wei..apa nak story ni ?? adoii...sudah lupa dah trip ke Vietnam ni....mau tak lupa ?? dah nak setahun kot ???
apa yg aku ingat aku gi Chu Chi tunnel ( siap google ko....hahaha...sudah lupa namanya ) kat sini just tgk peningalan time perang dulu...mmg best tapi panas sikit arrr...apa-apa pun mmg seronok..
korang layan pic k....sbb aku dah tak ingat dah....
masa kat pintu masuk..pelbagai jenis senapang masa perang dulu
bersama ex-opis mate aku dulu
ni geng tiga serangkai ...kami mmg akan bertiga masa kat Vietnam..nak shopping pun bercalling-calling ( time kat Vietnam je la )
time ni dlm terowong bwh Tanah...mmg kena terbongkok bongkok nak berjalan..apa-apa pun mmg best dok dlm ni sbb sejuk je..maklumla kat atas cuaca tgh panas
ni makanan semasa perang...kat situ jugak mereka sediakan utk pelancong ...korang boleh merasa bagaimana rasanya ubi kayu rebus cicah dgn kacang goreng tumbuk campur dgn sedikit gula...minuman pula adalah air teh plus daun pandan...yerk ...tak sedap coz kurang gula...
ini adalah sample dapor diorg...kat bawah Tanah tu arr tmpt diaorg memasak ..
lepas lawatan ke Chu Chi Tunnel , kami melawat ke pej pos besar di Vietnam...tak ada apa-apa pun kat sini cuma kami melawat bangunannya yg cantik dgn ukiran nya yg halus..dgr kata , pengukir dan pembina bangunan ni adalah org yg sama yg mereka cipta Eiffel di Paris..hebatkan ???...mmg seruis cantik
bangunan Pej Pos Besar di Vietnam
ni kat dlm pula...mmg besar dan luas...cantik sgt...bergambar aje la kat sini ...huhuhu
selepas dari tu , kami ke HARD ROCK CAFE VIETNAM...tmptnya dekat aje...nak jln kaki pun boleh tapi penat punya pasal menjelajah hutan siang tadi , kami nak naik van jugak. ..kat sini , pada aku mmg tak ada apa sgt pun...sbbnya barang mahal dan berurusniaga guna dollar.....keychain yg kecik pun dah RM60.00 hengget ??? ...mmg tak la aku nak membelinya...just bergambar sahaja dan merasa jugak jejakkan kaki di situ .
bergambar di mercu tandanya
suka tgk pic ni...tgh time kurus...hari terakhir di sini mmg badan aje ada kat sini , hatiku dah semestinya sudah berada di Malaysia rindukan suami dan anakku Adam...waaaa...dah tak sabar nak balik KL
Oh ya ....ni antara sajian makanan tengahari semasa kami di sini ..mmg mewah dgn makanan...tiap kali lunch mesti ikan siakap jadi hidangan ..sedap plak tu...mmg berbaloi amik package dgn kawanku ini Aznita namanya ...klu ada next trip ke Jakarta atau ke Bandung , InsyaAllah aku nak join lagi ..kali ni nak bawak suami atau Adam...
Sepanjang stay kat sini , aku suka betul makan buah manga Vietnam ni...dah la besar..manis plak tu...dan yg penting murah...diorg meniaga di tepi-tepi jalan dan akan potong buah dan terus packing..so korang akan mkn buah-buahan yg fresh...sepeket ata sebijik besar manga ni cuma RM3.00 sahaja klu tak silap .
yg coklat-coklat tu buah ciku..gila punya besar.,..buah ciku belakang rmh mak di kampung cuma cenonit-cenonit je...tapi kat sini sebesar penumbuk..yg best , manis plak tu...nasib baik aku bawak balik buah ciku dan buah manga ni ke kl lepas masa kat airport...yg kesiannya , member aku tak lepas nak bawak balik nangka...tak pasal-pasal kena buang dlm tong sampah....kesiannyaaaa
tgk tu.....mmg meleleh air liur tgk buah-buahan tu semua...
kat bawah ni semua adalah permandangan biasa di tepi-tepi jln di Vietnam...mereka hidup dgn berniaga...tetapi ada jugak yg meminta sedekah ...diorg meniaga ni start dari kul 7.30pg sampai le kul 11.00 mlm...macamni la...klu seorg dah dtg hampiri korang , akan ada 2-3 org lagi yg mencuba nasib ...pada aku mmg rimas tapi nak buat camana ..cakap aje tak nak , senyum pastu blah terus .
bab baju ke ...seluar ke...selipar ke..tak payah la risau klu bwk sikit dari KL...mmg berlambak org berniaga dan murah pula tu..paling havoc time kul 6.00 ptg...sana sini diorg mcm kelam kabut nak bukak meniaga..silap-silap , motor dah hampir dgn kita sambil diorg menolak kereta sorong memasing .haih...macam-macam le...
Keesokkan harinya , kami dah nak balik M'sia dah..diwaktu malam tu , kami pulun nak habiskan duit Dong dgn shopping di pasar malam yg berdekatan dgn hotel kami...yg mana nak beli jubah cotton ke ...kurung manik ke...mmg ini la tmptnya..betul -betul sebelah hotel kami. tapi time ni , aku mcm tak berminat dgn kurung bermanik-manik ni...sbb aku dah aim dan dah dpt jubah cotton , telekung dan kain cotton ...kat sini setakat tgk-tgk dan temankan member shopping .
ok la , setakat ini sahaja cerita percutian aku ke Vietnam ...rasa seronok pula ...klu ada package yg murah ke sini lagi , may be aku nak join tapi bawak suami atau anakku Adam...biar la sesekali diorg merasa tgk negara org pula .
k la , jumpa korang lain kali ....bye
lama tak bersiaran Kak Ros
ReplyDelete