Oh ya , ada lagi pic raya utk tatapan korang . ini yg last aku tepek k..pas ni janji dah , pic raya dah abis..tahun depan plak ye...
ini suasana raya yg ke - 6 , kali ni keluargaku dari Johor mahu beraya di KL plak . Tujuan asal adalah nak menghantar abang kandung aku ke KLIA , tapi flightnya kul 8.00 mlm , memandangkan semua adik beradik yg lain mmg nak balik ke Kuala Lumpur selepas hampir seminggu beraya , maka mereka semua bersepakat bawak mak beraya di rumahku dan di rumah ucu di Subang . Rumah adik di Pantai Dalam dan kakak di Rawang mmg tak sempat nak singgah sbb dikuatiri tak cukup waktu utk sampai ke KLIA .
Seawal pagi aku dan cik abang dah berkejaran di dapur , nasib baik cik abang rajin juga membantu di dapor...mudah dan cepat sikit keja ku...Oh ya , pagi tu , aku cuma masak mee goreng 2 versi ( mee kasar dan meehoon ) dan keladi goreng . Dlm kul 11pagi , konvoi 3 kereta pun selamat sampai dgn jayanya even ada yg sesat juga .
k la , layan pic ...sbb aku tak ada idea nak tulis apa lg .huhuhuuh
diorg tengah menjamu selera
yg baju putih tu , bapa mertuaku...si kuning mcm buah langsat tu cik abang saya la...
mak , kakak di rawang dan adik dari JB
lepas makan mee , makan kuih raya plak ..
anak-anak mak yg comel..kurang seorg sbb tak berapa nak comel..hehehehe
Selepas berehat dan makan kuih raya , kami meneruskan perjalanan ke subang pula . konvoi 4 kereta meneruskan perjalanan ke rumah ucu .Kali ni kita beraya ala-ala org kaya sekejap maklum la di Kondo tu..nak masuk parking pun hazab di pos pengawal nun dan mencari parking utk visitor . Pintu nak masuk ke lif di lobby pun masalah jugak , kena touch kad baru la boleh masuk ..adoiii..rasa kerdil diri ini .
kat sini , kami semua di jamu dgn makan tengahari . nasib baik lauk sedap , hati senang mata plak dah ngantuk ..huhuhu....kaum lelaki dok berborak , kaum ibu dah terbaring dlm bilik dan budak-budak sibuk bermain sesama mereka..kekadang aje terdengar diorg sibuk nak mandi kat swimming poll di bawah...haih!!! org beraya sibuk la dia nak mandi-manda ...
Ptg time baru la kami balik ke tmpt yg dituju ... k la...setakat ini sahaja . next time jumpa lagi .
No comments:
Post a Comment