hai..layan lagi gambar-gambar raya sebelum raya habis ni .
ini pic raya pertama , pagi raya ini la juadah wajib ada atas meja . sayur lodeh , sambal kacang terbaek dari air tangan mak , ayam masak merah ,rendang dan nasi impit atau ketupat , mmg berulang mkn dari pagi sampai le ke mlm . mmg layan tu aje la selain kuih raya .
tahun ni buat ketupat ...ada org request nak mkn ..
sementara tunggu org lelaki balik sembahyang raya , kami sibuk sediakan apa yg patut . tuan tanah , lain plak kejanya...begambar...bergambar...bergambar selagi tak meletup hp tu .hehehehe..
layan k , pic i yg sedikit kurus tu berbanding budak pakai kurung hijau tu .hiks..hiks..
bersama adam dan anak buah
semua giler bergambar..tak sangka pulak diorg ni hantu gambar sebenarnya...selesai bergambar sakan , bile semua orang dah ada , so , kita bersalaman dan bagi ang pow raya .mmg gamat rumah jadinya . budak-budak la yg happy ... see..korang tgk la kegamatan keluarga kami ..mmg kecoh bile budak-budak tu dpt duit raya..nasib baek i bagi banyak k..
selepas bersalaman dan bergambar , dlm kul 11.00pg kami semua bergerak ke rumah atok pula
( belah mak ) . even atok dah tiada , kami menziarah mak sedara yg berkampung disitu . selain tu , dpt jugak adam kutip duit raya.hehehehe
sbbkan kekenyangan , kat sini just mkn kuih raya dan minum air aje...selebihnya banyak berborak dan bergambar..
selepas beraya di rumah atok , kami beraya ni rumah mak long ( kami panggil moklong ) . ini adik beradik sebelah arwah ayah . penuh rumah moklong dgn keluarga kami aje , maklum la 4 kereta u .
moklong ku sayang ..moklong mmg terror buat putu piring dan nasi lemak dgn sambal yg mantop ..siap berniaga lagi kat kedai kopi sebelah rumahnya
tuan tanah lagi .
selepas beraya rumah mok long , kami beraya ke Parit Samsu , Muar plak . nak beraya rumah pak sedara aka rmh pak njang ...ini rumah abang arwah ayah aku ...tapi pak njang plak tak ada . cuma anak-anaknya aje la yg melayan kami semua .
memasing dah keletihan ..maklum la dah masuk ptg...panas plak tu
see...mata orang kiri tu pun dah kuyu...laki sapa la tu??
rumah terakhir yg kami terjah adalah rumah mak sedara belah arwah ayah juga iaitu rumah mak tam ( tapi kami panggil mek tam ) . tiada gambar yg sempat aku snap sbb dah keletihan dan ngantuk . maklum la dari kul 11.00pg sampai le ke kul 4.30ptg tau...bebudak aje yg tak reti penat..berkejaran la budak-budak tu tgk ayam belanda dibelakang rumah mek tam . last-last , semua ngadu kena gigit nyamuk .
k la.. gambar pokok yg cantik ni aje sempat aku snap...mmg cantik dan besar pokok ni didepan halaman rumah mek tam , tapi aku tak tau namanya...anyone knows ??
k...itu sahaja cerita utk raya pertama . next , raya ke-2 plak .
No comments:
Post a Comment