seawal pagi , aku dah bangun utk menyiapkan makanan utk dibawa bersama . aku masak simple-simple aje..mee hoon goreng , sandwich telor , air oren dan nugget goreng sikit . mmg excited nak pegi ni , segala bakul plastik yg dok tersimpan semasa bersalinkan adam dulu dah pun digunapakai semula . sebelah malamnya , kami dok packing baju utk mandi dan persalinan balik nanti..budak-budak aku suruh tido awal supaya senang nak kejut cuma ayah dan mama je tido lewat tak apa .
otw ke sana kami melalui highway MRR2 , mmg lenggang...masuk aje kwsn batu caves , kami dah menggunakan applikasi wave sbb dua-dua tak tau jalan . mmg best drive di waktu pagi , dpt menghirup udara segar lebih-lebih lagi melalui jalan kampung .
sampai di kwsan mandi-manda Sg Tua , cari parking dan sila la bayar utk masuk ke sana . bayaran masuk adalah RM1.00 utk dewasa dan RM0.50 utk kanak-kanak .hanya perlu berjln sikit aje utk sampai kat kaki air...korang cari la port yg sesuai utk dok bersantai bersama keluarga .
k la , korang layan pic kami ni . pada hari tu , semua ahli keluarga dok berendam dlm air yg sejuk cam air batu tu...apa-apa pun , kami semua mmg gembira pada hari itu .
2 comments :
seronok bila keluarga bsr. mcm2 karenah mcm2 peel. penat tp seronok :)
mmg seronok . aku bersyukur dgn rezeki dan jodoh yg telah ditetapkan oleh yg Maha Esa . AC pun ok ( ko pun tau dia camnakan?? )
Post a Comment