Tuesday, June 2, 2015

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 2

hai...jumpa lagi...fuh..gila punya lama nak tunggu part 2 kan?? sorry la korang , aku sibuk seminggu ni....pasal yg tu nanti aku update ye..tapi lambat sikit sbb ada 2 part lagi yg aku kena sudahkan .

ok la , hari ni aku nak story pasal hari ke-2 kami di sini . pagi ni jadual perjalanan melancong kami sgt ketat sikit ..sbb kami nak menyusuri Sg Mekong menaiki perahu .ohhh...rasa tak sabar pulak ..jommmm


ini la hotel yg aku stay sepanjang berada di Vietnam...klu org M'sia sebut 'Thanh Thu'..klu org Vietnam yg sebut 'Thanh Ter '...mcm tu la kekdahnya..mmg selesa klu korang dok sini ...tmpt mkn halal mmg di sekeliling kita dan klu nak pegi pasar mlm atau nak beli brg keperluan yg urgent , mmg dekat je kedai-kedai disekelilingnya . time ni waktu pagi kul 7.30pg...tgh tunggu bas aka van yg besar utk bawa kami ke sg Mekong


ni permandangan di hadapan hotel tadi ..kedai baju...kedai makan halal..spa...mmg ada je kat sekeliling ...kat sini mmg penuh org Malaysia je tapi kebanyakannya cam sombong padahal satu negara ko .

ni adalah nasi daging aka sarapan kami pada pagi tu..kena makan pagi yg heavy sbb perjalanan nak ke sg Mekong amik masa 2 jam duduk dlm bas/van panjang tu .boleh pilih daging atau ayam tapi aku pilih daging sbb dah jemu dgn ayam ...mmg sedap k .

ini la kengkawan yg aku dah remind jgn tinggalkan aku sengseorg klu diorg nak merayap pegi shopping atau kemana-mana .mesti pegi bertiga tau .

ni pula kopi Vietnam yg sedap gile..hari-hari aku minum kopi ni sampai teringat-ingat bila dah tiba di Malaysia..

Sepanjang perjalanan  , aku tak amik pic pon...just memerhati tmpt org dgn pelbagai gelagat ...kitaorg dlm van asyik gelakkan aje karenah org sana ...huhuhu..mcm-mcm yg kami tak jumpa kat M'sia ni tau . salah satunya , korang tgk la keadaan pendawaian elektrik yg sangat kucar-kacir ni...giler arrrr..hihihi

kat M'sia hade mcm ni??? boleh meletup tau ...

sebelum sampai kat jeti sg Mekong  . kami singgah di pusat jualan bag ..mmg murah giler..sebaiknya beli kat sini sbb klu di jeti , harga dah naik sekali ganda .maklum la kwsn pelancong dan tmpt ni mm tersorok sikit dari pandangan luar .

see...byk lagi beg-beg  yg besar , kecik , comel , tak comel..semua ada..

ok..kami dah pun sampai di jeti sg Mekong..bersedia nak naik bot utk dibawa ketengah sungai dan kita naik perahu pula lepas tu utk menyusuri hilir sg Mekong pula .keadaan cuaca kat Vietnam agak panas dan berbahang ..sentiasa la berlengan pendek , bawak kipas tangan  ( klu boleh bwk yg saiz besar   , bawak air 100 plus utk menambah tenaga semula  , dan juga topi dan tuala kecil utk lap peluh )

see...muka tuan tanah dlm bot sebagai bukti beliau masih gagah utk bergambar meski pun dah berpeluh-peluh


turun baik-baik tau , ada buaya dlm sungai ni...

aku lagi...belakang tu , isteri kepada Farouk ( tourist guide kami di Vietnam )

wah...happynya tuan tanah tu...bergumbira dgn kengkawan...hilang stress dgn karenah anak-anak di rumah . terima kasih sayangku sbb bagi keizinan dan jaga budak-budak tu...Di sini kami nak ke suatu tempat yg terpencil di hilir sg Mekong tu..katanya ada ladang lebah , kilang candy kelapa dan menikmati buah-buah tempatan .Perjalanan selama 45 minit mmg sgt mengasyikkan ...sgt best time kat sini .

tiba di ladang lebah , yg paling bestnya dpt pengalaman baru  iaitu merasa sendiri madu lebah yg masih ada di sarang...just cucuk jari dlm sarang tu , dan kemudian rasa...mmg sgttttt sedap...original madu tau ..selain tu boleh bermain dgn ular sawa yg besar..selama ni aku takut nak pegang ular atau letak ular kat bahu , tapi kat sini aku try kesemua ...

