hari tu la punya cerita , aku kena amik report card budak ni , sebaik aku duduk sebelah cikgu , cikgu terus hulur beberapa helai kertas peperiksaan adam , setiap satu aku belek , wah!!semua markah adam semuanya hampir nak ke-100 . cuma ada salah sikit-sikit tu , adat la kan?? bila terus report card , wah!!! lagi terkejut aku dibuatnya ..mana taknya ?? adam dpt no 5 dlm kelas . maunya aku tak bangga?? maklum la , teringat dgn keputusan adam tahun lepas , mmg budak ni memanjang dpt no 2 dari belakang . suka sgt aku kat budak ni !! oh ya , aku dah janji ngan adam , utk peperiksaan penggal kedua , akan aku bagi ipad mini klu dia boleh dpt no 1 , 2 atau 3 . suka aje la budak tu .so , adam kena belajar rajin-rajin .
keputusan peperiksaan adam yg amat memberansangkan utk penggal pertama
utk sessi persekolahan tahun 2014 , aku telah pilih 2 sekolah utk adam nanti . memula aku utamakan utk mencari sekolah kebangsaan dahulu , seawal tahun 2012 , aku dah sibuk tanya dan research , bagaimana nak buat pendaftaran sekolah rendah . mujur juga kakak aku di Rawang banyak membantu. Pilihan aku utk tempatkan adam di Sekolah Keb .Taman Kosas Ampang menjadi keutamaan , memandangkan sekolah itu adalah dekat jaraknya dari rumah , hanya 200meter sahaja . Nanti aku nak hantar adam ke sekolah atau ambil dia pun mudah . Oh ya , utk pendaftaran , aku buat secara online .Dari situ saban waktu , mmg aku pantau setiap apa-apa info untuk tindakan ibubapa supaya aku tak ketinggalan .
pendaftaran secara online
Kafa Intergrasi Al-Wahidah di Bukit Indah Ampang menjadi pilihan aku
bila dah selesai urusan pendaftaran sekolah kebangsaan , aku mencari pulak sekolah agama utk adam . Di taman aku ni , ada 2 sekolah agama yang berhampiran , satu di Bukit Indah Ampang dan satu lagi di Taman Rasmi Ampang . kedua-dua sekolah ni bawah pengelolaan pihak Jais . Bila nak buat keputusan yg mana nak tempatkan adam dgn baik , aku rujuk kepada Owner Taska Marina - Hanim , ( taska transit Adam selepas dia balik sekolah tadika Kemas ) .
Menurutnya , dia syorkan aku masukkan adam di sekolah Agama di Bukit Indah Ampang coz murid-murid akan disediakan sarapan pagi yg berat setiap hari , selain tu juga ada kelas mengaji Muqaddam .klu dibandingkan dgn sekolah satu lagi tu , yg mana bebudak akan membeli makanan dari lori bergerak yg dtg ke sekolah . oh!! bila dgr camtu , mmg aku tak suka coz aku tak tau tahap kebersihan penjual dan paling aku tak suka , budak-budak ni terdedah dgn makan jajan yg entah apa-apa . baik aku bayar setiap bulan dan ambil sekolah yg menyediakan makanan yg mmg kita tahu tahap kebersihannya . Dan sekarang , aku dah pun sette membuat pendaftaran utk sekolah agama Kafa Intergrasi Al-Wahidah di Bukit Indah Ampang .
ini gambar pasport utk sekolah agama . aku snap kat rumah aje..nasib baik budak ni nak bagi kerjasama
Baru-baru ni , aku dpt surat dari Sek. Keb Taman Kosas , kena buat pengesahan pendaftaran , mmg wajib aku dtg awal pada 1st August nanti . sbbnya aku takut terlewat dan berkemungkinan tiada penempatan plak . Nanti aku kena juga buat pembayaran awal utk sessi persekolahan awal tahun depan juga . pada aku , klu dah bayar , confirm la dpt tempatkan?? kena cepat klu macam ni .
kenapa lah masa tu lewat sgt??? kul 10 pagi baru nak berurusan , aku nak masuk opis kul berapa plak?? masalah tul
awal -awal dah ditetapkan bayaran ...nasib baik murah aje..
No comments:
Post a Comment