Oh ya , lupa nak beritau , sepanjang aku berada di kampung , aku , suami dan anak-anak akan berkampung hotel di bandar Muar tu . Bukannya nak berlagak atau cerewat atau demanding , cuma nak cari sedikit keselesaan . rumah mak di kampung mmg la panjang & luas tapi bilik ada 2 je..so , tak best la plak klu suami atau anak-anakku nak salin baju di bilik org lain . klu bab tido mmg tak jadi masalah , boleh je tido kat mana-mana . Kami dah pun booking hotel ni sebelum bulan puasa lagi . rasanya dah 2x stay kat Hotel Riverview Muar ni , tu yg boleh kami repeat lagi . kadar semlm pun mmg berpatutan . gambar bilik hotel lupa nak snap sbb anak-anakku dah terjun tiruk kat katil sebelum sempat aku keluarkan HP .
Lagi satu lupa nak cerita , raya ke-3 ni , mak masak lauk spt pagi raya...khas utk anak-anaknya yg beraya di rumah mertua pada tahun ni . utk tahun ni ,turn aku aku beraya di rumah mertua di raya pertama , so kira mcm mak masak special utk anak-anak dan menantu la...mmg heaven dpt mkn masakan dari air tangan mak...ada nasi impit , ayam masak merah , kuah kacang , rendang daging ...sorry , pic tak ada , terus ngap masuk mulut .
layan pic kami bermain bunga api je la...
tgh adjust nak letak pasang mercun katak celah pokok pulasan...
adam ni , tak tau la motip utama dia tutup sebelah telinga tu...haih!! perangai lama takut dgn bunyi kuat tak habis-habis sampai ke besar..
mercun KLCC 25 das kedengaran di kampung Pt Unas Muar
seronok betul diorg main bunga api ...
ucu jadi tokei bunga api mlm tu...semua budak-budak tadah tangan aje mintak bunga api
boys sibuk main api je lebih...even mercun pop pop diorg bakar kat api ...adoi...mcm-mcm karenah...klu kena tangan , nasib korang la ye
sampai terlompat-lompat si adam berbaju biru tu . seronok sgt la tu
last but not least , ni pic ibu-ibu yg comel mlm tu...yang paling kiri paling comel rasanya..huhuhuuhu
k la , setakat ini utk raya ke-3 aku dan keluarga .
tunggu Suasana Raya 2014 - Raya ke 4
k la , setakat ini utk raya ke-3 aku dan keluarga .
tunggu Suasana Raya 2014 - Raya ke 4
No comments :
Post a Comment