Shopping di Wang Kelian
hari ke-2 , kami plan nak shopping antara Wang Kelian ataupun Pasar Besar Perlis . Pagi tu , kami bersarapan di homestay sahaja . pekena mee maggi yg disediakan oleh Tuan rumah . Kul 11pg , kami semua menuju ke Wang Kelian . perjalanan yg agak jauh dan terpencil dan juga turun bukit naik bukit boleh buatkan kepala pening tau...nasib baek tak ada sapa yg muntah...hehehe ...
Ehh..apa tu Wang Kelian ?? suka sgt aku asyik mention dlm blog ni?? klu nak tau , Wang Kelian ( WK ) tu adalah nama tmpt utk shopping..kirakan macam shopping di Padang Besar la tapi , WK ni tak ada bangunan , cuma gerai-gerai kecil sahaja di sepanjang jalan . Yg paling bestnya , WK ni terletak di sempadan Thailand tau...kira klu dah masuk sini , consider korang dah pun masuk ke Negara Thai , tak perlu nak bawak sebarang dokumen seperti passport atau visa . kat sini jugak , mmg tak dpt linephone atau internet .
Sesiapa yg mmg 'hantu' shopping , mmg kat sini la syurganya...mmg tempat terbaik kalau korang nak beli toto ke...tikar ke...permainan kanak-kanak yg besar gabak ke...periuk belanga ke....mmmmgggg banyak dan murahhhh k . bab harga , mmg boleh tawar menawar lagi tau . kalau nak shopping tu kena tahan fizikal dan mental tau , sebabnya cuaca adalah sgt panas dan keadaan deretan kedai adalah secra menuruni bukit . mmg azab la nak naik bukit semula dgn barang yg banyak dan ditambah pula dgn badan dah penat .
Oh ye , peniaga kat situ semuanya org Thai dan yg uniknya diorg ni mmg fasih berbahasa Melayu berloghat Perlis . mmg senang la klu nak tawar menawar ni .Diorg ni berniaga dari kul 7.00pg sehingga 6.00 ptg , time tu jgak la pintu sempadan ke-dua-dua negara akan dibuat kepada org ramai yg nak membeli belah .kat sini , parking tidak disediakan tau , klu lambat , alamatnya jauh la korang parkking dan nak menapak ke kereta nanti , korang kena parking di tepi-tepi jalan dikedua-dua belah jalan di hadapan pintu masuk sempadan Malaysia .
k la , korang layan pic kami di Wang Kelian tempohari . mmg best tau!
kami di pintu masuk sempadan..apa-apa pun , amik gambar dulu ye sebagai bukti kami dah sampai
ni la permandangan di Wang Kelian tu...panjang tau kedai-kedai tu...paling tak boleh blah kena daki bukit..makin jauh kedlm , makin murah harga barang .
mata kami dah terlekat bagaikan magnet kat emas-emas tiruan disini . mmg rambang mata tau!!! ditambah plak dgn harga yg jauh lebih murah dari emas tiruan di Jln TAR
see....kan dah cakap...mmg tersenyum lebar bila dpt tau harga seutas gelang kaki yg paling cantik dan tebal ni cuma RM25.00 sahaja...lepas tawar menawar , kami dpt harga terbaek iaitu RM22.50 ...pergh!!!! seronok , klu emas betul , entah berapa la plak harganya? mesti beribu
ini pula pelbagai jenis kekacang timbang...aku fokus kat gajus aje la sbb mmg feveret aku
sempat berposing kat kedai patung dan bantal ni
pelbagai selimut ..murah plak tu cuma RM15.00 sahaja
ni pula bantal hello kitty pilihan aku utk diletakkan di kerusi opis....macam comel aje.....terus sambar sbb comel dan murah ..cuma RM10.00 sahaja
tada.....dah bungkus!!! oh ya , time ni adam mengamuk , sibuk nak burung dlm sangkar ..
kami dgn hasil rembatan memasing . bantal ulat tu paling besar cuma RM18.00 sahaja
tikar evamatic ...bab harga mmg aku tak amik port sbb tak terfikir nak beli bawak balik kl
ni pula permainan utk kanak-kanak , mmg besar -besar saiznya..entah berapa RM la agaknya?
