Wednesday, May 27, 2015

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 1

hai jumpa lagi...kali ni nak story pasal percutian pertama aku jejakkan kaki ke luar negara .planning nak  ke bandar Ho Chi Min City  , Veitnam , mmg dah lama terpendam .selama ni asyik tgk kengkawan aje yg berseronok holiday dan bershopping  , kali ni aku berpakat dgn opismateku utk join package yg ditawarkan oleh rakan sekerja juga  . package yg sangat berbaloi dan mmg best . aku recomened!!! Package percutian 4H3M ( termasuk makan/minum / tour ( menyusuri Sg Mekong , melawat Chu Chi Tunnel , melawat Muzium , Pej . Pos Besar  , ke Bant Than  Market dan hotel ) cuma RM580.00 dan tiket penerbangan AirAsia
( promosi masa tu ) cuma RM250 pergi-balik ( KLIA2 - Ho Chi Min City )...murahkan?? korang hanya bawa duit shopping je...

Bermula dari bulan Aug 2014 , aku dah bagi nama utk sertai package melancong ke Vietnam . Walaupun masa tu tgh sibuk kes MH370 dan MH17  , aku redha je la...hihihi..Aim utk ber holiday ni mmg kami dah tetapkan bila dpt bonus 2015 nanti..mmg terbaik utk shopping , duit tgh banyak  . Tanggal 9hb May sehingga 12hb May , kami seramai 15 org terbang menuju ke Bandar Ho Chi Min  , Vietnam .

Lebih kurang 2 jam penerbangan kami dari KL ke sana . mmg tido aje la jawapnya sbb kami bertolak malam iaitu pukul 7.40 mlm . Terima kasih pada cik abang kerana sudi menghantar aku pada hari tu...utk first time ni , aku pergi sendirian je... puas dah pujuk cik abang ttp dia tak mau ikut...haih...susah tul nak ajak dia berjalan . klu tak dah consider pra honeymoon kami utk Anniversary yg pertama tak lama lagi hihihi .

Sampai di airport Vietnam , kami di jemput dgn sebuah van yg besar...tourist guide kami kat sana adalah seorg brader dari Ipoh yg mmg menetap dan pun berkahwin dgn org Vietnam , namanya Farouk . dia la yg banyak bantu dan terangkan segala-galanya pada kami semua .lagi senang berkomunikasi dgn org Malaysia ..betul tak??

sampai je di hotel , kami semua di jemput utk mkn malam di restaurant Islam yg mmg berhadapan dgn hotel kami tu...mmg sedap dan puashati dgn hidangan yg disediakan .selesai  mkn , org perantaraan Farouk dtg ke restaurant utk proses penukaran duit Dong dan pembelian sim kad utk kemudahan berhubung dgn org tersayang . lepas siap semuanya , kami bebas nak buat apa pun...nak masuk bilik ke...nak mandi ke...nak shopping kat pasar malam ke....suka hati la sbb perjalanan melancong kami akan bermula keesokkan harinya ...pada mlm tu , aku dan kengkawan yg lain mmg amik kesempatan utk usha barang2 dan harga di pasar malam...esok baru kita boleh membeli belah pula .

k la korang , tunggu aku update lagi ye...korang layan pic dulu ye...


pasport dah ada...makin panjang la langkah aku pas ni ...

sempat bergambar dkt shopping complex yg banyak dlm KLIA2..tup tup ..member dah jerit kena cepat...berlari-lari aku ke Hall 18 utk masuk ke perut kapal terbang,,,fuhh ,,,mmg jauh berjalan dan penat giler..mlm tu , kami org ke-2  yg terlewat masuk.. mujur jugak dpt masuk even semput sbb berlari ...pengalaman yg tak boleh dilupakan

dari kl kul 7.40 mlm..sampai kul 9.40mlm...pertama kali jejakkan kaki di bumi org...first thing cari toilet..mmg tabik spring kat diorg..bersih gila ok!! cuma kepala paip aje tak ada...so , kena sediakan botol kosong sentiasa dlm bag sbb macamana korang nak cebok ??

bergambar lagi ..satu hape pun tak paham...

