Thursday, May 24, 2012

AL-FATIHAH UTK SAHABAT

al-Fatihah utk sahabat tersayang kepada Allahyarmah Nor Erma Diana Mokhtar ...beliau telah kembali menemui Penciptanya pada 15  May 2012 yg lepas .

tak sangka , minggu lepas aku telah menerima yg mengejutkan . beliau yg pernah aku kenali sejak memula kaki melangkah ke alam pekerjaan pada tahun 1999 dahulu semasa kami interview bersama di bangunan TM di Taman Desa KL dan tidak sangka kami bekerja di bawah satu bumbung yg sama di TMP Melaka jln gajah Behrang . aku kenali dia sebagai seorang kawan  yg baik , penuh rahsia dan lembut suaranya .

Bermula dari  sapaan pertama beliau kepada aku   , kami berkawan dan arwah la kawan agak rapat dgn aku semasa di Melaka . segala cerita suka dan duka even segala cerita rahsia kami  ,kami luahkan bersama . Setiap petang , lepas balik dari keja , kami berdua mesti  makan di chicken hart dan window shopping di Mahkota Parade .

 bersama arwah ( tepi kiri )

Keakraban kami tidak lama , setahun baru mengenali , arwah minta tansfer ke HQ kl ..even kami berjauhan , kami ttp berhubung melalui sms ataupun telefon  . Tahun 2001 , aku bercadang utk transfer ke HQ kl , sebelum transfer , kepada beliau la utk rujuk bagaimana keadaan di HQ finance dan di mana tmpt aku nak stay di kl nanti . bulan April 2002 , aku pun transfer ke KL...selama hampir setahun tidak berjumpa , kami berjumpa semula setelah sekian lama berpisah . gembira tidak terkira ,  tapi keakraban kami seperti di Melaka ,sedikit berkurangan , maklum la memasing sudah  ada kengkwan memasing .

Pada tahun 2003 , beliau telah meletakkan jawatan  . sejak dari tu , kami terus berpisah ...kenangan sebelum berpisah , arwah la yg memula mengenalkan aku kepada nasi beringin yg sedap tu di opis...mmm..banyak betul kenangan bersama arwah  yg aku simpan selama ini .

sejak ada fb   , pada akhir tahun 2009 , kami dapat berjumpa semula di Midv. Kami  bertukar-tukar cerita , bergelak bersama dan makan lunch bersama kengkawan yg lain . ya  , itulah hari terakhir aku berjumpa dgn nya setelah terpisah sekian lamanya .

sehingga ke hari ini , aku kena terima hakikat , beliau telah pergi utk selama-lamanya .Al-fatihah....

2 comments:

  1. meninggal sebab ape ni..ko ni citer abes penah aku bace jiwang ko...last aku xde reason..hurmm...kecewe je..hahah...che anna

    ReplyDelete
  2. dgr cerita dari FB adiknya , dia meninggal sbb kena buatan org...entah la ...next time tulis tu biar boleh paham ye...2-3x aku baca tau..

    ReplyDelete