hai...pagi semua..hari ni khamis 30.4 aku berkesempatan nak update blog lagi . bukan time keja tau ..hari ni cuti utk seluruh warga TM di Menara TM ni kerana ada Annual General Meeting Shareholder di sini . berkebetulan pula hari jadi cik abang yg ke-39 tahun , mmg kami berdua nak dating di luar . anak-anak semuanya aku dah hantar ke sekolah memasing-masing ye... sebelum lunch di luar , singgah jap di opis , jadi sempat la aku nak update blog aku ni .
oh ya , n3 dlm blog aku ni akan ada banyakkkk tp semua tu cerita yg campur-campur , maksudnya ada yg baru ada jugak yg dah lama . korang layan je la kan ....
ok la ..ni nak cerita terbaru pasal family day kecil-kecilan yg kami buat tempohari .sesaja nak buat family day dgn group wassap kengkawan lelaki cik abang aku ni . actually , setiap tahun diorg buat tapi tahun lepas kami belum bernikah lagi , berkawan berdua pun senyap-senyap di luar pengetahuan kengkawan , so time tu mmg tak la aku nak ikut dan menonjolkan diri...tunggu aje la dan akhirnya aku dah jadi sebahagian family diorg ..
kalau tahun lepas , diorg berbarbeque di Pelumpang , Selangor tapi kali ni buat di Port Dickson pula . Perancangan ini di buat dari tahun lepas lagi dan tahun ni dpt merealisasikan .kami beramai-ramai check in di Bougainvilla Resort Port Dickson . not bad tmpt tu , even keadaan bilik mmg style lama tp semua kemudahan lengkap , ada tmpt barbeque...ada swimming pool , bilik yg luas dan paling penting kemudahan toilet dan aircond semuanya tip top .
Family day diorg ni just utk merapatkan silaturrahim antara diorg..selain tu boleh juga para isteri berkenalan dgn isteri kengkawan yg lain , anak-anak pula berkawan dgn anak-anak yg lain dan yg paling penting dpt merelease tension setelah penat berkerja .
pada hari tu , kami sampai awal di resort sbb cik abang telah dipertanggungjawabkan utk collect kunci dari admin resort . bila semua dah berkumpul , kami beramai-ramai menikmati minum ptg dgn apa yg ada...sementara tu budak-budak dah melonjak nak mandi pool di situ .walaupun cuaca mendung , budak-budak ni mmg seronok berendam dlm tu...tak ketinggalan aku dan cik abang turut berendam juga .
Pada sebelah ptg , aku dan anak-anak bersiar-siar di tepi pantai . penat juga nak menapak utk sampai ke gigi air .walaupun air tengah surut , tak ape kita main pasir pula . Sebelah malam pula , akan diadakan barbeque ..pelbagai makanan yg disediakan...memasing bawa mknan secara pot luck ...mmg betul-betul kenyang mlm tu .
ok la , sampai sini aje la...korang layan pic pula ye...k bye .
resort kami pada hari itu
ini la bilik kami ...
sgt luaskan??? boleh muat satu lagi family
budak-budak ni dah melonjak-lonjak nak mandi kolam...bila aku ok je..berdezup diorg salin baju mandi
Geng-geng si ibu...bru pertama kali aku join club ni
Geng-geng warung kopi
Hasil tuaian di PD sebelum pulang ke kl
No comments :
Post a Comment