Tuesday, September 10, 2013

SELAMAT HARI JADI KE-6 UTK ADAM

2hb September 2013 , genap sudah tarikh lahir adam yg ke -6 , mama doakan adam sentiasa dimurahkan rezeki  , dipanjangkan umur , di permudahkan urusan dan menjadi anak yg soleh . 

hari tu ada jamuan makan kek bersempana sambutan hari jadi adam yg ke-6 di sekolahnya . anak bujang aku tu , dari bulan July lagi dah sibuk-sibuk bertanyakan bila dia nak potong kek kat sekolah ...adoi!! penat tau melayan dia..asyik nak kena selak kalender aje dan kena terangkan pada dia ..

bila tiba harinya , mmg aku tempah kek birthday utk dia mkn bersama-sama dgn kawannya . kali ni dia nak kek angry bird...tak apa..aku layankan aje kehendaknya..maklum la birthday boy . pastu dia suruh aku cuti satu hari bersempena birthday dia...haih..memacam le..

pagi tu , aku dah pass camera  , 2 beg plastik besar terisi dgn goodies birthday dan kek angry bird di sekolah ..harap adam happy sambut birthday dgn kawan-kawannya .

k la , layan pic budak adam ni ye.

nyanyi lagu birthday beramai-ramai

kek angry bird pilihan adam

selamat menyambut hari lahir yg ke-6 tahun , semoga panjang umur , murah rezeki dan menjadi anak yg baik


time sarapan kat sekolah , dia ni mmg susah sikit nak suruh makan...see..minum air aje..


tunggu kek diagihkan oleh ibu aka pembantu sekolah


adam bersama cikgunya..dia sayang betul ngan cikgu dia ni..

kenangan bersama cikgu dan kawan-kawan tadika kemas...tahun depan dah sekolah kebangsaan plak..


dia bagi goodies kepada kawan-kawanya...

yeay!!!semua kawan-kawan dah dpt seorg satu...

done!!

3 comments :

nyatie gadies said...

happy birthday adam. moga menjadi anak yang baik dan soleh. nanti besar, jaga mama baik2 tau :)
lama x tengok adam kan kak ros

rosnita zulkifli said...

tq auntie tie...klu tak ada aral melintang , bulan dec kita jumpa kat perlis ye

tie gadies said...

inshaallah. jumpa nanti yer :)