Thursday, November 21, 2013

UJIAN IQ UTK PENEMPATAN KELAS DARJAH SATU THN 2014

ni aktiviti pertama dari sekolah adam utk tahun hadapan  . baru-baru ni , sekolah Keb Kosas Ampang telah mengadakan ujian IQ utk kanak-kanak darjah satu tahun 2014 , tujuan utk menentukan kelas yg bakal mereka masuki nanti . mmg awalkan?? tapi bagus jugak  , tidak la mengganggu cuti sekolah diorg ni .

awal-awal lagi aku dah remind adam  , kena dtg sekolah tinggi tu ( adam panggil sekolah keb ni  sekolah tinggi  , sebabnya sekolah ni 2 tingkat ) ada ujian cam cikgu bagi sebelum tutup sekolah hari tu , dia just angguk aje...esoknya , kul 6.30 pagi dia dah bangun tido tanpa dikejut...amboi , berkobar-kobar nampak? jgn hangat-hangat tahi ayam aje tau . jaga la nanti ..

Ini adalah pengalaman pertama bagi aku nak menyekolahkan anak , maka segala pengalaman ni mmg akan kekal terpahat sebagai kenangan indah utk aku . dan aku akan catatkan dlm blog aku ni utk setiap aktiviti kami tu  . oh ya , seawal pagi kul 7.15pg aku dah pun terpacak di sekolah , jarak dari rumah ke sekolah cuma 500meter . mmg dekat aje . time tu dah ramai juga ibubapa lain yg hadir  . masuk aje gate sekolah  , terus check nama adam di senarai yg telah cikgu lekat dipintu dewan sekolah , tujuannya , senang nak tentukan kelas sementara masa daftar nanti . 

fuh , mmg ramai tul budak-budak nak ke darjah satu utk tahun 2014 nanti , adalah lebih kurang 400 kesemuanya . ramaikan?? nasib baek dpt daftarkan nama adam kat sekolah ni ..klu idak , susah jugak la nak mencari sekolah yg berdekatan dgn rumah .

pukul 8.30pg , cikgu dah panggil ibubapa dan anak-anak memasing utk mendaftar nama mengikut kelas sementara yg diberi . Pendaftaran dibuat di kantin sekolah sahaja .mmg ramai betul time tu , tak lama kemudian baru la budak-budak tu dibawa ke kelas sementara utk ujian bertulis . Sementara menunggu anak-anak jawap soalan  , para ibubapa dibawa  ke dewan sekolah utk mendengar taklimat dari guru besar .
Pada 28hb dec nanti , kami semua dikehendaki membawa anak-anak dgn lengkap berpakaian sekolah utk penerimaan buku teks , pembelian buku latihan dan masuk kelas yg sebenar masa musim sekolah bermula nanti .

k la , jom layan pic adam pada hr tu .

banner dah siap tergantung depan gate sekolah

check nama di pintu dewan...see , nama adam paling atas

adam bersama kengkawan ex-tadika kemas ...time ni kat kantin sekolah..ibubapa pula kena daftar nama anak memasing kat cikgu

ceria aje budak bertiga ni...depan tu haikal , adam dan danish( baju belang ) seronok la dpt jumpa kengkawan..harap dpt dok dlm satu kelas bersama

time ni tgh berkumpul diperkarangan sekolah sebelum masuk ke kelas utk ujian IQ..keputusan penempatan kelas yg sebenar  , dah boleh tau pada 1hb Dec nanti

Selepas semua selesai , aku dan adam terus menuju ke Giant Spectrum . idak la aku nak balik rumah , bosan k , baik kami pi shopping dan tonton wayang cerita Thor  , the dark world .huhuhu

No comments :