Wednesday, February 13, 2013

POKOK CENDOL

pernah dgr pokok cendol? ni la rupanya..kenapa org panggil cendol , aku pun tak tau...may be dari rupa daunnya kot? actually  , aku pun tak tau apa sebenarnya nama pokok ni , tapi yg pasti pokok ni adik beradik kaktus jugak la...

Actually , pokok ni mengingatkan aku pada arwah atok masa aku kecik-kecik dulu . time tu , ada 2 pasu yg bergantungan dgn rimbunan dan berjurai-jurai daunnya  . aku suka dan sayang kat pokok ni even nak patahkan daun-daunya cendolnya tu pun , aku sayang sgt . lepas kami sekeluarga pindah dari rumah atok , terus tak jumpa dah dan  tak sangka plak , bila umur dah meningkat dewasa ni , baru aku terjumpa semula pokok ni  .

Oh ya  , aku terjumpa semula pokok ni  , kat kedai bunga Floristika di bangsar kl ( iaitu sebelah menara mutiara bansar ) ..apa lagi , terus aje la aku beli sepasu . harga sepasu cuma RM12.90 aje sekarang ni  , dah cantik berjuraian kat ampaian kain di rumah . 

oleh sebab pokok ni spesis kaktus ,  pokok ni tak boleh disiram dgn banyak air , klu idak ,dia akan lebam dan lama-lama jadi kehitaman dan terus rosak... klu nak siram pun , setakat spray air aje la...nak buat benih pun senang jugak...just patahkan daun cendol tu , dan cucuk aje la atas tanah yg lembab  ,selang 2 minggu akan tumbuh akar putih dibawahnya . aku suka ngan pokok ni dan klu boleh nak tanam lebih banyak lagi .








benih pokok dlm pasu kat dapo...tgh tunggu dia beranak pinak aje ni..

No comments :