see...sarang lebah yg aku cucuk jari tadi tu...mmg betul-betul jadi kenangan utk aku sampai bila-bila .
kami juga diberi rasa air teh madu berperisa pandan...mmg rasa tak sedap tp aku minum jugak...

kami lagi...panas dan penat tau time ni..rasa nak mandi je

jemput minum air teh madu perisa pandan ni...

selepas itu , kami menikmati lagu vietnam dari awek-awek seksi vietnam ni...diorg ni boeh jugak nyanyi lagu melayu  .tapi  rasa nak tergelak aje la...

sambil dgr lagu , kami di hidangakan dgn buah-buahab tempatan Vietnam..paling aku suka buah mangga dan buah ciku...sampaikan aku bawak balik Malaysia buah-buahan ni tau...

lepas tu , kami di bawa ke kawasan kampung,..di sini diorg jalankan perusahan kelapa ...mcm-mcm diorg buat..ada candy kelapa..gula-gula kelapa , cookies kelapa...tabung dari sabut kelapa dan mcm-macam lagi ...byk jugak aku borong kat sini

kemudian kami beramai-ramai naik kereta kuda keliling kampung

hampir setengah hari kami berjalan-jalan ,sudah sampai masanya kami balik semula ke jeti .tiba di bot , kami disajikan dgn air kelapa muda yg fresh...mmg terbaik la..

sebelum balik ke hotel , kami singgah makan tenghari di satu masjid yg aku pun dah lupa namanya...masakan lauk-pauk mmg sedap...mmg makin gemuk klu semakin lama aku stay kat vietnam ...huhuuhu

Sepanjang perjalanan balik ke hotel , kami semuanya tertido sbb kekenyangan dan keletihan ...apa-apa pun mmg seronok ..takkan lupa pada kenangan ini semua...

ok la  , tunggu aku update cuti-cuti ke Vietnam Part 3..kali ni kami byk shopping ...lagikkkk seronok .

Wednesday, May 27, 2015

CUTI-CUTI KE VIETNAM - PART 1

hai jumpa lagi...kali ni nak story pasal percutian pertama aku jejakkan kaki ke luar negara .planning nak  ke bandar Ho Chi Min City  , Veitnam , mmg dah lama terpendam .selama ni asyik tgk kengkawan aje yg berseronok holiday dan bershopping  , kali ni aku berpakat dgn opismateku utk join package yg ditawarkan oleh rakan sekerja juga  . package yg sangat berbaloi dan mmg best . aku recomened!!! Package percutian 4H3M ( termasuk makan/minum / tour ( menyusuri Sg Mekong , melawat Chu Chi Tunnel , melawat Muzium , Pej . Pos Besar  , ke Bant Than  Market dan hotel ) cuma RM580.00 dan tiket penerbangan AirAsia
( promosi masa tu ) cuma RM250 pergi-balik ( KLIA2 - Ho Chi Min City )...murahkan?? korang hanya bawa duit shopping je...

Bermula dari bulan Aug 2014 , aku dah bagi nama utk sertai package melancong ke Vietnam . Walaupun masa tu tgh sibuk kes MH370 dan MH17  , aku redha je la...hihihi..Aim utk ber holiday ni mmg kami dah tetapkan bila dpt bonus 2015 nanti..mmg terbaik utk shopping , duit tgh banyak  . Tanggal 9hb May sehingga 12hb May , kami seramai 15 org terbang menuju ke Bandar Ho Chi Min  , Vietnam .

Lebih kurang 2 jam penerbangan kami dari KL ke sana . mmg tido aje la jawapnya sbb kami bertolak malam iaitu pukul 7.40 mlm . Terima kasih pada cik abang kerana sudi menghantar aku pada hari tu...utk first time ni , aku pergi sendirian je... puas dah pujuk cik abang ttp dia tak mau ikut...haih...susah tul nak ajak dia berjalan . klu tak dah consider pra honeymoon kami utk Anniversary yg pertama tak lama lagi hihihi .

