persediaan utk tinggalkan rumah buat sementara waktu , mmg amat penting , dari diceroboh oleh manusia atau serangga kecil-kecil ni .kalau kena ceroboh dek manusia , alamatnya barang-barang dlm rumah mmg akan sekaligus rosak atau hilang , tapi kalau dek serangga kecil-kecil ni ,mmg ambik masa utk barang kita musnah atau rosak .
okla , aku mulakann dulu dgn DIY utk pelindung serangga . dah lama aku amati , cicak atau lipas akan masuk dlm rumah aku ni melalui pintu hadapan . korang perhatikan ,antara lantai dan pintu kayu akan ada sikit space utk udarakan ? dari tu la mereka merayap dan masuk dlm rumah . Shopping kat Giant dibandar baru ampang baru - baru ni , aku dah perasan satu pelindung / penutup pintu utk space yg terbuka tu...senang ajer nak pasangnya , dlm masa 5minit , dah siap . sekarang ni ,lega tul hati sbb lipas atau cicak dah tak boleh masuk lagik dah...yg mana tertinggal dlm rumah ni, aku nak pasang perangkap utk mereka. kasi lupus ye .
camni la bentuknya...ada banyak rega..aku ambik yg murah RM11.90 ajer
dah keluarkan dari plastik . panjangnya adalah dlm semeter...ukur pintu dan kerat ikut ksesuaian panjangnya...
sebelum operasi..dah banyak kali aku ternampak lipas dan cicak buat laluan mereka tanpa rasa bersalah depan aku ...
selepas operasi...lekatkan batang plastik tu kat pintu ( ada double side kat belakang batang plastik tu) ..korang adjust le ye...
oh ya , lagik satu aku buat operasi DIY utk pasang plastik tinted cermin tingkap pulak . dulu dah pasang dah , tapi ada sebaris lagik yg perlu aku tutup agar manusia yg berniat nak ceroboh tak boleh la nak meninjau dlm rumah . ni pun senang , tak sampai 10minit ,dah siap .
lebihan plastik tinted cermin tempohari ...ukur cermin tingkap dan gunting...
ada sebaris lagik bahagian atas yg perlu dicover , org luar dok meninjau-ninjau dlm rumah .
pas ukur dan gunting , buka selapis plastik belakang plastik tinted tu..sebelum tampal kat cermin tingkap , spary ngan air sabun utk memudahkan korang adjust secantiknya...buangkan gelembung udara sekiranya ada supaya tinted nampak cantik dan sekata..
see...sudah siap...org luar tak boleh tgk dlm , dan aku pulak tak boleh ngintai org luar...hheheheh
balik kampung baru ni , mmg lapang tul hati nak tinggalkan rumah . tak perlu risaukan serangga kecil masuk rumah dan tak perlu risaukan manusia2 yg berhati jahat dok meninjau-ninjau dlm rumah time org tiada . klu korang rajin , cuba la , pasti barang dlm rumah selamat .
No comments :
Post a Comment