Yuhuuu..
ni pic terbaru dari aku . entry kali ni aku nak story sikit pasal percutian yg aku tak rancang , percutian budget dan percutian yg boleh aku kenang sampai bila-bila....mmm...see...banyak tul aku sebut ayat percutian tu , M A K N A N Y A mmg best la tu...hahahha..
korang kena sabar nak baca entry ni ye , sbb banyak part..cam poyosskan??? ahh...ada aku kesah?? klu korang nak tau....kena la followwww !!!
start the story ,
hari jumaat , maghrib tu aku dan adam dah berkampung di UTC Jln Pudu . Perjalanan jauh dan tak dirancang bermula . plan nak ke Perlis aka melawat Tie dan secara tak lansung bercuti ke sana . Mujur juga ada tiket kosong ke Perlis kul 10.30mlm tu , jadinya kena tunggu lagi la kat UTC tu .
pada mlm tu , kami naik bas ETIKA Express double decker ...wah...first time ever naik bas bertingket-tingket ni...rasa teruja plus takut berlegar -legar dlm hati dan kepala ni , apa-apa pun aku berserah kepada Ilahi . oh ya , harga tiket adalah RM47.30 utk seorg pada hari tu ( harga tiket akan berubah naik klu dimusim cuti sekolah ) . tak kira la dewasa atau kanak-kanak , harga tambang adalah sama k.
Perjalanan jauh aku bermula kul 10.30mlm , mmg buat aku rasa tak ngantuk sepanjang perjalanan . Si anak teruna aku ni , kul 11.30 mlm aje dah dibuai mimpi . maunya tak nyenyak dia tido , aku dah siapkan dia bersweater , berstokin dan berselimut bagai , mmg sedap aje la dia dibuai mimpi dgn keadaan dlm bas yg sejuk beku tu , cuma mama dia aje la yg terkebil-kebil lagi . nasib baik jugak la ada games 'Smurf Village' kesayangan aku ni boleh jadi penghibur .
Entah kul berapa , terlelap jugak aku akhirnya , tetiba aje bas dah berhenti . Ingatkan dah sampai Perlis , rupa-rupanya baru sampai di RnR Taiping . Berhenti sekejap utk membuang apa yg patut .huhuhu.
Tak lama pas tu , bas teruskan perjalanan semula ...time tu aku dah tido-tido ayam kot rasanya...dan tup-tup bas berhenti lagi...kali ni dah pun sampai Alor Star utk turunkan penumpang . tak lama kemudian , bas teruskan perjalanan sehingga la ke Kuala Perlis dan destinasi terakhir Kangar .
Tepat kul 6.00pagi , kami berdua dah pun sampai di bas Station Kangar...wei...cam tak percaya k , aku dah sampai Perlis!!! Hishhhh...masih teringat-ingat lagi pagi tu .apa-apa pun , kul 6.20 pg , Tie sampai dgn tunangnya dan kami semua menuju ke Homestay yg telah dibook .
k la , korang tunggu sambungan Part 2 , ttg percutian singkat aku ni lagi . Sebelum tu , layan dulu pic anak teruna aku kat UTC Pudu .
sementara tunggu jam ke 10.30mlm , aku just lepak kat tmpt menunggu ni . keadaan yg selesa dan ramai org buat hati rasa tenang dan tak takut dgn keadaan sekeliling .
kami dah naik bas....Adam dah siap pakai sweater ..
NEXT - LANGKAWI DAN DINNER
2 comments :
aku msh igt beg mickey mouse tu. adakah beg yg sama atau yg baru? seronoknya bercuti :)
tu la bag mickey yg dolu tu..banyak tul kenangan kat bag tu...
Post a Comment