ini la hotel kami menginap..sgt puashati dgn servicenya ..kedai makan halal , mmg senang utk di cari...ada je berderet-deret kat hotel kami ni

ini la lauk makan malam kami mlm tu...ada ikan siakap masak sweet sour tau...lupa nak snap..kat sini kami asyik makan je...dah tu ikan besar-besar plak tu...mmg berbaloi package ni..aku rekomen kepada sesapa yg nak pergi ke Vietnam .

ini la bilik aku mlm tu...aku dgn partner yg aku tak kenal...tak kesah pun sesapa...janji enjoy...bilik yg selesa dan semua kemudahan tip top

lepas mkn dan tukar duit Dong ( 1 juta Dong = RM170.00 ) kami beramai-ramai jenjlan cuci mata kat pasar mlm  . pasar malam ada dibawah hotel kami aje..mmg terbaik la...

setelah puas jenjalan cuci mata , wajib beli air kopi Vietnam..mmg terbaek dan aku rekomened kepada semua org yg pegi sana utk mencuba..mmg akan teringat-ingat sampai balik Malaysia .secawan hanya RM3.00 aje..diorg terima ringgit kita juga even setakat niaga naik motor je

Thursday, May 21, 2015

CUTI-CUTI CAMERON HIGHLAND

Ini n3 lepas kami habis tournament TMP FIT 2015 yg telah diadakan di Kuantan tempohari  .Malam sebelum bertolak balik ke KL , cik abang dpt wassap dari family Mak Lang ( adik kembar cik abang ) yg diorg ada kat Cameron Highland . ada 1 bilik kosong dlm apartment yg mereka sewa dari Bank Rakyat tu...sooooo...apa lagi , berbunga hati aku ni nak pergi ke Cameron Highland tu..maklum la dah puas bisik-bisik kat telinga cik abang yg aku teringin nak bermalam kat sana .dan akhirnya dpt jugak !!! seronok tul .

Perjalanan dari Kuantan ke Cameron Highland mmg amik masa yg lama , lebih kurang 5 jam ..padahal Cameron Highland tu berada dlm neg . Pahang . aku pun pelik jugak , takkan la kena masuk KL semula utk tuju ke Tapah ?? otw dlm perjalanan , sempat jugak aku baca blog-blog org utk cari jalan paling dekat ke arah sana ..mujur juga ada ...laluan mengikut lebuhraya Pantai Timur -Barat aje dah amik masa 2 jam..pastu keluar kat Bentong Timur ( laluan kampung ) pastu keluar kat Pekan Raub , Felda Kroyan dan terus keluar kat  Ringlet..dari Ringlet kena amik simpang ke Tanah Rata..dari situ korang drive la lebih kurang 45 minit utk sampai ke Pekan Tanah Rata .fuh...kematu punggong aku duduk dlm kereta..nasib baik dok sebelah aje tak kena drive...

sampai di Tanah Rata  , terus calling-calling keluarga Mak Lang  , diorg dah sampai ke belum sebab apartment Bank Rakyat tu diorg yg sewa..so  , kami kena follow diaorg utk sampai ke aparment . lps masak-masak dan makan tengahari , kami 2 keluarga jenjalan melawat ke kebun teh .mmg cantik betul permandangan selepas hujan lebat ptg tu . Mlmnya kami jenjalan di pasar malam di Brincang pula...Mcm-mcm yg aku borong  , maklum la sgt excited tgk barang-barang yg dijual dgn harga yg murah..klu boleh nak beli semuanya...suhu pada mlm tu sgt la sejuknya..

ok la, keesokan harinya  , kami semua bertolak balik lepas singgah di pasar pagi . kat sini aku tak memborong banyak cuma 2 peket strawberry segar dan 3 pokok kaktus...duit  bonus kena simpan sikit ye sbb aku nak shopping kat oversea plak seminggu pas tu...tungguuu aku update ye , bye!!


cantikkan permandangan di kebun teh lepas hujan...udara sgt nyaman sekali .

gambar couple ni mesti ada dlm blog ye..huhuhu

aku dan anak saudaraku

pelbagai cenderahati yg comel di jual di pasar pagi



strawberry manis..belum sempat turun ke Tanah rata , dah selamat masuk dlm perut budak-budak ni

ni la budak bertiga yg habiskan 2 pek strawberry tu


pelbagai jenis sayuran..murah plak tu...4 barang RM10.00

tara....pelbagai macam barang aku beli...

