Friday, October 3, 2014

PICNIC DI SUNGAI TUA ULU YAM

Ni pic kami berpicnic sekeluarga sebelum kami sambut hari family day TSSSB tempohari . lagi seminggu nak ke tarikh family day , cik abang dah ajak aku dan anak-anak survey jalan ke tapak perkelahan itu . dah alang-alang nak ke situ , kami bersepakat nak berpicnic sekaligus . Ini la hari kami berpicnic di Sg Tua Ulu Yam .

seawal pagi , aku dah bangun utk menyiapkan makanan utk dibawa bersama  . aku masak simple-simple aje..mee hoon goreng , sandwich telor  , air oren dan nugget goreng sikit . mmg excited nak pegi ni , segala bakul plastik yg dok tersimpan semasa bersalinkan adam dulu dah pun digunapakai semula . sebelah malamnya  , kami dok packing baju utk mandi dan persalinan balik nanti..budak-budak aku suruh tido awal supaya senang nak kejut cuma ayah dan mama je tido lewat tak apa .

otw ke sana kami melalui highway MRR2 , mmg lenggang...masuk aje kwsn batu caves , kami dah menggunakan applikasi wave sbb dua-dua tak tau jalan . mmg best drive di waktu pagi  , dpt menghirup udara segar  lebih-lebih lagi melalui jalan kampung .

sampai di kwsan mandi-manda Sg Tua , cari parking dan sila la bayar utk masuk ke sana . bayaran masuk adalah RM1.00 utk dewasa dan RM0.50 utk kanak-kanak .hanya perlu berjln sikit aje utk sampai kat kaki air...korang cari la port yg sesuai utk dok bersantai bersama keluarga .

k la , korang layan pic kami ni . pada hari tu  , semua ahli keluarga dok berendam dlm air yg sejuk cam air batu tu...apa-apa pun , kami semua mmg gembira pada hari itu .







2 comments:

  1. seronok bila keluarga bsr. mcm2 karenah mcm2 peel. penat tp seronok :)

    ReplyDelete
  2. mmg seronok . aku bersyukur dgn rezeki dan jodoh yg telah ditetapkan oleh yg Maha Esa . AC pun ok ( ko pun tau dia camnakan?? )

    ReplyDelete