Friday, March 8, 2013

KEMPEN KESIHATAN & KESELAMATAN 2013

kejadian ni masih lagi berlansung selama 3 hari ni opis aku  . dlm tempoh 3 hari ni , pelbagai pameran dan aktiviti berkenaan dgn kempen keselamatan dan kesihatan telah di adakan di lobi Menara TM , mmg banyak manfaat yg kami dpt dari kempen ini , ada penerangan pasal breast cancer , pemeriksaan kesihatan spt berat badan , kolestrol , kiraan jumlah glukos dlm darah , pemeriksaan paru-paru , nasihat mengenai pemakanan  , pemeriksaan mata dan telingga , derma darah dan penerangan mengenai keselamatan ke tmpt kerja dan sebagainya . rugi tau klu tak daftar atau join aktiviti2 tu . klu kat luar , mmg dah sah-sah berbayar , tapi kat sini semuanya percuma .

hari pertama , aku dan kengkawan just mendgr penerangan ringkas mengenai keselamatan di tempat kerja   . aku dgn kengkawan yg lain suka aje la singgah dari satu booth ke satu booth  , sambil dgr penerangan serba sedikit dari pegawai bertugas  , sesambil tu jugak mendaftar nama utk join mana-mana kelab cthnya kelab alam sekitar , secara tak lansung , dpt juga cenderahati sebagai kenangan .

hari kedua , ada pameran bab kesihatan pula  , mmg best tau . kat sini ada byk booth dari hospital dari M'sia yg volunteer utk periksa kesihatan dan nasihat kepada kami di Menara TM . yg paling best , cenderahati pun dpt jugak . haih!!! ruginya kepada sesapa yg tak pergi tu , bukannya bayar pun , semuanya percuma tau .

Dgn adanya kempen ini , aku pun mengambil kesempatan utk mencuba bagaimana rasanya menderma darah...weih...ni pertama kali dlm hidup beb!!!! mmg best , badan rasa cergas aje .... lepas menderma  , nasib baik tak rasa cam nak pitam atau muntah cuma rasa berpinar aje sekejap , tapi aku gagahkan jugak diri ni berjalan-jalan kat lobby tu..lepas makan , baru rasa stabil  . oh ya , secara jujurnya  , mmg aku mencari-cari  aktiviti derma darah camni coz dari dulu aku teringin nak bantu org dlm kesusahan . at last , dpt jugak ...( sungguh murni kannnn?

k la , layan pic  .


peace!!! best rupanya derma darah ni...next 3 month nak derma lagi...klu ada peluang lagi

persediaan ...memula tu rasa seriau juga..

dari saya dlm kumpulan 'O'...jenis darah yg mmg dicari-cari oleh pihak hospital coz jenis O boleh menderma tapi tak boleh accept dari kumpulan lain utk induknya....lepas ni nak main nyorok-nyorok la..hehehe

memula mmg seriau k..dah la jarumnya besar...pastu dah tak rasa apa-apa dah . tak sampai 5minit , kantung utk 300ml telah pun penuh...chaiyok!!! chaiyok!!

kantung darah dah penuh , time nak cabut semua-semua tu dari lengan .

sebagai permulaan , cuma 300ml sahaja yg dibenarkan...huhuhu
ni boss aku...suka bebenor dia menderma darah .

lepas menderma , dpt minum air milo panas secawan dan muffin sebijik utk kembalikan semula tenaga..

hasil rembatan pada hari kedua . pelbagai brochure ttg kesihatan dari 3 wakil hospital..oh ya , dpt jugak pil utk tambah darah semula..hehehe

ini pula brochure dari kempen tentang kesihatan hari pertama . banyak maklumat berguna tau . pada hari itu   , aku dah pun mendaftar nama sebagai Ahli Alam Sekitar...jgn buat pembakaran terbuka tau , kang aku report !!

ini la cenderahati yg aku kumpul sepanjang 3 hari berlansungnya kempen di Menara TM tu...sgt best tau

No comments:

Post a Comment