Monday, August 5, 2013

INNER MAGIC

hai..jumpa lagi sebelum kita balik beraya..

oh ya ni , ni aku nak tunjuk sikit barang yg aku beli kat lobby TM ni...

ini lah dia anak tudung  terbaru .org jual tu cakap    , namanya inner magic atau anak tudung syria . tapi klu pakai ni , nanti awning tu akan jadi muncung sikit ,  tak le melekap terus kat dahi .sbbnya ia dipanggil magic kerana ada getah cerut kat belakang  . nanti bila dah masuk kat kepala . cerut getah tu plak  , baik aje terletak kat belakang tengkuk dan secara automatiknya  , awningnya akan menjadi muncung sikit dan yang palingggggg best , ianya tidak mencengkam kat telingga k .itu yg best!!

selama ni , ada 2-3 helai jugak anak tudung syria yg aku gunting kat belakang tp semuanya cam hampeh , ttp juga melekap kat dahi , tp bila dah jumpa mcm ni , terus aku rembat 2 helai ( kelabu dan hitam ) oh ya , yg pink  tu utk adik aku kat JB .harganya cuma RM10.00 aje sehelai .

ok la  , lepas ni  , boleh le cuba mcm-mcm fesyen tudung yg lain plak .hehhehe

see , ada cerut kat belakang ...mmg best anak tudung jenis camni .


boleh juga di pakai klu korang nak berjogging ke...pi kedai ke...sgt simple

tuan tanah dgn inner magic ..tudnung ni aku dah gunting awningnya yg dah rosak , sekrg dah jadi tudung syria...see , anak tudung tu tak melekap kat dahi .i like!!

1 comment: