Friday, April 22, 2016

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 3

hai korang ..jumpa lagi...punya la lama aku nak update part 3 ni....tapi aku gagahkan jugak nak mensettelkan jugak cerita yg  lama ni...hihihihi...

wei..apa nak story ni ?? adoii...sudah lupa dah trip ke Vietnam ni....mau tak lupa ?? dah nak setahun kot ???

apa yg aku ingat  aku gi  Chu Chi tunnel ( siap google ko....hahaha...sudah lupa namanya ) kat sini just tgk peningalan time perang dulu...mmg best tapi panas sikit arrr...apa-apa pun mmg seronok..

korang layan pic k....sbb aku dah tak ingat dah....


masa kat pintu masuk..pelbagai jenis senapang masa perang dulu

bersama ex-opis mate aku dulu


ni geng tiga serangkai ...kami mmg akan bertiga masa kat Vietnam..nak shopping pun bercalling-calling ( time kat Vietnam je la )
 

time ni dlm terowong bwh Tanah...mmg kena terbongkok bongkok nak berjalan..apa-apa pun mmg best dok dlm ni sbb sejuk je..maklumla kat atas cuaca tgh panas

ni makanan semasa perang...kat situ jugak mereka sediakan utk pelancong ...korang boleh merasa bagaimana rasanya ubi kayu rebus cicah dgn kacang goreng tumbuk campur dgn sedikit gula...minuman pula adalah air teh plus daun pandan...yerk ...tak sedap coz kurang gula...
 
 
ini adalah sample dapor diorg...kat bawah Tanah tu arr tmpt diaorg memasak ..
 
 
lepas lawatan ke Chu Chi Tunnel , kami melawat ke pej pos besar di Vietnam...tak ada apa-apa pun kat sini cuma kami  melawat bangunannya yg cantik dgn ukiran nya yg halus..dgr kata , pengukir dan pembina bangunan ni adalah org yg sama yg mereka cipta Eiffel di Paris..hebatkan ???...mmg seruis cantik
 


bangunan Pej Pos Besar di Vietnam

ni kat dlm pula...mmg besar dan luas...cantik sgt...bergambar aje la kat sini ...huhuhu

selepas dari tu , kami ke HARD ROCK CAFE VIETNAM...tmptnya dekat aje...nak jln kaki pun boleh tapi penat punya pasal menjelajah hutan siang tadi , kami nak naik van jugak. ..kat sini  , pada aku mmg tak ada apa sgt pun...sbbnya barang mahal dan berurusniaga guna dollar.....keychain yg kecik pun dah RM60.00 hengget ??? ...mmg tak la aku nak membelinya...just bergambar sahaja dan merasa jugak jejakkan kaki di situ .

bergambar di mercu tandanya
 



 


suka tgk pic ni...tgh time kurus...hari terakhir di sini mmg badan aje ada kat sini , hatiku dah semestinya sudah berada di Malaysia rindukan suami dan anakku Adam...waaaa...dah tak sabar nak balik KL

Oh ya ....ni antara sajian makanan tengahari semasa kami di sini ..mmg mewah dgn makanan...tiap kali lunch mesti ikan siakap jadi hidangan ..sedap plak tu...mmg berbaloi amik package dgn kawanku ini Aznita namanya ...klu ada next trip ke Jakarta atau ke Bandung , InsyaAllah aku nak join lagi ..kali ni nak bawak suami atau Adam...



 


Sepanjang stay kat sini , aku suka betul makan buah manga Vietnam ni...dah la besar..manis plak tu...dan yg penting murah...diorg meniaga di tepi-tepi jalan dan akan potong buah dan terus packing..so korang akan mkn buah-buahan yg fresh...sepeket ata sebijik besar manga ni cuma RM3.00 sahaja klu tak silap .



yg coklat-coklat tu buah ciku..gila punya besar.,..buah ciku belakang rmh mak di kampung cuma cenonit-cenonit je...tapi kat sini sebesar penumbuk..yg best , manis plak tu...nasib baik aku bawak balik buah ciku dan buah manga ni ke  kl lepas masa kat airport...yg kesiannya  , member aku tak lepas nak bawak balik nangka...tak pasal-pasal kena buang dlm tong sampah....kesiannyaaaa
 

tgk tu.....mmg meleleh air liur tgk buah-buahan tu semua...
 
kat bawah ni semua adalah permandangan biasa di tepi-tepi jln di Vietnam...mereka hidup dgn berniaga...tetapi ada jugak yg meminta sedekah ...diorg meniaga ni start dari kul 7.30pg sampai le kul 11.00 mlm...macamni la...klu seorg dah dtg hampiri korang  , akan ada 2-3 org lagi yg mencuba nasib ...pada aku mmg rimas tapi nak buat camana ..cakap aje tak nak , senyum pastu blah terus .


 bab baju ke ...seluar ke...selipar ke..tak payah la risau klu bwk sikit dari KL...mmg berlambak org berniaga dan murah pula tu..paling havoc time kul 6.00 ptg...sana sini diorg mcm kelam kabut nak bukak meniaga..silap-silap , motor dah hampir dgn kita sambil diorg menolak kereta sorong memasing .haih...macam-macam le...







Keesokkan harinya , kami dah nak balik M'sia dah..diwaktu malam tu , kami pulun nak habiskan duit Dong dgn shopping di pasar malam yg berdekatan dgn hotel kami...yg mana nak beli jubah cotton ke ...kurung manik ke...mmg ini la tmptnya..betul -betul sebelah hotel kami. tapi time ni  , aku mcm tak berminat dgn kurung bermanik-manik ni...sbb aku dah aim dan dah dpt jubah cotton , telekung dan kain cotton ...kat sini setakat tgk-tgk dan temankan member shopping .

ok la , setakat ini sahaja cerita percutian aku ke Vietnam ...rasa seronok pula ...klu ada package yg murah ke sini lagi , may be aku nak join tapi bawak suami atau anakku Adam...biar la sesekali diorg merasa tgk negara org pula .


k la , jumpa korang lain kali ....bye

Tuesday, June 2, 2015

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 2

hai...jumpa lagi...fuh..gila punya lama nak tunggu part 2 kan?? sorry la korang , aku sibuk seminggu ni....pasal yg tu nanti aku update ye..tapi lambat sikit sbb ada 2 part lagi yg aku kena sudahkan .

ok la , hari ni aku nak story pasal hari ke-2 kami di sini . pagi ni jadual perjalanan melancong kami sgt ketat sikit ..sbb kami nak menyusuri Sg Mekong menaiki perahu .ohhh...rasa tak sabar pulak ..jommmm


ini la hotel yg aku stay sepanjang berada di Vietnam...klu org M'sia sebut 'Thanh Thu'..klu org Vietnam yg sebut 'Thanh Ter '...mcm tu la kekdahnya..mmg selesa klu korang dok sini ...tmpt mkn halal mmg di sekeliling kita dan klu nak pegi pasar mlm atau nak beli brg keperluan yg urgent , mmg dekat je kedai-kedai disekelilingnya . time ni waktu pagi kul 7.30pg...tgh tunggu bas aka van yg besar utk bawa kami ke sg Mekong


ni permandangan di hadapan hotel tadi ..kedai baju...kedai makan halal..spa...mmg ada je kat sekeliling ...kat sini mmg penuh org Malaysia je tapi kebanyakannya cam sombong padahal satu negara ko .

ni adalah nasi daging aka sarapan kami pada pagi tu..kena makan pagi yg heavy sbb perjalanan nak ke sg Mekong amik masa 2 jam duduk dlm bas/van panjang tu .boleh pilih daging atau ayam tapi aku pilih daging sbb dah jemu dgn ayam ...mmg sedap k .

ini la kengkawan yg aku dah remind jgn tinggalkan aku sengseorg klu diorg nak merayap pegi shopping atau kemana-mana .mesti pegi bertiga tau .

ni pula kopi Vietnam yg sedap gile..hari-hari aku minum kopi ni sampai teringat-ingat bila dah tiba di Malaysia..

Sepanjang perjalanan  , aku tak amik pic pon...just memerhati tmpt org dgn pelbagai gelagat ...kitaorg dlm van asyik gelakkan aje karenah org sana ...huhuhu..mcm-mcm yg kami tak jumpa kat M'sia ni tau . salah satunya , korang tgk la keadaan pendawaian elektrik yg sangat kucar-kacir ni...giler arrrr..hihihi

kat M'sia hade mcm ni??? boleh meletup tau ...

sebelum sampai kat jeti sg Mekong  . kami singgah di pusat jualan bag ..mmg murah giler..sebaiknya beli kat sini sbb klu di jeti , harga dah naik sekali ganda .maklum la kwsn pelancong dan tmpt ni mm tersorok sikit dari pandangan luar .

see...byk lagi beg-beg  yg besar , kecik , comel , tak comel..semua ada..

