Friday, June 22, 2012

DIPELABUHAN SEPI

masih lagi cerita di kampung , lepas balik dari lunch asam pedas ikan sembilang  , kami bertiga tidak balik ke rumah , singgah jap ke pelantar nelayan memunggah hasil tangkapan laut . meskipun pelantar nelayan ni sudah lama bertapak sejak aku dibangku sekolah rendah , baru la ni nak jejakkan kaki kesini . haih...bukannya apa , malu le sbb kat sini ramai bebudak lelaki bujang dari kampung ku dan kampung sebelah lepak dan juga bekerja sebagai nelayan di sini . i tak biasa kena ngurat ni...huhuhuhu

Pelantar nelayan ni terletak dekat ngan rumah aku iaitu di antara kampung  Parit Unas dan kampung Parit Payong Muar Johor .dari pelantar ni , nelayan akan terus menuju ke Laut China Selatan nun disebelah sana  utk menangkap ikan .. sgt cantik dan indahnya permandangan disini ...dgn anginnya lagi....sgt menyegarkan .. time ni  , semua nelayan sudah balik , maklum la air surut dan kami hanya dpt tgk ketam-ketam aje yg banyak dan deretan bot-bot nelayan .

Oh ya  , disini juga  , ada sebuah temple Budha , kat sini , klu time kaum cina bersembahyang , mmg berpuluh-puluh bas persiaran dari Singapura akan dtg ke sini .  masa ni , hanya gerai-gerai  yg banyak  jual hasil laut sahaja yg dibuka menanti pengunjung . itupun semuanya kaum cina aje yg ramai .so , idak la kami membeli apa-apa pun .

cantik tak?? 

nampak tak ketam-ketam tu??? klu tak nampak , buta ke rabun tu??

 lepas lama lepak kat sini , terus balik rumah...maleh arr nak tunggu lelama..harap dpt la tgk si dia setelah sekian lama menghilang....tapi....si dia tidak kunjung tiba pulak...tak apa , org  kata tak dpt tgk org , bumbung rumah pun jadik le...

No comments :