Sunday, March 18, 2012

CRISPY WEDGES WITH JALAPENO CHEESE

ini dia sarapan pagi sabtu ( pagi tadi ) .boleh pulak terbangun cepat di hari cuti sabtu camni . kul 6.45pg dah tersedar dan terus sembahyang subuh . dan mata ni pulak terbuntang dah tak nak tido ...mmm...geram ajer rasanya .

Dek terbangun awal ni , makanya terajin la pulak siapkan sarapan sampai 2 hidangan . memula nak rasmikan tepung jalapeno cheese yg telah kami beli beramai-ramai di opis melalui online tempohari . kentang wedges pulak  , aku beli secara timbang kat Giant Ampang hari khamis lalu . semua barang express telah tersedia . secepat kilat hidupkan api dapor gas dan menggoreng wedges  . sementara tu , celurkan mee kuning dan tumbuk bawang putih dan merah utk masak mee goreng simple ( second menu )

memula goreng kentang wedges ye..bukan kasut wedges...tu busuk!!

jalapeno cheese powder...aku dah transfer dlm bekas ...senang nak susun dlm petiais

 ambik sikit tepung tu , dan bancuh ngan air panas...ikut la nak pekat camna...

 kacau sehingga sebati atau hilang bintil-bintil tepung tu
 
pastu curahkan atas wedges yg telah siap digoreng ...klu korang nak masukkan dlm bekas picit tu  , pon boleh gak...tapi aku ni tuang aje ngan sudu...tak koser le teman...

layan pulak ngan kopi o panas...mmg terbaek...terasa bersarapan di restoran KFC kekdahnya...mmg betul-betul crispy tau wedges tu...terbaekk

dah tau dah dgn tekak anakanda yg banyak songeh , awal-awal aku dah standy sarapan mee goreng utk dia. kot la dia tak suka wedges tu ,tapi yg ni pun aku belasah gak ..kuikuikui 


ok le  , semua menu tu dah tersiap tak sampai le 1 jam di dapor , maklum la semuanya simple belaka . k la , jemput bersarapan pagi cara aku ye..klu gemuk jgn mare ye...

No comments :