Thursday, May 21, 2015

CUTI-CUTI CAMERON HIGHLAND

Ini n3 lepas kami habis tournament TMP FIT 2015 yg telah diadakan di Kuantan tempohari  .Malam sebelum bertolak balik ke KL , cik abang dpt wassap dari family Mak Lang ( adik kembar cik abang ) yg diorg ada kat Cameron Highland . ada 1 bilik kosong dlm apartment yg mereka sewa dari Bank Rakyat tu...sooooo...apa lagi , berbunga hati aku ni nak pergi ke Cameron Highland tu..maklum la dah puas bisik-bisik kat telinga cik abang yg aku teringin nak bermalam kat sana .dan akhirnya dpt jugak !!! seronok tul .

Perjalanan dari Kuantan ke Cameron Highland mmg amik masa yg lama , lebih kurang 5 jam ..padahal Cameron Highland tu berada dlm neg . Pahang . aku pun pelik jugak , takkan la kena masuk KL semula utk tuju ke Tapah ?? otw dlm perjalanan , sempat jugak aku baca blog-blog org utk cari jalan paling dekat ke arah sana ..mujur juga ada ...laluan mengikut lebuhraya Pantai Timur -Barat aje dah amik masa 2 jam..pastu keluar kat Bentong Timur ( laluan kampung ) pastu keluar kat Pekan Raub , Felda Kroyan dan terus keluar kat  Ringlet..dari Ringlet kena amik simpang ke Tanah Rata..dari situ korang drive la lebih kurang 45 minit utk sampai ke Pekan Tanah Rata .fuh...kematu punggong aku duduk dlm kereta..nasib baik dok sebelah aje tak kena drive...

sampai di Tanah Rata  , terus calling-calling keluarga Mak Lang  , diorg dah sampai ke belum sebab apartment Bank Rakyat tu diorg yg sewa..so  , kami kena follow diaorg utk sampai ke aparment . lps masak-masak dan makan tengahari , kami 2 keluarga jenjalan melawat ke kebun teh .mmg cantik betul permandangan selepas hujan lebat ptg tu . Mlmnya kami jenjalan di pasar malam di Brincang pula...Mcm-mcm yg aku borong  , maklum la sgt excited tgk barang-barang yg dijual dgn harga yg murah..klu boleh nak beli semuanya...suhu pada mlm tu sgt la sejuknya..

ok la, keesokan harinya  , kami semua bertolak balik lepas singgah di pasar pagi . kat sini aku tak memborong banyak cuma 2 peket strawberry segar dan 3 pokok kaktus...duit  bonus kena simpan sikit ye sbb aku nak shopping kat oversea plak seminggu pas tu...tungguuu aku update ye , bye!!


cantikkan permandangan di kebun teh lepas hujan...udara sgt nyaman sekali .

gambar couple ni mesti ada dlm blog ye..huhuhu

aku dan anak saudaraku

pelbagai cenderahati yg comel di jual di pasar pagi



strawberry manis..belum sempat turun ke Tanah rata , dah selamat masuk dlm perut budak-budak ni

ni la budak bertiga yg habiskan 2 pek strawberry tu


pelbagai jenis sayuran..murah plak tu...4 barang RM10.00

tara....pelbagai macam barang aku beli...

1 comment :

Afne said...

Bestnya ch! Teringin nk ke sana lg ntah bila...