Monday, May 18, 2015

TMPOINT FIT 2015 & HOLIDAY KAMI SEKELUARGA

ni entry lps kami balik bercuti di Port Dickson tempohari...akhir bulan April hari tu mmg sibuk memanjang sehingga la akhir bulan may nanti...selang seminggu ada je aktiviti utk kami sekeluarga...kali ni kami ke Kuantan Pahang pula atas sebab ada tournament bowling, badminton dan Dinner company .

Cik abg mmg minat dan aktif dlm bowling dan badminton so mmg dia masuk bertanding mewakili ibupejabat.Aku sebagai isteri dan kekasih hatinya ( chewaah...) mmg sentiasa ada bersama utk bg semangat .Alhamdulillah ..beliau n geng menang dlm pertandingan itu. 

Di Kuantan Pahang kami menginap di hotel Grand City Hotel..hotel biasa-biasa je utk kami anak-beranak bermlm sepanjang 3 hari di sana...memandangkan kami baru dpt bonus kami angkut sekali anak-anak sekali gus berholiday sakan...mmg tepat tul timing yg CFO setting..time tgh masyuk ni boleh bawa keluarga mkn angin juga..

3 hari 2mlm di Kuantan..kami tidak berjln ke mana-mana just tgk tournament cik abang..mula-mula lawan  bowling di Berjaya Shopping Complex , disini kami sempat juga pusing-pusing jenjalan cuci mata dan makan-makan .. Keesokkan harinya tgk ayah  main badminton Sport Center  UIA Kuantan pula...tak kisah semua tu...janji kami sekeluarga ada bersama-sama di setiap masa.

ok layan pic kami di Kuantan tempohari...tak byk pun picnya sbb tak sempat nak posing bagai...pas abis tournament kami sekeluarga ke Cameron Highland pula...tunggu aku update ye...

barisan pemain bowling ibupejabat..tahniah...dpt no 3


 aku dan anak-anak..setia menunggu sampai habis games ..
 
keesokan harinya ada pertandingan badminton dan bola jaring.. time ni tgh berlawan dgn TMP Sabah ..mmg makanan budak diorg ni la.tak sampai 10 minit diorg dah menang ..terror jugak kan??utk perlawanan Badminton , ibupejabat Juara Keseluruhan .

Di luar court Badminton , budak-budak ni sibuk buat senaman dgn perkakas yg ada...ye la  , diorg ni dah tahap boring duduk dlm court ..berpanas plak tu...tak pe la uolls semua..lps ayah tamat games , jom kita ke Cameron Highland plak ye...





 

k korang...next entery ..moh kita ke Cameron Highland ...pra honeymoon , shopping dan jenjalan habiskan duit .huhuhu 

Thursday, April 30, 2015

FAMILY DAY GROUP WASSAP ' WARUNG KOPI ' 25-26 MAY 2015 - PD

hai...pagi semua..hari ni khamis 30.4 aku berkesempatan nak update blog lagi . bukan time keja tau ..hari ni cuti utk seluruh warga TM di Menara TM ni kerana ada Annual General Meeting Shareholder di sini . berkebetulan pula hari jadi cik abang yg ke-39 tahun , mmg kami berdua nak dating di luar . anak-anak semuanya aku dah hantar ke sekolah memasing-masing ye... sebelum lunch di luar , singgah jap di opis  , jadi sempat la aku nak update blog aku ni .

oh ya , n3 dlm blog aku ni akan ada banyakkkk tp semua tu cerita yg campur-campur , maksudnya ada yg baru ada jugak yg dah lama . korang layan je la kan ....