ok..kami dah pun sampai di jeti sg Mekong..bersedia nak naik bot utk dibawa ketengah sungai dan kita naik perahu pula lepas tu utk menyusuri hilir sg Mekong pula .keadaan cuaca kat Vietnam agak panas dan berbahang ..sentiasa la berlengan pendek , bawak kipas tangan  ( klu boleh bwk yg saiz besar   , bawak air 100 plus utk menambah tenaga semula  , dan juga topi dan tuala kecil utk lap peluh )

see...muka tuan tanah dlm bot sebagai bukti beliau masih gagah utk bergambar meski pun dah berpeluh-peluh


turun baik-baik tau , ada buaya dlm sungai ni...

aku lagi...belakang tu , isteri kepada Farouk ( tourist guide kami di Vietnam )

wah...happynya tuan tanah tu...bergumbira dgn kengkawan...hilang stress dgn karenah anak-anak di rumah . terima kasih sayangku sbb bagi keizinan dan jaga budak-budak tu...Di sini kami nak ke suatu tempat yg terpencil di hilir sg Mekong tu..katanya ada ladang lebah , kilang candy kelapa dan menikmati buah-buah tempatan .Perjalanan selama 45 minit mmg sgt mengasyikkan ...sgt best time kat sini .

tiba di ladang lebah , yg paling bestnya dpt pengalaman baru  iaitu merasa sendiri madu lebah yg masih ada di sarang...just cucuk jari dlm sarang tu , dan kemudian rasa...mmg sgttttt sedap...original madu tau ..selain tu boleh bermain dgn ular sawa yg besar..selama ni aku takut nak pegang ular atau letak ular kat bahu , tapi kat sini aku try kesemua ...

see...sarang lebah yg aku cucuk jari tadi tu...mmg betul-betul jadi kenangan utk aku sampai bila-bila .
kami juga diberi rasa air teh madu berperisa pandan...mmg rasa tak sedap tp aku minum jugak...

kami lagi...panas dan penat tau time ni..rasa nak mandi je

jemput minum air teh madu perisa pandan ni...

selepas itu , kami menikmati lagu vietnam dari awek-awek seksi vietnam ni...diorg ni boeh jugak nyanyi lagu melayu  .tapi  rasa nak tergelak aje la...

sambil dgr lagu , kami di hidangakan dgn buah-buahab tempatan Vietnam..paling aku suka buah mangga dan buah ciku...sampaikan aku bawak balik Malaysia buah-buahan ni tau...

lepas tu , kami di bawa ke kawasan kampung,..di sini diorg jalankan perusahan kelapa ...mcm-mcm diorg buat..ada candy kelapa..gula-gula kelapa , cookies kelapa...tabung dari sabut kelapa dan mcm-macam lagi ...byk jugak aku borong kat sini

kemudian kami beramai-ramai naik kereta kuda keliling kampung

hampir setengah hari kami berjalan-jalan ,sudah sampai masanya kami balik semula ke jeti .tiba di bot , kami disajikan dgn air kelapa muda yg fresh...mmg terbaik la..

sebelum balik ke hotel , kami singgah makan tenghari di satu masjid yg aku pun dah lupa namanya...masakan lauk-pauk mmg sedap...mmg makin gemuk klu semakin lama aku stay kat vietnam ...huhuuhu

Sepanjang perjalanan balik ke hotel , kami semuanya tertido sbb kekenyangan dan keletihan ...apa-apa pun mmg seronok ..takkan lupa pada kenangan ini semua...

ok la  , tunggu aku update cuti-cuti ke Vietnam Part 3..kali ni kami byk shopping ...lagikkkk seronok .

Wednesday, May 27, 2015

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 1

hai jumpa lagi...kali ni nak story pasal percutian pertama aku jejakkan kaki ke luar negara .planning nak  ke bandar Ho Chi Min City  , Veitnam , mmg dah lama terpendam .selama ni asyik tgk kengkawan aje yg berseronok holiday dan bershopping  , kali ni aku berpakat dgn opismateku utk join package yg ditawarkan oleh rakan sekerja juga  . package yg sangat berbaloi dan mmg best . aku recomened!!! Package percutian 4H3M ( termasuk makan/minum / tour ( menyusuri Sg Mekong , melawat Chu Chi Tunnel , melawat Muzium , Pej . Pos Besar  , ke Bant Than  Market dan hotel ) cuma RM580.00 dan tiket penerbangan AirAsia
( promosi masa tu ) cuma RM250 pergi-balik ( KLIA2 - Ho Chi Min City )...murahkan?? korang hanya bawa duit shopping je...

