Thursday, July 5, 2012

JOM KITA TGK MONYET

Ni aktiviti aku dan adam hari sabtu lepas , kebosanan dah main buaian kat padang permainan  , kami up sikit perjalanan diwaktu petang . 

kali ni ke Taman TAR , berhampiran dgn kelab golf yg femes kat kwsn Ampang ni  iaitu KELAB DARUL EHSAN ( KDE ) dan jugak terletak dlm kwasan taman rumah orang-orang kaya , kat sini korang boleh jumpa sekumpulan monyet-monyet liar yg dtg dari kawasan hutan di atas bukit nun ...klau bernasib baik , korang dpt tgk sekumpulan babi hutan liar yang keluar dari celah semak-semak utk turun makan .

pada setiap petang , mmg ramai org berjongging disusur jalan di sini dan di kawasan monyet dan babi hutan tu , mmg sentiasa ada org ( kebanyakannya kaum cina la ) diorg ni bagi makan kat babi hutan tu selamba aje tadah tangan dan letakkan friskies ....eee...geli gelemen aku tgk kan .kalu nak bergambar tu , kena berhati-hati la ye...haiwan ni  , kita tak boleh jangka sifatnya ..

sejam melayan monyet kat sini , kami pun chow , menurut org ramai kat sini , klu nak maghrib , lagi banyak babi hutan keluar dari hutan dan terus menuju ke kolam yg ada di padang golf tersebut...haih...idak la aku nak menunggu pun , hanya kaum cina aje yg ramai .

di Taman TAR Ampang

dlm kolam ni arr mereka berkubang beramai-ramai...

besar tau monyet ni...mmg nampak sihat dan berkilat aje bulu dia tu...haih , menakutkan klu dia dtg dekat .bawah bukit tu , padang golf KDE


kat area sini kena slowkan kenderaan , sbb monyet-monyet ni sesuka aje lintas jalanraya

kat sini , ramai org dtg bawak makanan atau buah-buahan utk makanan monyet ni...see..selamba aje menyelongkar kotak tu

uncle-uncle tu ,semuanya org kat area sini , monyet dok sebelah dia pun  , mereka tak kesah...klu aku dah lari dah..

2 comments :

Anonymous said...

selamat ke ngan monyet2 ni hehe.. slam kenal juga yek

rossysweety said...

takut-takut jugak , sbb monyet liar semua ni...