hai korang!! mood raya sudah mari ke?? pada aku mood raya kali ni mmg ada coz dpt berkumpul beramai-ramai nanti . semua adik-beradik aku seramai 6 org semuanya ada .keluarga memasing pun dah besar dan semakin ramai .lagipun adam pun dah besar , mmg dia mencari kawan aje utk bermain . main bunga api atau dgr bunyik mercun pun dah berani . masa ni la aku boleh tgk tv kegemaran aku nanti atau bergossip dgn mak...huhuhu
k la , kali nak cerita pasal shopping sebelum balik raya nanti . oh ya , tinggal seminggu aje lagi kita semua akan beraya , so , sebelum tu ,aku nak tayang sikit persiapannya . Semua ni aktiviti selepas dapat gaji .Alhamdulillah , ada sedikit ganjaran utk semua non-exec TM coz kami semua dpt duit tunggakan kenaikan gaji selama 7 bulan selepas CA ( perjanjian bersama Nute ) telah selamat ditandatangani . mmg durian runtuh la kan time nak raya cam ni?? apa lagi , jom shopppppiiiinggggg
tmpt paling popular utk shopping raya , adalah ke Jln Tengku Abdul Rahman KL , kat sini , rambang mata dibuatnya tau . dari tak nak beli , terus aje terjebak kena beli . memacam kelengkapan raya diaorg jual , kena sediakan duit aje la..
Hari tu , aku belikan tudung anak-anak sedara aku ni , semuanya mak mereka kirim kat aku . aku tolong pilihkan thru phone...mmg berjam-jam duduk sini tau .
masa ni kat muaz tepi lrt masjed jamek , cantik tudung budak ni , tudung dua layer gambor butterfly..murah aje RM8.80 aje..
ni kat mydin , ingat mydin , ingat afne..kekekek...time ni , aku tgh belek-belek sarung kusyen utk mak . aku tolong pilihkan aje..
pilih-pilih,,,nanti bayo k
time ni kat salah satu gerai kat Jln TAR , misi mencari tudung utk anak sedara . dan pic ni jugak aku wassap kat kakak dan adik aku kat JB ..korang pilih la thru phone aje..cantik-cantikkan tudung budak ni , RM10.00 sehelai .
tudung budak lagi..rasanya trend corak rama-rama la agaknya raya tahun ni..
kain samping . masa ni kat muaz di bersebelahan Semua House . mmg heaven beli-belah kat sini ...murah - murah
oh ya , ni kat jejantas di antara sogo dan Lrt Bandaraya , mmg jalan jem tak ingat . sebaiknya naik pengakutan awam lagi baik .
ni hasil rembatan kat Jln Tar , harap bayo ek adik-beradik aku sekian .
ni kasut raya utk tuan tanah . brand Carlo Rino jadi pilihan . beli kat JJ midvalley hari jumaat lepas .
hari jumaat lepas , pegi JJ dgn jijah , masuk department kanak-kanak , terus teringat kenangan bersama afne , selalunya shopping ngan dia . dan tmpt baby bukan utk aku lagi. aku kena ke tmpt kanak-kanak sebaya adam pulak utk beli baju dia . t-shirt putih utk basahan waktu malam . dan warna oren dan merah tu , utk time beraya . spender raya pun ada jugak tau . jgn main-main!!!
ok la , persiapan shopping tang baju atau kasut semuanya dah ready . aku pun dah stop nak beli itu ini lagi . next , bab kereta plak .