Bermula dari bulan Aug 2014 , aku dah bagi nama utk sertai package melancong ke Vietnam . Walaupun masa tu tgh sibuk kes MH370 dan MH17  , aku redha je la...hihihi..Aim utk ber holiday ni mmg kami dah tetapkan bila dpt bonus 2015 nanti..mmg terbaik utk shopping , duit tgh banyak  . Tanggal 9hb May sehingga 12hb May , kami seramai 15 org terbang menuju ke Bandar Ho Chi Min  , Vietnam .

Lebih kurang 2 jam penerbangan kami dari KL ke sana . mmg tido aje la jawapnya sbb kami bertolak malam iaitu pukul 7.40 mlm . Terima kasih pada cik abang kerana sudi menghantar aku pada hari tu...utk first time ni , aku pergi sendirian je... puas dah pujuk cik abang ttp dia tak mau ikut...haih...susah tul nak ajak dia berjalan . klu tak dah consider pra honeymoon kami utk Anniversary yg pertama tak lama lagi hihihi .

Sampai di airport Vietnam , kami di jemput dgn sebuah van yg besar...tourist guide kami kat sana adalah seorg brader dari Ipoh yg mmg menetap dan pun berkahwin dgn org Vietnam , namanya Farouk . dia la yg banyak bantu dan terangkan segala-galanya pada kami semua .lagi senang berkomunikasi dgn org Malaysia ..betul tak??

sampai je di hotel , kami semua di jemput utk mkn malam di restaurant Islam yg mmg berhadapan dgn hotel kami tu...mmg sedap dan puashati dgn hidangan yg disediakan .selesai  mkn , org perantaraan Farouk dtg ke restaurant utk proses penukaran duit Dong dan pembelian sim kad utk kemudahan berhubung dgn org tersayang . lepas siap semuanya , kami bebas nak buat apa pun...nak masuk bilik ke...nak mandi ke...nak shopping kat pasar malam ke....suka hati la sbb perjalanan melancong kami akan bermula keesokkan harinya ...pada mlm tu , aku dan kengkawan yg lain mmg amik kesempatan utk usha barang2 dan harga di pasar malam...esok baru kita boleh membeli belah pula .

k la korang , tunggu aku update lagi ye...korang layan pic dulu ye...


pasport dah ada...makin panjang la langkah aku pas ni ...

sempat bergambar dkt shopping complex yg banyak dlm KLIA2..tup tup ..member dah jerit kena cepat...berlari-lari aku ke Hall 18 utk masuk ke perut kapal terbang,,,fuhh ,,,mmg jauh berjalan dan penat giler..mlm tu , kami org ke-2  yg terlewat masuk.. mujur jugak dpt masuk even semput sbb berlari ...pengalaman yg tak boleh dilupakan

dari kl kul 7.40 mlm..sampai kul 9.40mlm...pertama kali jejakkan kaki di bumi org...first thing cari toilet..mmg tabik spring kat diorg..bersih gila ok!! cuma kepala paip aje tak ada...so , kena sediakan botol kosong sentiasa dlm bag sbb macamana korang nak cebok ??

bergambar lagi ..satu hape pun tak paham...

ini la hotel kami menginap..sgt puashati dgn servicenya ..kedai makan halal , mmg senang utk di cari...ada je berderet-deret kat hotel kami ni

ini la lauk makan malam kami mlm tu...ada ikan siakap masak sweet sour tau...lupa nak snap..kat sini kami asyik makan je...dah tu ikan besar-besar plak tu...mmg berbaloi package ni..aku rekomen kepada sesapa yg nak pergi ke Vietnam .

ini la bilik aku mlm tu...aku dgn partner yg aku tak kenal...tak kesah pun sesapa...janji enjoy...bilik yg selesa dan semua kemudahan tip top

lepas mkn dan tukar duit Dong ( 1 juta Dong = RM170.00 ) kami beramai-ramai jenjlan cuci mata kat pasar mlm  . pasar malam ada dibawah hotel kami aje..mmg terbaik la...

setelah puas jenjalan cuci mata , wajib beli air kopi Vietnam..mmg terbaek dan aku rekomened kepada semua org yg pegi sana utk mencuba..mmg akan teringat-ingat sampai balik Malaysia .secawan hanya RM3.00 aje..diorg terima ringgit kita juga even setakat niaga naik motor je