ni aktiviti aku bersama kengkawan yg lain hari jumaat lepas , disebabkan memasing tiada agenda penting kat luar samada nak shopping atau gi makan-makan , so kami beramai-ramai memulakan lawatan ke tmpt baru keja kami nanti di Menara TM . kami yg seramai hampir 10 org , bergether-gether naik teksi dan memulakan lawatan .
memula kami mencari -cari lif utk naik kat tingkat 38 ni , maklum la , tingkat dah la banyak , maka lif pun ada 3 zone yg berlainan , silap naik lif , amik ko , kena menapak naik tangga la gamaknya . oh ya , klu nak naik tkt 38 , korang kena amik zone 3 tau...jgn le salah zone lak..
dah sampai kat tkt 38 , kami terus ke North Wing , coz kat situ la opis kami ..kat sini kami berkongsi dgn 4 unit iaitu Finance , Quality , Marketing dan juga HR . eee....rasa cam tak sabar-sabar nak tgk tmpt duduk baru ku nanti ....mmm...semangat tu mesti berkobar-kobar ye....hehehehehe
ok , kat sini aku tepek picture opis baru aku nanti , buat masa sekarang elektrik cam air-cond dan server masih belum ada lagi...kerja-kerja pembaikan masih lagi dijalankan .even air dlm bilik air pun masih belum ada...
k la , korang layan pic ni semua ye .
tara.....ini la opis aku dari pintu masuk utama....mmg panjang kehujung sana...
bila sampai aje kat sini , terus cari tmpt duduk sendiri....see , tmpt aku , no 2 dari kanan...
di setiap meja sudah ada nama masing-masing...sekarang ni , kotak utk barang peribadi aku for sure dah sampai ...
tuan tanah yg semakin bulat....bergambar dulu di meja baru , almari baru dan kerusi baru...karpet pun baru jugak tau!!
ni permandangan antara org belakang...mmg luas giler..dah tak boleh dah nak bergossip lagi..huhuhu
sebelum balik ,harus berposing beramai-ramai tanda kami dah jengah kat tmpt baru . harap-harap , tiada la yg sesat nanti bila dah kesini lepas krismas nanti ye....
oh ya , lepas melawat kawasan , kami ke tkt 3 utk makan tengahari...kat tingkat 3 tu ,adalah foodcourt bagi staff di Menara TM tu...walaubagaimana pun , kat sini , ada jugak restoran yg lain cam Secret Recipe dan juga cafe San Francisco Coffe....mmm..kat sini mmg korang kena sediakan duit aje la...selain tmpt makan ini semua , ada jugak mini market , butik dan juga booth jualan utk setiap hari jumaat ....pergh....pada hari tu , sempat juga kami cuci mata dgn jualan yg ada....ada org jual comforter , tupperware , Avon , baju kanak-kanak , baju wanita , tudung , alatan elektrik dan sebagainya . wei....mmg abis la nanti duit aku bila dah ralit dok shopping kat sini ..huhuhuhu
lepas cuti krismas nanti , kami semua sebagai warga TSSSB ibupejabat ,akan memulakan kerja seharian di tmpt baru ini . maka , bermula aktiviti aku naik tren ( LRT Ampang , tukar ke masjid jamek dan terus ke Kerinchi ) dan mengejar masa utk sampai ke rumah dgn cepat...harap-harap , semuanya berjalan lancar nanti
k la...itu sahaja utk kali ni , nanti aku update lagi klu ada story...bye!!