Saturday, December 29, 2012

RONDA-RONDA KELILING RUMAH

ini aktiviti kami time petang sebelum balik ke kl keesokan harinya . bebudak sibuk tolong sambil kacau atok bakor sampah dan mama adam lak sibuk snap sana-sini pokok-pokok yg ada kat keliling rumah . maklum la , mama adam kan jarang balik kampung ?? harus la dia tu jakon skit ..hehehhee

nasib baik kat muar  time ni tak hujan , so boleh la bebudak tu dilepaskan dari kandang...klu idak , maunya bergadoh aje kejenya...adam si budak kememeh ( sikit-sikit nangis ) dan yg si danish lak suka menyakat...adoi!! boleh pening kepala aku tgk bebudak ni .

k la , jom ronda-ronda keliling rumah aku ni . tgk pelbagai pokok-pokok yang ada..klu musim buah  , lagi la best!!

lima serangkai yg dok main api...dah kena , baru tau!! kejap baik...kejap lagi kang si adam dah melalak...


ni pokok ulam tenggek burung..mmg merimbun pokoknya tapi pucuk pulak tak ada..

pisang tanduk ..buahnya masaih muda lagi tu...tak boleh tebang lagi pokok ni..

buah markisa..baru aku tau , kat kampung aku ada pokoknya...nampak sgt aku tak pernah ronda-ronda belakang rumah

ni bunga pokok markisa tadi tu

pokok sireh yg baru nak tumbuh

ni pokok buah delima...buahnya tak ada la pulak..

mak dan kakak tgh buang pokok ulam raja yg dah tua...

pokok durian belanda..nasib korang la hari ni just tgk daun pokok aje..buahnya tak la plak

putik buah jambu air ..kena sampul ni..

No comments :