Pejam celik pejam celik dah 2 tahun berlalu ,dan tak sangka tahun 2014 nanti adam dah pun masuk ke darjah satu di Sek Keb Taman Kosas . pengalaman pertama aku memasukkan adam ke alam persekolahan dulu masih segar dlm ingatan . time tu adam baru aje 5 tahun , masa mula -mula ke sekolah , mmg dia tak kasi aku balik , dia nakkan aku teman dia , last-last aku buat helah nak balik rumah sekejap utk buang air besar . selama 2 hari helah aku berjaya dan setiap kali balik rumah , mesti dia bengang aje .huhuhu .
sepanjang tahun 2012 , mmg mencabar bab perangai adam ni . memacam karenah dia tu . kat sekolah , dia tak mau mkn , cikgu cakap , dia nak duduk sebelah cikgu dan makan dari pinggan cikgu , time hantar ke sekolah , dia nak aku hantar betul-betul depan pintu sekolah , katanya dia malu , dia tak nak join sessi bergamabar di sekolah dgn berpakaian jubah dan yang paling tak boleh blah , time
majlis konvokesyen tahun 2012 dulu.
utk tahun 2013 ni , mujur juga perangai adam dah jauh berubah . la ni dah berani nak bergambar dgn baju jubah , time hantar ke sekolah pun aku just hantar dari gate atau dari garage kereta aje dan yg paling aku tak sangka adam nak naik ke pentas amik hadiah dan menyanyi masa masjlis konvokesyen di hotel de Palma Ampang baru-baru ni aku harap , tahun 2014 nanti , adam boleh pamerkan sikap yg positif di sekolah baru nanti .
k la , layan pic ye...semua ni ehsan dari pic rakan-rakan FB sbbnya aku tak dpt join .
adam amik hadiah atas pentas
seronok ye...ceria aje nampaknya tu..
adam nyanyi lagu Kemas atas pentas...tiap kali tgk video ni , mesti bergenang air mata aku tgk dia
anak mama dah besar ye...
amboi..bukan main lagi landing kat peyut haiqal...empuk ke??
bukan main lagi bergurau senda dgn kawan dia..mama suka adam camni..
di bawah ni pula , pic sebelum tutup sekolah baru ni . bergambar bersama dgn kengkawan sebagai kenangan. Semua org muka happy termasuk la adam .
macam ni la.....semuanya sporting dan gembira di sekolah
hot mama serta rakan FB aku ...selamat bercuti ye . utk Cikgu Rizanna dan Ibu ( Puan Rosni) saya ucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbimgan kepada anak saya ( adam ) dari seorg yg pelat , pemalu dan tak kenal ABC sehingga seorg yg riuh dan dah boleh membaca dgn lancar . Halalkan makan dan minum dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa tanpa saya sedari semasa berurusan di sekolah .
ini hadiah yg adam dpt bersempena majlis konvokesyen di de Palma Hotel pada 30 Oct dan masjlis graduasi di sekolah pada 9 Nov 2013..kedua - dua majlis ni aku tak dpt join sbb ada urusan yg perlu aku buat .so , adam bawak balik hadiah aje la..hari tu,adam dpt bag sekolah , tabung dan jam tangan , piala , sijil dan buku sbb dah pandai membaca .
ini la buku yg bersampul tu..kamus bahasa Inggeris utk kanak-kanak .
bagus jugak kamus ni , aku pun boleh rujuk jugak .
Di akhir sessi persekolahan , cikgu kembalikan semula buku latihan adam di sekolah..
buku latihan dan tulisan adam
set alatan mewarna , gunting dan gam kepunyaan adam sepanjang kegunaan di sekolah
k la , ini sahaja utk kali ni , nanti aku update cerita lain plak .byeee