
ok la , tak tau nak tulis apa lagik...layan pic ni ...sebenarnya mata dah ngantuk ni ...huhuhu
see...aku sampai kul 7.15pg , dah beratur panjang...kul berapa la agaknya org depan tu dtg?
jam dah kul 7.30pg ,baru boleh masuk klinik , tapi ttp kena tunggu gak...hish , bercinta betul la kalau ke klinik kerajaan ni..
peneman setia aku , dia pun kena batuk-batuk gak..kesian anak mama...
surat rujukan ke hospital ampang ...kena buat x-ray la pulak..
sementara menunggu giliran , sempat lagik aku ni...heheheh..
3 bekas utk sample kahak...kena letak kat kaunter lab dan balik..minggu depan kena refer doc semula..
x-ray yg telah dibuat..keputusan kena ambik pada 23/8/2011 ( ptg time ) di hosp ampang .
semua ni ubat asthma utk aku dan adam...
No comments:
Post a Comment