ni pic kami sekeluarga baru-baru ini...bersempena dgn cuti 3 hari kerana hari raya AidilAdha aku dan keluarga ku pulang ke kampung di Muar .
selalunya sambutan raya korban di Johor tidak la semeriah seperti di negeri pantai timur. di sini kami hanya sembahyang raya dan menyediakan lauk pauk raya saja spt ketupat atau nasi impit...rendang..lodeh dan lain-lain. lps solat kami mkn bersama keluarga...itu sahaja.
disebabkan tiada aktiviti pada hari itu..cik abang plan nak bawak anak-anak mandi manda di Air Terjun di Gunung Ledang Sagil Tangkak...wahhhh...kembang tul hari ni bila mendengarnya...maunya tak best?? rasanya hampir 20 tahun tak jejakkan kaki di situ...klu dulu zaman remaja, situ la tmpt aku berdating setiap minggu...tp kali ni aku berdating plak dgn suami dan anak-anak pula...
siap packing dgn pelbagai makanan yg mak masak tu..kami terus ke tmpt yg dituju...dari muar ke sagil mengambil masa lebih kurang sejam...sepanjang perjalanan aku mengimbau kenangan menaiki bas semasa aku study di UITM Segamat dulu...wah!! mmg byk betul perubahan disepanjang perjlnan itu.sibuk mulut aku bercerita dgn cik abang...nasib baik dia sudi melayan aku...
sampai di kaki gunung...sudah ada resort yg cantik..tp yg tak bestnya kami kena menapak utk ke kaki air..jauh plak tu..adalah lebih kurang 100 meter..penat tau...mujur juga la kami tak bwk brg banyak...disebabkan dah penat berjln, terus aje cari port yg sesuai utk bentang tikar...time tu dah tak kuasa dah aku nak daki tangga ke stage atas..cuma stage pertama je la yg kami larat..apa yg penting anak-anak bergembira dpt mandi dlm air yg sejuk tu.
oh ya...sementara anak-anak mandi , mama dan ayah dating berduaan sambil mkn kuaci...hahaha...heaven rasanya tanpa gangguan...tak lama pastu baru la panggil diorg semua tu naik utk mkn bekalan yg aku bawa.
tepat pukul 2 ptg..kami dah beransur utk balik tambahan lagi diorg pun dah menggigil menahan kesejukan...
k la itu sahaja ttg cuti raya qurban kami utk hari itu..korang layankan je la pic anak-anak bergembira dlm air. byeeeeee....♥♥
No comments :
Post a Comment