Thursday, September 8, 2011

DAH TUA-TUA CENGGINI , DAPAT PENYAKIT BARU...

n3 lama dah terperuk dlm kepala otak ni...pic pun dah lama gak .

mmm....mmg aku tak sangka tul , umur dah  meningkat ni , baru ni le penyakit baru nak hinggap ...hish...penat tul la melayan dia tau .baru aku tau , macamana selama ni org yg menhadapi saat penyakit ni serang .

oh ya , lupa pulak nak story apanye...ingat tak n3 yg ini ?? sebelum raya ari tu , aku ambik half day utk selesaikan kekusutan dlm diri aku ni . bermula dari ambik keputusan x-ray di Hosp Ampang pas tu terus ke klinik kesihatan Ampang .aku tekad nak tau , apa sebenarnya penyakit yg nak hinggap ni...ada ke batuk kering  , atau asthma atau tiada penyakit. klu tiada penyakit , harus la aku buat rawatan tradisional pulak ke..kot le terkena tuju-tuju ke...( hish...kena berwaspada k...sbb aku pernah kena penyakit ni masa kat Melaka dulu)

pas tunggu punya lama nak jumpa doktor , amat berpuashati gak la dgn layanan dan perkhidmatan yg diberikan . semua keputusan diterangkan kat aku , dan akhirnya doc inform yg aku ni kena ASTHMA  dan alergik sejuk . hari tu gak , aku dpt ubat baru iaitu 2 jenis pam asthma ...hish...cam tak sangka ajer...tapi mmg patut kena pun , gen astma ni mmg kuat dlm keturunan kami , mana taknya, arwah ayah mmg ada asthma , mak saudara , kakak dan anaknya nabiha pun ada gak . faktor lain , masa dulu ,mmg suka tul mandi malam dan suka minum air batu ..bila dah tua-tua ni , baru le dia serang coz antibodi dah lemah...

buat masa sekarang aku tak pernah le sesak nafas lagi ,cuma batuk bertalu-talu dan ikuti bunyi sneezing dlm dada dan tak boleh tarik nafas panjang , klu idak , mmg le terbatuk-batuk mcam nak gila .bila dah jadik camni , harus la guna pam . tapi ,la ni aku seboleh-bolehnya tak nak guna inhaler tu , aku pulun minum air panas ajer . bila dah teruk sgt  , baru le guna pam .

ada hikmah gak aku kena astma ni , la ni aku tak boleh keluarkann suara jantan aku atau jerit kat adam , nafas dah pendek dowh!!!

ok le , dah panjang lebar dah ni .seronok pulak menaip ...hehehehe

see...gadget baru mesti letak kat kepala katil ...

kaler cekelat tu utk prevent astma ( harus sedut pg dan malam ) ,biru lak utk time kritikal .

1 comment: