Hari ni hari ahad..pepagi kul 8pagi , aku dah dgr pengumuman dari speaker surau yg berdekatan...bila diamati , rupa-rupanya ada aktiviti sembelih binatang korban dijalankan dan pembahagian kupon dan daging akan diadakan...
so , lepas mandi , aku dan adam pun turun le ke bawah flat aku ni utk melihat , proses sembelih , pemotongan daging dan pembahagian kupon dijalankan...sedang kami berdua tgh tgk tu , tetiba ada seorg mak cik ni dtg agih-agihkan duit RM1.00 kepada budak-budak yg ada .
tapi yg menjadi kemusyiklan kat aku adalah....tangan dia hulur duit , tapi mata dan mulut tgh tgk dan sedang berbual dgn org lain....lansung tak bersungguh nak bagi kat adam atau aku yg dok tertonggok dpn mata dia.....dan adam pulak , mmg jenis pemalu , takkan ambil apa-apa yg org bagi...aku yg kat tepi adam ni , mmg la takkan amik sbb katanya utk anak-anakkan? kang aku amikkan utk adam , dia kata suruh anak yg amik....so , aku diamkan aje la...tup-tup ,mak cik tu bersuara cam nak marah dan bengang...katanya ' saya nak bersedekah , tapi awak tak nak pulak ?? '.....dan dia terus berlalu dgn muka masam ...
memula aku sound adam jugak la...kenapa tak nak amik???? adam diam aje la....dah sampai rumah , baru aku terpikir...aik??? kenapa nak marah pulak....dah nak sedekah , sepatutnya , kena la beriya bagi kat tgn budak atau mak budak tu....kata bersedekah kan??? kena la jaga adab dan kata-kata tu....haih!!! cam tak ikhlas aje makcik oiii...ke saja nak tayang kat org yg ramai-ramai tu , ko tgh buat amal jariah???
mmm...entah apa-apa aje la org sekarang ni??? sepanjang aku dok sini , sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman mmg ada kat sini...bukan sahaja penduduk flat , bahkan mak-mak kat tadika adam pun sama pattern aje aku rasa...baru ada bizz sendiri , dah bersikap pilih dgn sapa dia nak berkawan....siap pandang org atas bawah , tu yg tak boleh blah tu...masa hari sukaneka kat Impian Country Resort di Hulu Langat tempohari , mmg dah nampak dah depan mata sikap-sikap mereka ni...
apa-apa pun , pasal makcik tadi , mmg aku cam rupa makcik tu ,sbb dia selalu jadi org kuat klu satu parti ni buat function kat flat aku ni....mmmm...malas aku nak layankan...sombong tak bertempat!! ...tak kemana pun...aku pun tak suka berkawan dgn org camni , menyesakkan kehidupan aku seharian aje nanti...
k la....la ni tgh tunggu org agihkan daging korban sat lagi...kupon aku dah amik dah....so , kul 12 tghari mmg akan terpacul la muka aku 2 beranak kat situ kang....byeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment