hasil rembatan di online lagi . actually membelinya dah lama , tapi mujur jugak sebelum aku bercuti 15hb ari tu , sempat juga barang ni sampai ...dpt jugak la test n adjust kat katil time cuti-cuti ari tu .
oh ya , ini adalah Australian Brand Waterproof Bed Sheet Protector iaitu alas kencing utk adam time tido waktu malam , even adam dah pun besar dan dah lama tak pakai pampers tapi langkah berjaga-jaga mesti la ada . sejak dia tak pakai pampers ni , rasanya dah 2x dia terkucil atas tilam , time tu sejuk kot?? tu la tak sempat nak bangun ke toilet .
memula tu , dah terkena tilam vono kesayangan aku ni , mmg aku berangin aje dan menjenuh jugak la nak membersihkannya...kali ke-2 , aku dah siap-siap alas ngan tikar getah khas utk org sakit , itupun aku amik balance dari arwah ayah punya . bila dia terkencing aje , selamat la tilam aku , just basuh cadar aje tapi , lately aku dah terperasan cam sejuk aje alas tu bila time malam , rasa kesian plak adam tidur camtu seharian . mmm...aku kena buat something la klu camni...huhuhu
baru-baru ni , aku dah terperasan dlm iklan dalam Groupon.com.my spt di bawah , ada terjual plak alas kencing utk budak-budak yg mmg sebijik kat hospital . kainnya pulak adalah sgt berkualiti dan mmg di reka utk mengelakkan sebarang cairan dari meresap terus atas tilam . bab harga pulak cuma RM58.00 sahaja dan yg penting , ianya tak sejuk cam alas getah cam hari tu .. dan aku ni umpama pucuk dicita , ulam mendatang , terus aje membelinya .
best shopping ngan groupon ni , service mmg la cepat giler...
ini la rupanya..alas kencing utk budak-budak ...saiznya adalah sesuai utk katil single..sama kan cam kat hospital?? pastu boleh dilipat utk bawak travel atau balik kampung...yg paling best , ianya boleh dibasuh dan di keringkan macam biasa .
dibahagian bawah adalah berwarna hijau , mmg kalis air ..bahagian atas pula adalah kain yg lembut ..so tak sakit badan budak ataupun bayi .
besarkan?? mmg saiz utk katil single..dikiri kanan alas ni , ada kain lebih , khas utk di selitkan dicelah katil , so ianya takkan bergerak-gerak
kita zoom permukaan atas alas ni...
lepas selitkan kat tepi katil , terus tutup ngan cadar ...so , air kencing takkan meresap atas tilam . nak guna atas toto pun boleh juga .
4 comments :
Salam kak.saya berminat sgt nk beli alas tu sbb masalah saya sama mcm akak tp tak biasa la beli online.buka kat groupun tu pun tak tau nk search kat mn alas tu..
salam wani ..
sorry dah terdelete comment dari awak..
utk beli kat groupon.com , kena daftar jadi ahli ..pastu kena rajin-rajin la tgk website tu utk melihat iklan .rasanya dah 3x iklan mengenai protector sheet ni dah publish .
salam kak.. nak tnya lapik tilam ni ad binyi plastik x masa guna tu
wasalam Jihah ..
tak ada bunyik-bunyik pun..mmg berbaloi beli utk jadikan pelapik anak terkencing atas katil.
bila cuci pun senang aje nak kering .
Post a Comment