Friday, July 19, 2013

UTC PUDU SENTRAL

Pic lama ye..baru la ni nak update ..korang redha aje la..

hari tu , entah bila tah , buat pertama kalinya berdetik hati ni nak buat ic baru . sbb utama nak tukar ic baru sbbnya nak update alamat baru di ic tu..maklum la , dulu guna alamat rumah sewa , sejak dah ada rumah sendiri ni , teringin plak nak mengabadikan alamat rumah kat dlm ic . lagi pun  , itu yg terbaik sebenarnya .

utk buat ic baru ni , aku ke UTC atau lebih dikenali dgn Pudu Raya sedikit masa dahulu . sekarang ni dah tukar namanya ke Pudu Sentral . tidak susah utk kesini , sebabnya  ianya berdekatan dgn stesen LRT  , klu dari Ampang cam aku ni ,  aku park kereta di LRT Cempaka sahaja , malas nak pikir pasal parking nanti , dari sini  terus naik tren STAR dan berhenti di stesen LRT Plaza Rakyat...bila dah sampai tu, aku jalan kaki ikut susur pejalan kaki yg telah disediakan...tak sampai 5minit , dah pun jumpa bangunan UTC aka Pudu  Raya tu..

memula masuk dlm tu , wah...lainnya keadaan Pudu Raya sekarang ni?? macam jakun aku ras...mana taknya asyik mendongak tgk atas bawah dan melilau tgk sekeliling ...mak aiii!! dah semakin cantik !!  mmg jauh berbeza dari Pudu Raya sedikit masa dulu . klu dulu , keadaan Pudu Raya yg panas , sempit , penuh asap , lantai yg kotor dan kehitaman , penjaja yg bersesakan , bising dan tmpt duduk menunggu yg terhad .

sekarang ni , Pudu Sentral yg mmg amat berbeza sekali .. kat sini persekitaran yg sejuk  , luas dan terang...lantai yg bersih dan berkilat  , deretan penjaja yg teratur dan bersih .even turut disediakan tmpt menunggu khas berhawa dingin dan luas utk menunggu bas atau sanak sedara...

selain tu , dlm UTC Pudu Sentral  , ada  pejabat -pejabat Kerajaan , ada Jabatan Pendaftaran , Pejabat Imegresen ( kat sini paling ramai org ) , Pejabat SSM , Pejabat Pos , JPJ , Pejabat SPAD , Balai Polis , Kiosk KWSP dan lain-lain lagi . Kedai 1Malaysia  , kedai Buku 1Malaysia , kedai Kain 1Malaysia dan juga Klinik 1Malaysia ada juga tau . klu korang nak tau , setiap kedai 1Malaysia ni , aku jengah dan masuk utk intai-intai kualiti dan harga barang . ternyata  , mmg berbaloi-baloi dan sangat best .

haih,..dah melalut aku ni...back to buat ic tadi , mujur juga aku dtg sewal pagi , mmg tak ramai org dan time utk menunggu pun tak lama tau ..utk buat ic ni , just bayar RM10.00 , kadar bayaran ni  termasuk juga kita buat gambar . tak sampai 15minit , permohonan aku dah siap tapi kena amik ic baru tu selepas 24 jam , maknanya keesokkan hari la . dah settle , aku boleh la merayap masuk kedai 1Malaysia tu utk window shopping .

k la, itu sahaja sehingga hari ini . korang layan aje la pic ni . byeeeeee

kaunter di pejabat pendaftaran...masih belum buka coz aku dtg pepagi...service mmg tip top

sebelum balik  , singgah kedai 1Malaysia dihujung ...shopping lite-lite aje


makanan frozen pun ada jugak ..

sempat juga beli baju utk diri sendiri..huhuhu

taraaaaaaa...ic baru sudah siap..nampak muslimah sikit..berseri muka i...hehehhe
apa-apa pun comel tak kak ton????

3 comments :

Afne said...

comei kak ton...... hehe

apesal x amik gambo utc tu byk sikit? teringat aku dulu tetiap bln kg naik bas. last naik bas masa arwah atok aku meninggal. masa tu ngandungkan hana 4 bln rasanya.

Unknown said...

segan la wei...tp mmg best la Pudu Raya sekarang ni dan amat terima kasih kat PM..byk perubahan yg dia dah buat .

Emalin Mohd said...

Nak ke utc pudu ni so thanks for the info sebab naik lrt juga