kacang gajus yg telah siap di packing
lambakan narita yg giler banyak...rasanya murah kot ?? sbb ramai org mengendong benda ni masuk kereta
pelbagai selimut ala-ala toto ..ni pun murah jugak cuma RM15.00 sahaja . idak pula aku nak membelinya coz time tu tgh panas . tak terpikir nak beli selimut bagai..
ada lagi....lambakan tilam , narita dan tikar....adoi !! klu aku bawak kereta mmg aku angkut banyak-banyak bawak balik kl
seni anyaman tikar ..mmg banyak dan ada pelbagai warna ..aku tak beli pun , camana pulak nak bawak balik kl??
melambak mainan utk budak-budak . semuanya kereta control...pada hari tu , aku offer kat adam sebijik , semuanya dia tak nak...( org tgh merajuk tak dpt burung ...semuanya tak nak )
ni beras siam wangi ( kampit merah )...mmg cantik berasnya,.sekilo cuma RM4.50 sahaja .
buah salak
korang paham tak bahasa Thailand ni?? Yg tengah tu aku paham ...start berniaga kul 7.00 pagi sampai 6.00ptg...huhuhuh
Selesai shopping , kami semua kepenatan maka kami tak jadi singgah ke tmpt Shopping Padang Besar sbb semuanya boleh di dapati di sini . next , kami terus ke Gua Kelam
GUA KELAM , PERLIS
Perjalanan ke Gua Kelam tak jauh dari Wang Kelian , cuma 15minit sahaja . kami saja-saja dtg melawat ke Gua Kelam ni . lagipun tak pernah pun masuk ke dlm Gua , so ini adalah yg first time k .jom kita tgk didalamnya ..
apa-apa pun , klu bab bergambar , mmg keutamaan kami
tu semua permandangan di dlm Gua . ..mmg gelap dan hanya disurami dgn lampu neon sahaja .apa-pun permandangan mmg cantik dan suasana adalah sejuk aje .
sepanjang masuk ke dlm gua ni , disediakan titi ...bawah titi tu , air terjun mengalir laju
lepas penat berjalan menyusuri titi sepanjang dlm gua dan puas bergambar , kami terus balik rumah Tie . kali ni nak makan tengahari dirumahnya...alamak...byk pic dlm camera , tertinggal plak kat rumah....apa-apa pun , kari ayam mak Tie mmg sedap , 2x aku tambah nasi!! Selesai mkn , berposing sakan bergambar dgn sawah padi yg luas terbentang bersebelahan dgn rmh . dpt la aku tgk pokok padi yg selama ni tgk dlm tv aje .kesian tak??
lepas penat berjalan menyusuri titi sepanjang dlm gua dan puas bergambar , kami terus balik rumah Tie . kali ni nak makan tengahari dirumahnya...alamak...byk pic dlm camera , tertinggal plak kat rumah....apa-apa pun , kari ayam mak Tie mmg sedap , 2x aku tambah nasi!! Selesai mkn , berposing sakan bergambar dgn sawah padi yg luas terbentang bersebelahan dgn rmh . dpt la aku tgk pokok padi yg selama ni tgk dlm tv aje .kesian tak??
begini la rupanya pokok padi...cam lalang kan???
peace!!!!
ok la...jom layan apa yg aku borong kat Wang Kelian ..
kacang gajus org kirim!
yg ni beli kat gerai di WK...3 pek RM10.00
t-shirt Hard Rock...RM 18.00 lepas tawar menawar dah jadi RM16.00
ni gelang kaki saya ....suka dpt ni...RM22.50 sahaja...
beras siam wangi ...Sekilo RM4.50 sahaja
ni la burung dlm sangkar idaman adam...sibuk nak buung sampai merajuk-rajuk...sebiji RM15.00 sahaja
suka la dpt burung tu ?? bila dah sampai kuala perlis , adam ckp nak pergi Wang Kelian lagi ...kali ni dia nak beli bajak control...hah!!! padan muka , hari tu aku offer tak mau ?
ok la , itu sahaja catatan perjalanan aku ke Perlis baru-baru ni . lepas balik makan tengahari di rumah Tie , kami balik semula ke Homestay utk kemas barang dan standby balik KL pada malamnya...
Next - naik kereta kuda dan lok ching
2 comments :
alahai jelesnyer tgk org sana da update.. kiter blom... huhu..
hahaha...biler mau update ??
Post a Comment