Wednesday, May 27, 2015

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 1

hai jumpa lagi...kali ni nak story pasal percutian pertama aku jejakkan kaki ke luar negara .planning nak  ke bandar Ho Chi Min City  , Veitnam , mmg dah lama terpendam .selama ni asyik tgk kengkawan aje yg berseronok holiday dan bershopping  , kali ni aku berpakat dgn opismateku utk join package yg ditawarkan oleh rakan sekerja juga  . package yg sangat berbaloi dan mmg best . aku recomened!!! Package percutian 4H3M ( termasuk makan/minum / tour ( menyusuri Sg Mekong , melawat Chu Chi Tunnel , melawat Muzium , Pej . Pos Besar  , ke Bant Than  Market dan hotel ) cuma RM580.00 dan tiket penerbangan AirAsia
( promosi masa tu ) cuma RM250 pergi-balik ( KLIA2 - Ho Chi Min City )...murahkan?? korang hanya bawa duit shopping je...

Bermula dari bulan Aug 2014 , aku dah bagi nama utk sertai package melancong ke Vietnam . Walaupun masa tu tgh sibuk kes MH370 dan MH17  , aku redha je la...hihihi..Aim utk ber holiday ni mmg kami dah tetapkan bila dpt bonus 2015 nanti..mmg terbaik utk shopping , duit tgh banyak  . Tanggal 9hb May sehingga 12hb May , kami seramai 15 org terbang menuju ke Bandar Ho Chi Min  , Vietnam .

Lebih kurang 2 jam penerbangan kami dari KL ke sana . mmg tido aje la jawapnya sbb kami bertolak malam iaitu pukul 7.40 mlm . Terima kasih pada cik abang kerana sudi menghantar aku pada hari tu...utk first time ni , aku pergi sendirian je... puas dah pujuk cik abang ttp dia tak mau ikut...haih...susah tul nak ajak dia berjalan . klu tak dah consider pra honeymoon kami utk Anniversary yg pertama tak lama lagi hihihi .

Sampai di airport Vietnam , kami di jemput dgn sebuah van yg besar...tourist guide kami kat sana adalah seorg brader dari Ipoh yg mmg menetap dan pun berkahwin dgn org Vietnam , namanya Farouk . dia la yg banyak bantu dan terangkan segala-galanya pada kami semua .lagi senang berkomunikasi dgn org Malaysia ..betul tak??

sampai je di hotel , kami semua di jemput utk mkn malam di restaurant Islam yg mmg berhadapan dgn hotel kami tu...mmg sedap dan puashati dgn hidangan yg disediakan .selesai  mkn , org perantaraan Farouk dtg ke restaurant utk proses penukaran duit Dong dan pembelian sim kad utk kemudahan berhubung dgn org tersayang . lepas siap semuanya , kami bebas nak buat apa pun...nak masuk bilik ke...nak mandi ke...nak shopping kat pasar malam ke....suka hati la sbb perjalanan melancong kami akan bermula keesokkan harinya ...pada mlm tu , aku dan kengkawan yg lain mmg amik kesempatan utk usha barang2 dan harga di pasar malam...esok baru kita boleh membeli belah pula .

k la korang , tunggu aku update lagi ye...korang layan pic dulu ye...


pasport dah ada...makin panjang la langkah aku pas ni ...

sempat bergambar dkt shopping complex yg banyak dlm KLIA2..tup tup ..member dah jerit kena cepat...berlari-lari aku ke Hall 18 utk masuk ke perut kapal terbang,,,fuhh ,,,mmg jauh berjalan dan penat giler..mlm tu , kami org ke-2  yg terlewat masuk.. mujur jugak dpt masuk even semput sbb berlari ...pengalaman yg tak boleh dilupakan

dari kl kul 7.40 mlm..sampai kul 9.40mlm...pertama kali jejakkan kaki di bumi org...first thing cari toilet..mmg tabik spring kat diorg..bersih gila ok!! cuma kepala paip aje tak ada...so , kena sediakan botol kosong sentiasa dlm bag sbb macamana korang nak cebok ??

bergambar lagi ..satu hape pun tak paham...

ini la hotel kami menginap..sgt puashati dgn servicenya ..kedai makan halal , mmg senang utk di cari...ada je berderet-deret kat hotel kami ni

ini la lauk makan malam kami mlm tu...ada ikan siakap masak sweet sour tau...lupa nak snap..kat sini kami asyik makan je...dah tu ikan besar-besar plak tu...mmg berbaloi package ni..aku rekomen kepada sesapa yg nak pergi ke Vietnam .

ini la bilik aku mlm tu...aku dgn partner yg aku tak kenal...tak kesah pun sesapa...janji enjoy...bilik yg selesa dan semua kemudahan tip top

lepas mkn dan tukar duit Dong ( 1 juta Dong = RM170.00 ) kami beramai-ramai jenjlan cuci mata kat pasar mlm  . pasar malam ada dibawah hotel kami aje..mmg terbaik la...

setelah puas jenjalan cuci mata , wajib beli air kopi Vietnam..mmg terbaek dan aku rekomened kepada semua org yg pegi sana utk mencuba..mmg akan teringat-ingat sampai balik Malaysia .secawan hanya RM3.00 aje..diorg terima ringgit kita juga even setakat niaga naik motor je

5 comments :

Afne said...

tq bg souvenirs dr vietnam. cover box tisu nnti aku guna kt rmh baru. beg tu hana dh pakai buat harta dia. biskut kelapa tu sedap rangup tau. aku ntah bila nk pegi sana.

diana nordin said...

Boleh minta contact number farouk tu tak?

Unknown said...

hai diana nordin..

nombornya adalah 01223495924

Afne said...

bila nk update blog ni weehhh

SanisahZulkifle said...

Boleh bagi no tel @ fb en farouk tu?