KONVOKESYEN DI DEWAN SEK.MEN TAMAN TASEK AMPANG ( SABTU 20/10/2012 )
k la , memula aku nak story pasal hari konvo pada hari sabtu 20/10/2012 yg lepas...kali ni , dibuat secara besar-besaran iaitu meliputi seluruh tabika kemas dlm daerah ampang yg telah dianjurkan oleh Parlimen Ampang...pergh...mmg gamat betul suasana ketika itu...sebanyak 22 buah sekolah telah mengambil bahagian dan bayangkanlah seramai 600 org kanak-kanak turut serta pada hari konvo tersebut...tu belum masuk ibubapa dan anak-anak yg lain...mmg tak muat dewan sekolah Menengah Taman Tasek Ampang tu...
seawal kul 7.15pg , aku dah pun sampai , time tu tak berapa ramai lagi yg ada dan aku pun tak berapa suka klu dah bersesak nanti .Pada hari tu ,mmg aku harapkan adam akan naik ke pentas amik sijil dan bergambar tepat kul 9.00pagi , dif-dif terhormat sudah tiba dan acara telah bermula..suasana dlm tu , persis dlm dewan konvokesyen yg sebenar , siap dgn dif-dif terhormat memakai jubah dan diiringi dgn muzik gamelan..tetiba teringat zaman aku konvo kat Uitm Shah Alam masa muda-muda dulu...kekekeke
Giliran sekolah adam naik ke pentas , adalah pada pukul 11.00pg , dan time tu la bermula satu drama bergaduh anak beranak ,yg mana adam tak nak pakai jubah dan naik ke pentas...wah!!! time tu mmg aku berasap berkepul-kepul keluar dari telinga aku , mmg kena marah aje la budak tu...penat aku bangun pepagi buta dan last ending , adam tak nak naik pentas . dari jauh aku dok perhatikan adam...time kengkawan dia beratur atas pentas , dia keluar dewan ...aku terus dptkan dia dan tarik dia masuk dlm kereta....kaw-kaw aku marah dia sampaikan tersedu-sedu dia menangis...kesian juga aku tgk dia...marah pun ye jugak.....haih!!!! mmg aku betul-betul tension ngan dia pada hari sabtu tu .
adam bersama dgn kengkawan dia ..
see...menyakat anak dara org..
suka tgk pic ni...comel sgt la tu??
time ni bebudak tgh nyanyi lagu 1Malaysia...pandai bebudak ni nyanyi lagu -lagu tu
dif-dif terhormat naik kepentas...acara pun sudah bermula
dif-dif terhormat naik kepentas...acara pun sudah bermula
see...comel tul bebudak ni pakai jubah dan topi konvo tapi adam????? mmmm...punah harapan aku nak tgk dia berjubah..
SUKANEKA DI IMPIAN COUNTRY RESORT DI HULU LANGAT BATU 14 ( AHAD 21/10/2012 )
hari ahad pula (keesokan hari ) aktiviti sukaneka pula...aktiviti sukan telah diadakan di Impian Country Resort di Hulu Langat Batu 14 , rupa-rupanya tak jauh pun dari rumah aku , adalah dlm 10km , naik Bukit Langat ( jumpa Menara Tinjau Ampang ) dan terus keluar kat pekan Hulu Langat...nampak aje sign board Agrotech , terus belok kanan...hah ...dah pun sampai....
sebelum bertolak pergi , kanak-kanak kena berkumpul kat sekolah coz , diorg akan naik bas dan ibubapa akan berkonvoi dgn kereta memasing...time balik nanti , sendiri-sendiri la ye...tepat kul 8.00pagi , kami semua bertolak ke resort tu..
sebelum bertolak pergi , kanak-kanak kena berkumpul kat sekolah coz , diorg akan naik bas dan ibubapa akan berkonvoi dgn kereta memasing...time balik nanti , sendiri-sendiri la ye...tepat kul 8.00pagi , kami semua bertolak ke resort tu..
see...bukan suka lagi adam tu....siap panggil mama lagi time nak naik bas..
ibubapa berkonvoi beramai-ramai follow bus...adalah lebih kurang 10 bijik kereta semuanya
apabila dah sampai...wah!!!!cantiknya permandangannya.....see...jeram sungai yg cetek dan sejuk airnya...
cantikkan???
dah pun sampai...berkumpul dan tunggu giliran utk breakfast
anak saya yg comel....( sila puji anak sendiri k..)
makan-makan dulu sebelum aktiviti bermula..mana adam??? spt biasa arr budak tu tak nak makan..ni pic last guna camera ..lepas tu bateri kong.....adoi!!!! aku lupa nak check malam sebelum tu
lepas sarapan , cikgu adakan acara konvokesyen kecil-kecilan sekali lagi...bebudak kena pakai jubah dan topi ...mana adam??? biasa arr dia , mmmgggg tak nak bergambar...kesudahnya dia menangis tak hengat!!!
ni adam...tgh melalak dan melekat kat kaki aku...haihhhh...geram aku tgkkan budak ni...kat rumah dah berjanji nak pakai jubah tu dan berjanji klu tak nak , kena rotan 2x kat bontot,....mmg kena la balik rumah kang
ini la budak yg kememeh tu....menangis aje sepanjang kengkawan dia naik ke pentas amik hadiah...adam...adam....( sambil geleng kepala.....) hari tu , mmg adam glamour arr sekejap
lepas acara konvo dan bergambar selesai , sukaneka pulak....time ni , dia dah berdezup masuk padang..wah....cepat aje ko ek klu aktiviti camni???
aktiviti sukan utk kanak-kanak lelaki...bawak bola dan lompat dlm gelung....adam dapat tmpt terakhir..huhuhuhu
aktiviti sukan utk kanak-kanak perempuan...
sukanneka bersama kengkawan....mainan ni adam main separuh jalan dan menangis coz ada makcik tu cam salahkan dia sbb bola dia terjatuh dari cawan tu.....haih....itupun dia nak merajuk....adoi budak ni...kena amik air penawar budak ni bior kuat semangat sikit!!
lari bawak bola dlm kon , adam dah merajuk tak nak join..
kelakar tak henggat tgk gelagat bebudak ni...huhuhuuh
acara last...bola beracun...pun best jugak
pic blur coz aku guna hp cap ayam aje ni...huhuhuh..aktiviti utk bapa...lari dgn kaki satu aje..
ni plak , acara utk si ibu....berjalan bawak kon atas kepala ...jgn sampai jatuh ye..
last sekali amik hadiah....semuanya botol air dan tuala....pas tu aktiviti bebas....tu yg seronok
aktiviti bebas berkubang dlm jeram sungai...mmg laju aje adam tu...
mmg suka betul dia dok dlm tu....sampai kecut jari-jari tu , baru ingat nak naik dan makan..
lepas makan dan mandi-manda , hari dah gelap cam nak hujan , maka bersiap-siap le nak balik ke Ampang semula .kul 1.30ptg kami berdua selamat sampai ke taman kosas....mmg penat sangat rasanya badan ni dgn 2 hari berturut-turut layan aktiviti sekolah adam...walau apa-apa pun , semuanya seronok . InsyaAllah , boleh dtg lagi ke resort ni dimasa akan dtg kalau-kalau teringin nak mandi kat jeram sungai..
No comments :
Post a Comment