seperti biasa , bagi keluarga aku dikampung , hidangan utama di pagi raya adalah ketupat nasi atau nasi impit (biasanya nasi empet sbb cepat masak ) , kuah kacang , sayur lodeh , ayam masak merah dan serunding daging. fuh...mmmg sedap la...lagi seronok bila makan beramai-ramai ni . satu hari boleh berulang 3-4x makan benda yg sama . langgar la segala pantang diet , ala...setahun sekali ajer .
hidangan di pagi raya
kita zoommm...sayur lodeh
ayam masak merah
serunding daging...yg ni aku kureng sikit makan sbb dah ada ayam masak merah...more ke pada itu..
kuah kacang marveles...
nasi impit
kek lapis pemberian shita...sedap!!!
pas makan , siap utk bermaaf-maafan ngan ahli keluarga yang lain . utk tahun ni , cuma adik-beradik pompuan aja yg ada..yg lelaki akan pulang beraya pada hari ke-2 dan ke-3. time ni la nak hulur duit raya utk anak sedara yang ada...oh ya , ni tahun pertama kami beraya tanpa ayah di sisi . rasa cam lain ajer . pic tuan tanah , harus la ada..
adam yg susah tul nak ambik pic dia tu..
dengan danish ( anak kakak )
pas bersalaman , kami ke kubur ayah dulu . bacakan yassin dan bersihkan rumput-rumput yg tumbuh . selepas itu kami terus berkonvoi 3 kereta ke rumah atok pula . rumah atok ajer yg ada tapi kedua-dua orgnya , sudah pun meninggal dunia . yg tinggal hanya la mak sedara sahaja .ini semua belah mak . selepas makan-makan ,aku terus ke rumah mak eric pula . kat sini pun makan lagi ...hehehe..mmg kenyang le perut .gila!!!!
mak dan kakak dikubur ayah...
selesai berborak , kami ke Tanjung Emas pula .saja layan adam baling batu dlm Sungai Muar tu dan pekena rojak petis dan ABC Muo...fuh..mmg merveles la...lama tak makan . siap makan , jom ke Wetex Parade pulak . nak beli seluar kecik utk hari raya hahahahaha.....seperti biasa , adam pow eric beli mainan dia...mmm..dah bertimbun mainan kat rumah .
ptg time , kami pulang semula ke rumah .fuh...mmg penat la ....apa-apa pun , Selamat Hari Raya Aidilfitri .
No comments :
Post a Comment