Sampai di airport Vietnam , kami di jemput dgn sebuah van yg besar...tourist guide kami kat sana adalah seorg brader dari Ipoh yg mmg menetap dan pun berkahwin dgn org Vietnam , namanya Farouk . dia la yg banyak bantu dan terangkan segala-galanya pada kami semua .lagi senang berkomunikasi dgn org Malaysia ..betul tak??

sampai je di hotel , kami semua di jemput utk mkn malam di restaurant Islam yg mmg berhadapan dgn hotel kami tu...mmg sedap dan puashati dgn hidangan yg disediakan .selesai  mkn , org perantaraan Farouk dtg ke restaurant utk proses penukaran duit Dong dan pembelian sim kad utk kemudahan berhubung dgn org tersayang . lepas siap semuanya , kami bebas nak buat apa pun...nak masuk bilik ke...nak mandi ke...nak shopping kat pasar malam ke....suka hati la sbb perjalanan melancong kami akan bermula keesokkan harinya ...pada mlm tu , aku dan kengkawan yg lain mmg amik kesempatan utk usha barang2 dan harga di pasar malam...esok baru kita boleh membeli belah pula .

k la korang , tunggu aku update lagi ye...korang layan pic dulu ye...


pasport dah ada...makin panjang la langkah aku pas ni ...

sempat bergambar dkt shopping complex yg banyak dlm KLIA2..tup tup ..member dah jerit kena cepat...berlari-lari aku ke Hall 18 utk masuk ke perut kapal terbang,,,fuhh ,,,mmg jauh berjalan dan penat giler..mlm tu , kami org ke-2  yg terlewat masuk.. mujur jugak dpt masuk even semput sbb berlari ...pengalaman yg tak boleh dilupakan

dari kl kul 7.40 mlm..sampai kul 9.40mlm...pertama kali jejakkan kaki di bumi org...first thing cari toilet..mmg tabik spring kat diorg..bersih gila ok!! cuma kepala paip aje tak ada...so , kena sediakan botol kosong sentiasa dlm bag sbb macamana korang nak cebok ??

bergambar lagi ..satu hape pun tak paham...

ini la hotel kami menginap..sgt puashati dgn servicenya ..kedai makan halal , mmg senang utk di cari...ada je berderet-deret kat hotel kami ni

ini la lauk makan malam kami mlm tu...ada ikan siakap masak sweet sour tau...lupa nak snap..kat sini kami asyik makan je...dah tu ikan besar-besar plak tu...mmg berbaloi package ni..aku rekomen kepada sesapa yg nak pergi ke Vietnam .

ini la bilik aku mlm tu...aku dgn partner yg aku tak kenal...tak kesah pun sesapa...janji enjoy...bilik yg selesa dan semua kemudahan tip top

lepas mkn dan tukar duit Dong ( 1 juta Dong = RM170.00 ) kami beramai-ramai jenjlan cuci mata kat pasar mlm  . pasar malam ada dibawah hotel kami aje..mmg terbaik la...

setelah puas jenjalan cuci mata , wajib beli air kopi Vietnam..mmg terbaek dan aku rekomened kepada semua org yg pegi sana utk mencuba..mmg akan teringat-ingat sampai balik Malaysia .secawan hanya RM3.00 aje..diorg terima ringgit kita juga even setakat niaga naik motor je

Thursday, May 21, 2015

CUTI-CUTI CAMERON HIGHLAND

Ini n3 lepas kami habis tournament TMP FIT 2015 yg telah diadakan di Kuantan tempohari  .Malam sebelum bertolak balik ke KL , cik abang dpt wassap dari family Mak Lang ( adik kembar cik abang ) yg diorg ada kat Cameron Highland . ada 1 bilik kosong dlm apartment yg mereka sewa dari Bank Rakyat tu...sooooo...apa lagi , berbunga hati aku ni nak pergi ke Cameron Highland tu..maklum la dah puas bisik-bisik kat telinga cik abang yg aku teringin nak bermalam kat sana .dan akhirnya dpt jugak !!! seronok tul .

Perjalanan dari Kuantan ke Cameron Highland mmg amik masa yg lama , lebih kurang 5 jam ..padahal Cameron Highland tu berada dlm neg . Pahang . aku pun pelik jugak , takkan la kena masuk KL semula utk tuju ke Tapah ?? otw dlm perjalanan , sempat jugak aku baca blog-blog org utk cari jalan paling dekat ke arah sana ..mujur juga ada ...laluan mengikut lebuhraya Pantai Timur -Barat aje dah amik masa 2 jam..pastu keluar kat Bentong Timur ( laluan kampung ) pastu keluar kat Pekan Raub , Felda Kroyan dan terus keluar kat  Ringlet..dari Ringlet kena amik simpang ke Tanah Rata..dari situ korang drive la lebih kurang 45 minit utk sampai ke Pekan Tanah Rata .fuh...kematu punggong aku duduk dlm kereta..nasib baik dok sebelah aje tak kena drive...

