Tuesday, November 19, 2013

PERCUTIAN SINGKAT - PERLIS INDRA KAYANGAN PART AKHIR

ni entry terakhir mengenai percutian singkat aku ke Perlis . malam tu  , aku dah nak balik ke KL semula  , bas akan bertolak kul 11.00mlm dan kali ke-2 aku naik bas Etika Express lagi .

Pada kul 9.00 mlm  aku dah pun check-out dari Homestay aku dok tu , misi kali ni nak mkn Lok Ching  . apa tu  ?? tak pernah aku mkn sebelum ni , tapi bila dah tgk dan cuba...ooo...mmg sedap k .
Oh ya , lok ching ni ala yong tau fu jugak...klu yong tau fu  kita mkn dengan sup atau sos yong tau foo , tapi lok ching ni , sosej dan kengkawannya yg lain dibakar atas arang ..pas tu dicicah dgn sos . sgt simlplekan??
apa-apa pun mmg sedap sambil menghirup angin malam dari Pantai Kuala Perlis yg bersebelahan dgn kami .

ok..layan pic kami disini .

kat sini ( Seagate Kuala Perlis ) ada byk deretan gerai-gerai di tepi jalan  yg jual lok chin ni..sambil makan , sambil amik angin dari Pantai Kuala Perlis



jagung bakar pun ada jugak

sosej dibakar atas arang



ini la dia rupa lok chin tu..sedap k

lepas kenyangkan perut dgn lok chin , kami menuju ke bas station , sebelum tu , kami nak cuba naik kereta kuda...seronok tul la...ni la first time naik kereta kuda tau...yg paling seronok adam la...kejap-kejap dia berdiri nak tgk kuda tu...pas tu macam-macam soalan dia tanya plak .. tambang naik kereta kuda ni , dewasa RM5.00 kanak-kanak pula RM3.00 sahaja .

jom layan pic gedik kami atas kereta kuda .



muka jakun naik kereta kuda ..hahahha





lepas dari tu , terus pecut ke bas station kangar..jam dah menghampiri ke pukul 11.00mlm , bas kami dah pun hampir tiba...lepas bersalaman , kami pun beransur balik kl...

bye - bye Perlis , entah bila lagi la agaknya kami akan sampai lagi...huhuhu



gambar tuan tanah sebelum balik KL

kepada Tie dan Suhaizal , Selamat Pengantin Baru  , Kros ucapkan , semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat..jgn gadoh-gadoh selalu ye...dan juga terima kasih tak terhingga sebab korang sanggup luangkan masa , wang dan tenaga nak melayan kami sewaktu di sana . Apa-apa pun , semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya . Suhaizal , jaga Tie baik-baik tau klu idak , siap la kamu..hehehe

5 comments :

Emilia said...

bestnya kak ros gi bercuti nak jugak....

Emilia said...

bestnya kak ros gi bercuti... nak jugak

Unknown said...

wahh banyak nyer gambar saya dalam blog kamu nih. hahha. apepun kak ros, thanks sebab sudi datang kampung tie yang serba kekurangan nih. maaf kalau terkurang apa2. tie seronok kak ros dtg. terubat rindu pada kengkawan kl. nnti senang2 datang lagik tau. jgn lupa tie yer kak ros. moga persahabatan ini kekal smpai bila2. haishhh touching pulak rasa.

Unknown said...

inshaallah kak ros. doakan kami kekal sampai bila2. - suhaizal

Unknown said...

amy ,

mengejut aje cuti ni..mmg best ..nak dtg lagi tahun akan dtg , harap tie terima kedtgan kros .

Tie ,

seronok jumpa ko dan keluarga...mmg terbaek layanan yg diberi .semoga persahabatan kita kekal selamanya .

Suhaizal ,

selamat pengantin baru ye...semoga berkekalan sehingga hujung nyawa .