hmmm....dah nak dekat dah utk tahun 2010 , tamat utk selamanya...sedih pulak rasanya...yela..pelbagai pahit manis telah aku lalui dlm tahun 2010...rasanya tak payah berkongsi kat sini ...cukup sekadar aku simpan dlm hati sahaja.....tapi yang pasti , banyak kenangan manis berbanding dari pahit.....terasa sayangnya nak tinggalkan tahun 2010 ni....
padaku , tahun 2010 , adalah pembuka semangat utk aku meneruskan kehidupan dibandar Kuala Lumpur yang mencabar ini .....aku bersyukur dan redha dgn ketentuan Ilahi , setiap yang berlaku , ada hikmahnya..... kehidupan sekarang jauh lebih bermakna , bahagia dan ceria dari tahun2 yang dahulu ....itu yang pasti....
Syukur Alhamdullilah , wishlist yang pertama sudah terlaksana walaupun banyak dugaan perlu aku hadapi.... dgn setiap rezeki yang dikurniakan utk aku , aku cuba buat perubahan sedikit demi sedikit utk rumah kecilku itu....Alhamdulillah , kini , selesa utk aku sekeluarga tinggal dan berteduh dari panas dan hujan .
dari soal wang ringgit pula , Alhamdullillah , belum ada lagik masalah kewangan dan aku berjaya spend perbelajaan harian dgn teratur dgn wang gaji bulanan ku sendiri...pas dari tu , utk mengisi masa lapang dan minat , aku sengaja menjadi ahli dlm jualan lansung dlm perniagaan Tupperware , cosway dan Leno . sekali lagik , syukur kepada Allah , ada rezeki utk aku lagik disitu ....
untuk azam baru 2011 , rasanya aku nak perbaiki diri ini kearah yang lebih baik dan yang paling penting aku nak menabung dgn sebaiknya....wish list yang kedua harus aku realisasikan memandangkan kelisa ku semakin hari semakin uzur dan kenari ku akan habis hutang tidak lama lagik....InsyaAllah....semoga Allah memperkenankan niatku dan mempermudahkan urusan ku.....Amin.....
ok la , untuk kengkawan semua , selamat menyambut Tahun Baru 2011 semoga dilimpahkan rezeki dan panjang umur kalian....jgn toleh kebelakang lagik kerana apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.....
No comments :
Post a Comment