RIVER CRUISE KAMPUNG MORTEN
selepas perjalanan lebih kurang 30minit dari restoran subaidah , kami sampai di RIVER CRUISE pula . disini kami nak naik kapal atau lebih dikenali dgn nama cruise . Tambang utk menaiki kapal ni , idak la aku pasti dgn tepat sbb semua tiket ditanggung oleh tabika KEMAS , yg aku perasan , reganya cuma RM10.00 ajer . naik kapal ni , kita akan menyusuri sepanjang sungai Melaka dan menikmati permandangan yg cantik dan menarik disekitar sungai . menurut pakcik driver kapal , kita akan menyusuri sehingga 9km utk pergi dan 9km utk balik . total keseluruhan adalah 18km...wow..jauh tu...berbaloi -baloi dgn rega yg murah cam tu .
menurut pakcik tu lagi , kalau kita naik time malam , disepanjang susur sungai melaka , akan ada lampu berwarna-warni dan juga air pancut berirama menanti pengunjung...bila dgr camtu , rasa teruja nak dtg sekali lagi bila tiba time mlm pulak .huhuhu
permandangan di jeti
deretan kapal yg banyak , time ni tak ramai org
Melaka River Cruise
bergambar dahulu sebelum naik bot ...
kalau korang nak naik cruise ni , di nasihatkan jgn duduk di hadapan sekali ye coz air percikan dari motor cruise boleh kena muka dan baju...kotor tau!!!
bila nak gerak ni pakcik??
pakcik driver yg peramah
ni air herba...begitulah yg diberitau oleh pakcik tu...sgt 'bagus' utk kulit
budak ni baru kena cubit ngan aku...asyik nak menjerit ajer kat telinga aku...kan dah kena!!! tu makan dia!!!
ni pula bangunan merah yg glamer kat melaka nun..
kincir air...time ni tak berfungsi pula...
time ni , nak pusing balik ke jeti...jauh jugak perjalanan kami
permandangan di tepi sungai...ini adalah hotel 4 bintang rasanya...mmg cantik sgt
ni pun permandangan ditepi sungai juga...deretan belakang rumah penduduk yg dikaler dgn lukisan mural yg cantik...suasana pun bersih ajer...
berwarna-warni
cantikkan??? menurut pakcik tu , org-org kat sini semuanya sudah disekolahkan supaya jaga kebersihan
ada lagi org sidai baju guna galah panjang cam ni??
kat sini jugak dpt lihat ala-ala funfair ...namanya pirate park klu tak silap..diorg buka kul 5pg sehingga ke mlm .
permandangan kampung morten yg semakin cantik dan maju ...menurut pakcik driver kapal , air dan api penduduk kg morten ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri melaka...woi..bestnya!!!
korang boleh dtg melawat dan masuk dlm rumah ni jugak sbb rumah ni dah diwartakan sebagai pusat perlancongan oleh kerajaan Negeri Melaka .diatas setiap atap rumah , ada sportlight ...mesti cantik bila waktu malamkan???
No comments :
Post a Comment