ok la ..ni nak cerita terbaru pasal family day kecil-kecilan yg kami buat tempohari .sesaja nak buat family day dgn group wassap kengkawan lelaki cik abang aku ni . actually  , setiap tahun diorg buat tapi tahun lepas kami belum bernikah lagi , berkawan berdua pun senyap-senyap di luar pengetahuan kengkawan , so time tu mmg tak la aku nak ikut dan menonjolkan diri...tunggu aje la dan akhirnya aku dah jadi sebahagian family diorg ..

kalau tahun lepas  , diorg berbarbeque di Pelumpang  , Selangor tapi kali ni buat di Port Dickson pula . Perancangan ini di buat  dari tahun lepas lagi dan tahun ni dpt merealisasikan .kami beramai-ramai check in di Bougainvilla Resort Port Dickson . not bad tmpt tu , even keadaan bilik mmg style lama tp semua kemudahan lengkap  , ada tmpt barbeque...ada swimming pool , bilik yg luas dan paling penting kemudahan toilet dan aircond semuanya tip top .

Family day diorg ni just utk merapatkan silaturrahim antara diorg..selain tu boleh juga para isteri berkenalan dgn isteri kengkawan yg lain , anak-anak pula berkawan dgn anak-anak yg lain dan yg paling penting dpt merelease tension setelah penat berkerja . 

pada hari tu , kami sampai awal di resort sbb cik abang telah dipertanggungjawabkan utk collect kunci dari admin resort . bila semua dah berkumpul , kami beramai-ramai menikmati minum ptg dgn apa yg ada...sementara tu budak-budak dah melonjak nak mandi pool di situ .walaupun cuaca mendung , budak-budak ni mmg seronok berendam dlm tu...tak ketinggalan  aku dan cik abang turut berendam juga .

Pada sebelah ptg , aku dan anak-anak  bersiar-siar di tepi pantai . penat juga nak menapak utk sampai ke gigi air  .walaupun air tengah surut  , tak ape kita main pasir pula . Sebelah malam pula , akan diadakan barbeque ..pelbagai makanan yg disediakan...memasing bawa mknan secara pot luck ...mmg betul-betul kenyang mlm tu .

ok la , sampai sini aje la...korang layan pic pula ye...k bye .

resort kami pada hari itu

ini la bilik kami ...

 sgt luaskan??? boleh muat satu lagi family

budak-budak ni dah melonjak-lonjak nak mandi kolam...bila aku ok je..berdezup diorg salin baju mandi


 

 

 


                        Geng-geng si ibu...bru pertama kali aku join club ni



                                            Geng-geng warung kopi 

                           Hasil tuaian di PD sebelum pulang ke kl

Wednesday, April 29, 2015

DAH LAMA PINDAH RUMAH..HIHIHIHI

adoi...dpt comment dari Puan Afne , amboiii...komennya sgt la tersentap jiwa dan raga kakak nak update blog yg dah bersawang ni laju-laju...haih...bukannya tak mau update  , tapi mmg tak sempat memanjang...hari-hari sibuk ...bila kat rumah plak , hari-hari mau .eehhhh..silap la...hari-hari sibuk dgn kerja-kerja rumah yg tak pernah habis...dgn karenah anak-anak lagi...mmg tak dan nak belek-belek laptop .klu dpt baring atas tilam tu  , mmg terasa syurganyaaaaaa....confirm mata tu kejap aje dah terlelap ..huhuhuhu

Actually dah lama pindah pon..selepas nikah hari tu  , kami sekeluarga menumpang di rumah abah mertuaku selama 6 bulan , sementara nak mencari rumah sewa , nak move barang-barang dari rumah Ampang dan juga proses perpindahan sekolah Adam dari Ampang ke Serdang mmg terpaksa la buat mcm tu...bila kami dapat rmh sewa mak lang aka kembar cik abang , terus aje la mengangkut dan menggemas dgn jayanya .Alhamduillah  , hampir 6 bulan aku sudah duduk sebumbung bersama dgn suami dan anak-anak .

oh ya , pic rumah tak boleh nak tayang k...maklum la rumah kecik aje...pastu rumah sewa plak tu..haihhhh segannya kakak nak tunjuk kat korang .tapi rumah aku ni mmg senang nak mencarinya...just cari McD Taman Equine dan dibelakang tu ada sederet rumah flat  . hah!! klu nak dtg rumah , jgn lupa bawak makanan utk tuan rumah tau .

