kredit pada google...tq
tapi yang paling bestnya , time ni mmg la tak ada sessi pembelajaran...selalunya kami akan buat jamuan makan-makan utk meraikan cikgu...pas tu bagi hadiah kat cikgu...ingat lagik , masa sekolah rendah , jenuh jugak mencarik dan memikirkan hadiah apa nak bagi cikgu...yang tak boleh blah , hadiah nya cam hapa ajer....cam sabun mandi sebuku , kekadang tu bagi sekotak tisu....kalau nak diingatkan semula , mmg lawak tul...ye la..time tu , mana aku ada duit , adik beradik ramai...yg bekerja seorg ajer iaitu arwah ayah...nak mintak ngan mak pulak , duit dia ngam-ngam utk belanja sekolah kami adik beradik dan duit makan seharian...mmm....kena la aku rembat stok sabun kat rumah .hehehhe..
now , bila adam dah sekolah sok , aku pastikan tiada lagik hadiah sabun mandi atau tisu sekotak...wei...buat malu aku ajer....pas ni ,aku mesti bagi yang terbaik pada cikgu sbb dia telah mengajar dan mendidik anak aku kat sekolah nun...
ok la , aku ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia ni terutama sekali utk guru-guru ku di Tadika Islam Muar , Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar Muar ( SAB 1) ,Sek Men Tengku Mahkota Muar ( SMTM) , Sek Men Dato' Sri Amar Di Raja Muar (SDAD) dan Ins.Teknologi Mara Caw. Johor (ITMCJ )jasa kalian terpahat dlm ingatan....tak kertinggalan Selamat Hari Guru kepada kakak ku ( cikgu Mona Liza ) sepupuku ( Cikgu Laili ) , mak sedaraku ( Cikgu Aminah ) dan kengkawan yang lain Cikgu Yuzi , Cikgu Zalehah ,Cikgu Sohana ,Cikgu Zorani , Cikgu Toyon ,Cikgu Jali dan lain-lain....terima kasih semua.....jasa dan bakti korang , akan diingat sehingga ke akhir hayat....
No comments :
Post a Comment