ok la , hari ni aku nak story pasal hari ke-2 kami di sini . pagi ni jadual perjalanan melancong kami sgt ketat sikit ..sbb kami nak menyusuri Sg Mekong menaiki perahu .ohhh...rasa tak sabar pulak ..jommmm
ini la hotel yg aku stay sepanjang berada di Vietnam...klu org M'sia sebut 'Thanh Thu'..klu org Vietnam yg sebut 'Thanh Ter '...mcm tu la kekdahnya..mmg selesa klu korang dok sini ...tmpt mkn halal mmg di sekeliling kita dan klu nak pegi pasar mlm atau nak beli brg keperluan yg urgent , mmg dekat je kedai-kedai disekelilingnya . time ni waktu pagi kul 7.30pg...tgh tunggu bas aka van yg besar utk bawa kami ke sg Mekong
ni permandangan di hadapan hotel tadi ..kedai baju...kedai makan halal..spa...mmg ada je kat sekeliling ...kat sini mmg penuh org Malaysia je tapi kebanyakannya cam sombong padahal satu negara ko .
ni adalah nasi daging aka sarapan kami pada pagi tu..kena makan pagi yg heavy sbb perjalanan nak ke sg Mekong amik masa 2 jam duduk dlm bas/van panjang tu .boleh pilih daging atau ayam tapi aku pilih daging sbb dah jemu dgn ayam ...mmg sedap k .
ini la kengkawan yg aku dah remind jgn tinggalkan aku sengseorg klu diorg nak merayap pegi shopping atau kemana-mana .mesti pegi bertiga tau .
ni pula kopi Vietnam yg sedap gile..hari-hari aku minum kopi ni sampai teringat-ingat bila dah tiba di Malaysia..
Sepanjang perjalanan , aku tak amik pic pon...just memerhati tmpt org dgn pelbagai gelagat ...kitaorg dlm van asyik gelakkan aje karenah org sana ...huhuhu..mcm-mcm yg kami tak jumpa kat M'sia ni tau . salah satunya , korang tgk la keadaan pendawaian elektrik yg sangat kucar-kacir ni...giler arrrr..hihihi
kat M'sia hade mcm ni??? boleh meletup tau ...
sebelum sampai kat jeti sg Mekong . kami singgah di pusat jualan bag ..mmg murah giler..sebaiknya beli kat sini sbb klu di jeti , harga dah naik sekali ganda .maklum la kwsn pelancong dan tmpt ni mm tersorok sikit dari pandangan luar .
see...byk lagi beg-beg yg besar , kecik , comel , tak comel..semua ada..
ok..kami dah pun sampai di jeti sg Mekong..bersedia nak naik bot utk dibawa ketengah sungai dan kita naik perahu pula lepas tu utk menyusuri hilir sg Mekong pula .keadaan cuaca kat Vietnam agak panas dan berbahang ..sentiasa la berlengan pendek , bawak kipas tangan ( klu boleh bwk yg saiz besar , bawak air 100 plus utk menambah tenaga semula , dan juga topi dan tuala kecil utk lap peluh )
see...muka tuan tanah dlm bot sebagai bukti beliau masih gagah utk bergambar meski pun dah berpeluh-peluh
turun baik-baik tau , ada buaya dlm sungai ni...
aku lagi...belakang tu , isteri kepada Farouk ( tourist guide kami di Vietnam )
wah...happynya tuan tanah tu...bergumbira dgn kengkawan...hilang stress dgn karenah anak-anak di rumah . terima kasih sayangku sbb bagi keizinan dan jaga budak-budak tu...Di sini kami nak ke suatu tempat yg terpencil di hilir sg Mekong tu..katanya ada ladang lebah , kilang candy kelapa dan menikmati buah-buah tempatan .Perjalanan selama 45 minit mmg sgt mengasyikkan ...sgt best time kat sini .
tiba di ladang lebah , yg paling bestnya dpt pengalaman baru iaitu merasa sendiri madu lebah yg masih ada di sarang...just cucuk jari dlm sarang tu , dan kemudian rasa...mmg sgttttt sedap...original madu tau ..selain tu boleh bermain dgn ular sawa yg besar..selama ni aku takut nak pegang ular atau letak ular kat bahu , tapi kat sini aku try kesemua ...
see...sarang lebah yg aku cucuk jari tadi tu...mmg betul-betul jadi kenangan utk aku sampai bila-bila .
kami juga diberi rasa air teh madu berperisa pandan...mmg rasa tak sedap tp aku minum jugak...
kami lagi...panas dan penat tau time ni..rasa nak mandi je
jemput minum air teh madu perisa pandan ni...
selepas itu , kami menikmati lagu vietnam dari awek-awek seksi vietnam ni...diorg ni boeh jugak nyanyi lagu melayu .tapi rasa nak tergelak aje la...
sambil dgr lagu , kami di hidangakan dgn buah-buahab tempatan Vietnam..paling aku suka buah mangga dan buah ciku...sampaikan aku bawak balik Malaysia buah-buahan ni tau...
lepas tu , kami di bawa ke kawasan kampung,..di sini diorg jalankan perusahan kelapa ...mcm-mcm diorg buat..ada candy kelapa..gula-gula kelapa , cookies kelapa...tabung dari sabut kelapa dan mcm-macam lagi ...byk jugak aku borong kat sini
kemudian kami beramai-ramai naik kereta kuda keliling kampung
hampir setengah hari kami berjalan-jalan ,sudah sampai masanya kami balik semula ke jeti .tiba di bot , kami disajikan dgn air kelapa muda yg fresh...mmg terbaik la..
sebelum balik ke hotel , kami singgah makan tenghari di satu masjid yg aku pun dah lupa namanya...masakan lauk-pauk mmg sedap...mmg makin gemuk klu semakin lama aku stay kat vietnam ...huhuuhu
Sepanjang perjalanan balik ke hotel , kami semuanya tertido sbb kekenyangan dan keletihan ...apa-apa pun mmg seronok ..takkan lupa pada kenangan ini semua...
ok la , tunggu aku update cuti-cuti ke Vietnam Part 3..kali ni kami byk shopping ...lagikkkk seronok .
TQ for info, sis!
ReplyDeleteNak tanya; kalau bawak buah-buahan balik Malaysia, kena declare pape tak? Kastam Vietnam ngan Malaysia lepas senang ke eh?
tak payah..kitorg lagi la takut...takut-takut klu kena buang,,,kikiki
ReplyDelete