Friday, August 31, 2012

SUASANA RAYA PART 2

Raya ke - 5

pagi time , mak tugaskan aku dan lin utk beli telor ayam utk keja kawin nanti  , lepas sarapan  , kami kedai borong yg berdekatan ngan rumah atok . beli 19 tray telor ayam dan 4 kotak telor masin ...cukup la utk jemputan yg tak ramai tu .

pilihan telor adalah gred C...besar jugak tau

sampai rumah , ada org tgh dirikan balai aka khemah kawin...wei...terasa dah kebahangan nak buat keja kawin yg terakhir dlm family aku ni...warna tema adalah kaler putih dan purple

ni mak tengah berbincang dgn pak cik umar aka tokei khemah dan chef memasak nanti...
kaya pakcik ni tau..

bebudak pula dgn aktiviti memasing...ada yg main mercun pop-pop...ada yang melalak ( adam la tu ) dan ada jugak yg tengah panjat pelamin...mmg kecoh tgh bebudak ni

malam time , aktiviti main bunga api tetap diteruskan..kali ni dah ramai ahli korumnya..makin meriah arr dgr suara bebudak ni...ada yg nangis ( for sure arr adam tu ...) dan gelak ketawa diaorg...bila dah lama kat luar , pastu dgr pulak suara mak-mak diorg suruh anak memasing masuk rumah , coz kesemuanya tak nak masuk ...
kakak aku tgh pantau bebudak ni main bunga api...bukannya boleh percaya sgt diorg ni...



bila dah larut malam , time pakai inai pulak...wei...tuan tanah yg lebih ni dari pengantin...hahahha...sapa suruh pakai inai depan aku , harus la aku pun nak sibuk-sibuk jugak...harus pakai 2 malam berturut-turut utk dptkan warna yg cantik...sebelum tido  , jari kena berberbungkus dan bersoletep bagai tau supaya sentiasa lembap sampai ke pagi .


nak jugak!!!!



see...cantik tak??? ni baru semalaman berbungkus...dah merah

Raya ke - 6

pepagi dah kena jerit ngan mak...suruh siap sedia cuci telor ayam 19 tray tu sebelum di rebus..mak aih...jenuh jugak ni!!! nasib baek ramai assistant yg mengofferkan diri nak tolong.. sapa dia klu tak bebudak-budak ni....kesudahnya  , banyak jugak yg pecah!!! haru tul!!!

semua aktiviti  rebus telor , masak wajik dan bungkus telur mesti dibuat hari ni jugak coz malam kang akan diadakan kenduri doa selamat , bacaan yassin dan juga majlis bertunang...( nanti aku update lagi ye )

wei...mmg penat tul la ari tu..memacam nak kena buat...ngan cuaca panas terik lagi...

baju biru ( adik lelaki aku ) bersama sepupu ...diorg ni kena kemas bahagian dlm rumah...pelik tak , yg pompuan semua buat keja luar rumah , yg lelaki kat dlm rumah...mmm...lu pikir la sendiri!!!!

tgh proses merebus telur...sambil tu , boleh arr bergossip skit

telur yg tgh standby masuk dlm periuk...sebelum tu kena masuk dlm plastik bag , supaya senang nak angkat sepunjut  , sepunjut bila dah masak..

dah siap direbus...tunggu sejukkan

sementara tu , jom having lunch kat pangkin depan rumah...



siap sudah , separuh dari telur yg dibungkus dlm kain net ni...

siap rebus telor , buat persediaan nak buat wajik pulak..

step memasak , tak dpt aku tgk coz sibuk sgt....bila dah siap , ini la hasilnya...wajik ni siap campur ngan isi durian lagi tu

kat johor , klu aktiviti bergotong royong time org kawin ni , kitaorg panggil  , rewang..klu kat tmpt lain tu tak tau arrr....masa ni tgh masukkan telur masin kat bunga pahar



dah siap satu pahar

tuan tanah pun nak sibuk-sibuk jugak

petang raya ke-6 , tukang masak pun dah siap dtg dan buat persiapan memasak hingga ke pagi esoknya...mereka ni la org kuat sebenarnya dlm majlis perkhawinan , tido pun bergilir-gilir kat pangkin tmpt kami duduk rebus telur tadi tu





first of alll goreng ayam dulu..dan aktiviti memasak yg lain-lain , akan berterusan sehingga ke hari esok
k la , suasana raya kami sekeluarga mmg tiada dlm erti kata sebenar sbb kami lebih tumpukan kepada persiapan majlis perkahwinan ..oh ya , persiapan di waktu siang telah pun sampai kepenghujungnya , dan disebelah malamnya akan diadakan majlis pertunangan dan keesokan harinya majlis perkhawinan pula akan berlansung .

k la korang...tunggu aku update k..


No comments :