Wednesday, July 20, 2011

DALAM KENANGAN 2007 - 2011

masih merindui dan masih terasa kehilangan kelisa yg sangat berjasa padaku selama ini . banyak berjasa utk aku ulang-alik dari opis ke rumah ( ampang ke bangsar ) setiap hari 5x seminggu..dikala hari cuti sabtu dan ahad  pula , dia la satunya-satunya pengangkutan utk bawa aku dan adam bersiar-siar ke klcc , giant ,care4 ampang dan kawasan sekitar ampang amnya .

semalam , bertarikh 19hb July 2011 , tamat la sudah bakti kelisa itu kepada aku  . sudah aku let go kepada used car . even aku kena top-up sikit , tapi aku ttp merelakan pemergiannya dari dia terus bertahta bawah garage kereta aku dirumah .dengar-dengar cerita , kelisaku itu akan dibawa ke negeri pantai timur iaitu Kota Bahru untuk mencari tuan yang baru .

oh ya  , aku bagi sikit kronologi dan kenangan yg tidak mungkin aku lupakan :
tahun 2007 , selepas bersalinkan adam , aku telah booking sebiji kereta secondhand  utk kegunaan aku sendiri . Perodua Kelisa WKJ 8xxx , adalah sebuah kereta second car dlm family kami dan tujuan utama adalah utk mengambil adam setiap hari dirumah pengasuh di kala eric pergi berniaga pada sebelah petangnya dan juga utk memahirkan aku dlm memandu memandangkan lesen yg lama diperolehi iaitu pd thn 2004 tidak pernah dipratikkan .bermula dari situ , aku semakin cekap dlm pemanduan .

yg tak bestnya ngan kelisa aku ni , setiap bulan ada aje masalah yg timbul  , terutamanya dari segi enjin , mmg buat aku bakar darah selalu .
pernah ianya stuck di tgh jalan tun razak sehinggakan 3 anggota meronda dbkl dtg membantu  dan menolak ketepi....bayangkan , 3 lane ditutup utk bagi laluan kepada kelisa aku yg tak boleh start ni...dah la tgh peak hour...MasyaAllah , malu yg teramat malu  ...rupa-rupanya , air dlm kereta telah kering hingga mematikan kipas enjin . dari jalan tun razak  ke ampang ,adalah 4x mati enjin sehingga la aku sampai ke kawasan rumah...keesokkan harinya  ,kena buat top-overhaul sbb komponen dlm kereta abis mengecut an bengkok sbb ada brother ( yg menolong aku ) tuang air time besi2 dlm tu tgh panas...ambik ko!!! kena RM600.00...
( rabak kocek aku tau ) .tapi semua tu ada hikmah tersendiri . sejak dari tu , aku start belajar dan kena ambik tau bab enjin kereta ni....huhuhuhu

Selain itu , kelisa tu selalu gak rosak bab aircond..rasanya dah 2x aku tuko kompresor...hampir 2k telah aku laburkan utk itu sahaja...mmm...mmg patut la aku let go...hehehehe

bulan june 2010 , aku terlibat dlm kemalangan kecil ...seorng nyonya dah kasi kemek pintu keta aku...adoi...lagik la bersemangat nak let go ajer ...adoi!!!

1st july 2011 , aku cekalkan hati utk let go kelisa tu buat selama-lamanya . cukup-cukup la dia menyakiti hati dan kocek aku ni...tapi sebelum dia berambus pun  , terbang gak duit aku 2k...huhuhuhu
semalam , 19hb Julai , tamat sudah riwayatnya..terpaksa la aku naik tren turun tren ke tempat keja..penat tu mmg la tapi aku kena berkorban skit..

ok sekian , kronology dan kenangan bersama kelisaku itu...well .........next , saga blm 1.3 executive in the house!! lalalalalala..........





banyak tul kenangan ngan dia....

4 comments :

Afne said...

haihh la kelisa. walaupun tuan ko selalu komplen ko kuat meragam tp aku selalu tumpang naik ko gi mydin. pasni blm woookkkkkkkkkkkk

tie gadies said...

redha akn pemergiannyer...huhu

::Deela:: said...

tak sabar nk tumpang yang baru!!.thanks k.ros sbb izin kan...haha...wlpn ko tak cakap ape2...

rossysweety said...

Afne: lega rasanya dah let go dari aku menanggung kerosakannya akan dtg..tak abis-abis ngan rosaknya .

tie: redha aje la...rugi sekali aje tapi tak sakitkan hati selalu .

dilla : even aku tak cakap apa2 , tapi ngan kawan ,aku tak berkira...naik ajer la...hehehhe