( 10hb june ) genap 40 hari dia meninggalkan kami sekeluarga.....kami sekeluarga dah pun sepakat nak buat kenduri arwah pada sabtu malam ahad nanti...aku akan balik ke kampung pada pagi sabtu dan terus ambik cuti sehingga hari selasa...mak pun dah beritau , katanya nak naik batu nesan baru ( tukar batu nesan kayu ke batu )...
gambar kenangan arwah semasa beliau kat spital muar....
ayah....selama kau ada di dunia ini , aku selalu ajer berselisih pendapat dgnmu..aku pernah membencimu sedikit masa dulu dan aku pernah berperang besar dgnmu.....ahhh.....menyesalnya aku!!!!....maafkan anakmu ini ,... ayah.....bila dirimu sudah tiada dlm dunia ini , baru aku rasa kehilangan dan rasa sgt bersalah dlm diri ini....aku berjanji dlm diriku akan sentiasa titipkan bacaan Al-fatihah setiap kali sembahyang 5 waktu dan bacaan yassin setiap malam juma'at utk bekalkanmu di sana.....rindunya aku dgn mu.......
oh ya kengkawan , jgn le ikut perangai aku ni....aku ni mmg budak jahat sedikit masa lalu , dan aku menyesal dgn apa yang berlaku dulu .pesan aku , hormati la ibubapa kamu semua walau buruk sekalipun mereka berdua tu...tanpa mereka , tiada la kita di dunia ini ...dgrla nasihat dari mereka , kerana mereka mahukan yang terbaik utk anak-anaknya....
sehelai kain batik utk tetamu pompuan yang hadir dihari kenduri nanti...utk tetamu lelaki , adik lelakiku akan belikan sejadah setiap seorg...
1 comment :
terharu aku baca. kita sama2 doakan yg terbaik utk yg telah tiada. al-fatihah...
Post a Comment