k la , itu saja starting blogging aku hari ini . entah bila lagi nak update Wallahu Alam . klu ada tu mmg mood tgh rajin la tu...

last but not least , aku selitkan pic aku dan cik abang tersayang . sygggggg la sgt kat dia ni tau...huhuhuhu


Friday, October 31, 2014

TENGAH SIBUK PACKING BARANG

Hai korang...jumpa lagi...dah seminggu blog aku menyepi.bukan aku tak update ye..tapi tak lepas nak publish..biasa la guna hp murah jek..sangkut kat mana agaknya?.bila aku nak delete dah tak boleh dah...mmm.nyampah..

cerita aku hari ni...aku sekarang tgh sibuk nak packing barang utk pindah rumah...hampir 5 bulan jugak la aku dan cik abang hidup PJJ sebagai suamiisteri..bila dah jumpa rumah sewa ni , terus je la buat plan nak pindah..penat dah rasanya mcm ni...pagi sabtu ke serdang...ptg ahad dah balik semula ke ampang...hah!!! mcm tu la perjlnan hidup aku selama ini.

oh ya..aku akan berpindah penghujung bulan Nov ini...kira bulan Dec nanti..aku dah jadi warga serdang...haih ..takutnya nak pindah..maklum la 7 tahun hidup solo bersama adam , sesuka hati aku nak telingkup ke...tergolek smp ptg ke...mmg tak ada siapa nak kisah...tapi bila dah berkeluarga semula, segalanya perlu diubah...harap-harap membawa sinar baru dlm hidup aku semula .amiinnn..

k.la...sekrg ni mmg sibuk mengemas..setakat hari ni baru 4 kotak settle..memula aku packing kat brg kat dapor..byk betul tupperware yg baru dan tak guna dlm kitchen kabinet aku tu...la ni dah pon selamat aku sedekah kat member-member terdekat dgn aku..pas dari tu aku start packing buku cerita dan latihan adam...yg ni mmg byk aku bwk ke rmh baru nanti..boleh la dikongsi dgn baby dan kakak nanti..dan semlm pula aku packing cadar /selimut dan tuala yg kurang digunakan...mmm...penat!!  setiap mlm mcm ni lah rutin ...dok kemas...kemas...kemas ...smp la hujung bulan Nov nanti...

k..jumpa lagi...ada keje menanti sekrg ni...nanti aku story lagi..byeeee

Tuesday, October 21, 2014

HAPPY DEEPAVALI 2014

esok hari raya Deepavali...lama ke korang bercuti?korang bercuti ke mana je tu?? Sebagai warga TM ni..kami semua bercuti panjang..dari hari rabu sampai la hari ahad..fuh...giler dok rmh klu tak pi mana-mana dihari cuti ini.

plan aku bersempena dgn cuti panjang Deepavali ni nmpk gayanya mcm terganggu sikit...mana taknya, elok-elok aku yg bercuti panjang tp anak aku si Adam kena pi sekolah pada hari khamis dan jumaat tu...adoiii...baru nak stay lama sikit bersama cik abang...sob...sob...begini la hidup suamiisteri yg dok berPJJ ni...sentap tau!!

utk hari esok..pepagi tadi aku dah drive ke serdang sebelum ke opis...park kereta di sana...kebetulan adam nak stay rmh abahnya selama 2 hari di ampang...mmm...ok sgt la tu...dari aku dok senseorg kat rmh  baik aku stay bersama cik abang di serdang...mujur juga PJJ kami tak jauh...lebih kurang setengah jam driving dah pun smp...huhuhu...tapi tak pe la Ros...susah sekarang je tu.....tak lama lg dah nak pindah daaa....( pujuk hati sendiri )

k la korang...sampai sini saje...klu korang bercuti balik kampung atau berholiday bersama keluarga, hati-hati memandu tau...bg aku dan keluarga, belum ada planning apa2 lagi utk cuti hari Deepavali esok...klu ada pon setakat jenjln keluar mkn atau tgk wayang je...

bye semuaaaa....