tanggal 7/6/2014 , tarikh keramat dlm hidupku , dari tarikh itu , aku bergelar semula sebagai seorg isteri setelah hampir 7 tahun aku tinggalkan gelaran itu .
tiada kisah cinta dan tiada ungkapan sayang antara kami tapi takdir yang menentukan jodoh kami . Sejujurnya aku mengakui betapa besarnya kuasa Allah tentang jodoh . Bermula dari aku menjejak kaki ku ke rumahnya , selang 2 minggu wassap bertalu-talu dari keluarganya utk menanyakan mengenai hubungan kami , dari situ aku bagaikan rasa ada magnet utk aku katakan 'YA' dan seterusnya menerima dia sebagai suami dan dari situ bermula kisah kami menguruskan hal-hal yg berkaitan dgn persiapan untuk bernikah semula . Pelbagai kenangan manis dlm menguruskan hal itu semua , kekadang boleh buat kami tergelak bila mengingatinya . Keputusan utk bersatu , setelah bersama bersepakat utk meninggalkan kisah silam dan memulakan hidup baru . kini , usia perkahwinan kami baru memasuki 2 bulan dan aku akui aku amat berbahagia bersama suami dan anak-anak baruku .
Doa ku , semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan aku berharap tiada gangguan dari orang ketiga dlm hubungan kami ini . Cukup la perhubungan masa silam ditinggalkan dan jaga lah kerukunan rumahtangga masing-masing dan yg penting jadilah seorg isteri yg ikhlas dan bermaruah di mata suami . Beri lah aku peluang utk menumpang kasih dan sayang bersama suami dan anak-anak hingga nafas terakhirku .
Utk suamiku yg tercinta dan aku hormati , aku berharap agar perkahwinan kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat . Dlm diam , aku amat memerlukan dirimu dlm setiap waktu dan saat meskipun aku tidak pernah luahkan pada mu .
Sesungguhnya , aku amat menyayangi dirimu... i love you so much , sayang !
2 comments :
alhamdulillah..tahniah sis..semoga bahagia akan sentiasa bersama sis sehingga ke akhir hayat..amin!
Tahniah Kak Ros..Pesan kat Abg Chik jaga akak elok2 dan semoga ikatan berkekalan hingga ke Jannah Amin......
Post a Comment