sampai di Tanah Rata  , terus calling-calling keluarga Mak Lang  , diorg dah sampai ke belum sebab apartment Bank Rakyat tu diorg yg sewa..so  , kami kena follow diaorg utk sampai ke aparment . lps masak-masak dan makan tengahari , kami 2 keluarga jenjalan melawat ke kebun teh .mmg cantik betul permandangan selepas hujan lebat ptg tu . Mlmnya kami jenjalan di pasar malam di Brincang pula...Mcm-mcm yg aku borong  , maklum la sgt excited tgk barang-barang yg dijual dgn harga yg murah..klu boleh nak beli semuanya...suhu pada mlm tu sgt la sejuknya..

ok la, keesokan harinya  , kami semua bertolak balik lepas singgah di pasar pagi . kat sini aku tak memborong banyak cuma 2 peket strawberry segar dan 3 pokok kaktus...duit  bonus kena simpan sikit ye sbb aku nak shopping kat oversea plak seminggu pas tu...tungguuu aku update ye , bye!!


cantikkan permandangan di kebun teh lepas hujan...udara sgt nyaman sekali .

gambar couple ni mesti ada dlm blog ye..huhuhu

aku dan anak saudaraku

pelbagai cenderahati yg comel di jual di pasar pagi



strawberry manis..belum sempat turun ke Tanah rata , dah selamat masuk dlm perut budak-budak ni

ni la budak bertiga yg habiskan 2 pek strawberry tu


pelbagai jenis sayuran..murah plak tu...4 barang RM10.00

tara....pelbagai macam barang aku beli...

Monday, May 18, 2015

TMPOINT FIT 2015 & HOLIDAY KAMI SEKELUARGA

ni entry lps kami balik bercuti di Port Dickson tempohari...akhir bulan April hari tu mmg sibuk memanjang sehingga la akhir bulan may nanti...selang seminggu ada je aktiviti utk kami sekeluarga...kali ni kami ke Kuantan Pahang pula atas sebab ada tournament bowling, badminton dan Dinner company .

Cik abg mmg minat dan aktif dlm bowling dan badminton so mmg dia masuk bertanding mewakili ibupejabat.Aku sebagai isteri dan kekasih hatinya ( chewaah...) mmg sentiasa ada bersama utk bg semangat .Alhamdulillah ..beliau n geng menang dlm pertandingan itu. 

Di Kuantan Pahang kami menginap di hotel Grand City Hotel..hotel biasa-biasa je utk kami anak-beranak bermlm sepanjang 3 hari di sana...memandangkan kami baru dpt bonus kami angkut sekali anak-anak sekali gus berholiday sakan...mmg tepat tul timing yg CFO setting..time tgh masyuk ni boleh bawa keluarga mkn angin juga..

3 hari 2mlm di Kuantan..kami tidak berjln ke mana-mana just tgk tournament cik abang..mula-mula lawan  bowling di Berjaya Shopping Complex , disini kami sempat juga pusing-pusing jenjalan cuci mata dan makan-makan .. Keesokkan harinya tgk ayah  main badminton Sport Center  UIA Kuantan pula...tak kisah semua tu...janji kami sekeluarga ada bersama-sama di setiap masa.

ok layan pic kami di Kuantan tempohari...tak byk pun picnya sbb tak sempat nak posing bagai...pas abis tournament kami sekeluarga ke Cameron Highland pula...tunggu aku update ye...

barisan pemain bowling ibupejabat..tahniah...dpt no 3


 aku dan anak-anak..setia menunggu sampai habis games ..
 
keesokan harinya ada pertandingan badminton dan bola jaring.. time ni tgh berlawan dgn TMP Sabah ..mmg makanan budak diorg ni la.tak sampai 10 minit diorg dah menang ..terror jugak kan??utk perlawanan Badminton , ibupejabat Juara Keseluruhan .

Di luar court Badminton , budak-budak ni sibuk buat senaman dgn perkakas yg ada...ye la  , diorg ni dah tahap boring duduk dlm court ..berpanas plak tu...tak pe la uolls semua..lps ayah tamat games , jom kita ke Cameron Highland plak ye...





 

k korang...next entery ..moh kita ke Cameron Highland ...pra honeymoon , shopping dan jenjalan habiskan duit .huhuhu