aktiviti hari sabtu aku minggu lepas...bangun pepagi dan clearkan sekotak mainan adam yg banyak tu...spt biasa yang mana tak elok dan tertanggal tayar atau patah akan aku let go ke tong sampah . yang ok , aku simpan semula dlm kotak ataupun masuk dlm plastik utk dibawa ke kampung . biar arr dia main dgn sepupu-sepupu dia yg lain....tapi yg tu , kena nyorok sbb kalau dia ternampak , mesti dia masukkan semula dlm kotak tadi . uhuhuhuhu
nak kemas ni , kena make sure budak tu tido , klu idak abis dia keluarkan semuanya dan sepah kat hall...haih , time tu , semua yg rosak pun tak boleh nak buang . sekarang ni , dah kurang sikit barang atau mainan adam yg tak guna dlm rumah , rasa kosong sikit rumah ni....
separuh dah keluarkan....
dlm plastik mydin tu , aku dah selamat buang dlm tong sampah...huuhuhuhu
No comments:
Post a Comment