Tuesday, August 12, 2014

SUASANA RAYA 2014 - RAYA KE - 4

hai ..jumpa lagi...masih lagi mood raya..korang layan je la ye..kira 5 hari aku berada di kampung ku Muar , maka ada 5 hari suasana raya aku nak dok story .

kali ni raya ke 4 , mmg dah plan  , akan banyak rumah yg kami nak terjah ..cik abang cuma angguk je ke mana kami nak beraya . lagi pon  , ni la masanya aku nak perkenalkan suami baruku kepada saudaraku  yang lain , kot la pada hari nikah hari tu , diorg tak dpt dtg  . yang pasti anak-anak baru ku la yg paling seronok  sbbnya banyak la diorg dpt duit raya dari rumah ke rumah nanti tu .

Oh ya , semasa hari raya hari tu , kat Johor tgh musim buah langsat dan rambutan , puas jugak la kami merasa buah-buah itu , hanya dgn petik kat pokok je...mmg terbaek .

k la , layan pic kami beraya sakan ni ye .

buah langsat tgh meranum atas pokok , geramnya tgk

kakak n baby nak makan buah langsat , ayah kena la panjat..

bersungguh cik abang tgh petik buah langsat atas pokok . mungkin pengalaman pertama dia dpt buat camtu ..ye la , kat KL tu mana nak jumpa petik buah atas pokok ?

amik banyak sikit ye  , boleh bawak balik kl ..oh ya time ni pagi , kitaorg sampai dulu kat rumah , rupa-rupanya semua org belum siap..sementara menunggu kami round belakang rumah amik buah

best kan stay kat kampung? klu tau byk buah-buahan , mmg kami dah bawak baju spare utk clearkan semua buah2an tu atas pokok ...tak pe  , cik abang dah jadi anak Puan Rahmah , next time boleh memanjat  , menebas di kebun dan berlari kutip buah durian gugur...

haih  , tangan sapa la yg dok tunjuk-tunjuk tu.....eeee....muka stress cik abang tu...hehehehe

fresh lagi buah langsat ni  . suka aje si baby dok mkn sepanjang perjalanan beraya .

buah rambutan pon ada jugak

pada hari tu puas giler beraya dan makan kuih raya  . klu dikira lebih kurang 6 buah rumah telah kami singgah ..dan perjalanan paling jauh sampai ke Tangkak kami beraya . dah nak magrib baru la kami bertelur dalam bilik hotel  , mandi-mandi dan rehat-rehat . pas Isyak , kami sekeluarga makan malam di tepi Muara Sg Muar dan selepas tu  , nak terjah ke rumah rakan sekerja di unit HR .  tq pada Lekuk aka Shahrul Bai dan isteri ( Nani ) sbb sudi melayan kami yg dtg beraya waktu mlm .

k la , layan pic kami beraya dgn berkonvoi 4 kereta ke rumah saudara di kampung...


layan muka kami 4 beranak dlm kereta sebelum memulakan perjalanan . spt biasa  , adam mmg tak nak bergambar

beraya di rumah pertama...aku bertudung biru..kakak ( tudung coklat ) dan adik no -5 ( berbaju merah )
 
pic aku dan suamiku...flossy aje kulit memasing-masing...huhuhuh


 masa ni bebudak memasing baik aje...mkn kuih dan tgk tv...

 
beraya rumah ke-3 , hah!!!! mcm-mcm berlaku ...nasib baik tak patah kaki tu...macamana la boleh buaian terbalik?? entah apa la yg si Danish ni buat . adoiii...sessi drama airmata ...

sempat berpossing dgn mak tersayang...

kami melawat mokteh yg sangat uzur...simpati dgn keadaan mokteh ku ini .

bergambar dgn adik  dan kakak dan Puan Rahmah

selfie beramai-ramai

k la , sekian utk cerita suasana raya ke -4 kami  , esoknya  , kami dah pun nak check out dan plan terus balik KL tapi ada rumah kawan yg kami nak menyinggah...tunggggguuuu Suasana Raya 2014 - Raya ke -5

Monday, August 11, 2014

SUASANA RAYA 2014 - RAYA KE- 3

ini suasana kami berada di kampung raya ke3..masa ni ke semua adik-beradik aku balik termasuk juga abang kandung yg berada di Dubai .walla..walla.....mmg terbaek la semua ada di kampung .raya ke-3 juga tiada aktiviti kami utk beraya rmh saudara mara sbb masing-masing kepenatan sbb baru pulang dari rumah mertua. Cuma malam tu  , budak-budak ni je la main bunga api dan mercun KLCC 25 das...mmg riuh rendah suara diorg ni...makin seronok la si kakak dan baby dpt bermain bunga api beramai-ramai dgn sepupu baru  . dah namanya budak-budak , sekejap je keakraban diorg ni.. lepas main bunga api dan layan diorg sekejap , aku sekeluarga balik ke tmpt penginapan kami  .

Oh ya , lupa nak beritau , sepanjang aku berada di kampung , aku  , suami dan anak-anak akan berkampung hotel di bandar Muar tu . Bukannya nak berlagak atau cerewat atau demanding , cuma nak cari sedikit keselesaan . rumah mak di kampung mmg la panjang & luas tapi bilik ada 2 je..so  , tak best la plak klu suami atau anak-anakku nak salin baju di bilik org lain  . klu bab tido mmg tak jadi masalah  , boleh je tido kat mana-mana . Kami dah pun booking hotel ni sebelum bulan puasa lagi . rasanya dah 2x stay kat Hotel Riverview Muar ni , tu yg boleh kami repeat lagi . kadar semlm pun mmg berpatutan  . gambar bilik hotel lupa nak snap sbb anak-anakku dah terjun tiruk  kat katil sebelum sempat aku keluarkan HP .

Lagi satu lupa nak cerita , raya ke-3 ni  , mak masak lauk spt pagi raya...khas utk anak-anaknya yg beraya di rumah mertua pada tahun ni . utk tahun ni ,turn aku aku beraya di rumah mertua di raya pertama , so kira mcm mak masak special utk anak-anak dan menantu la...mmg heaven dpt mkn masakan dari air tangan mak...ada nasi impit , ayam masak merah , kuah kacang , rendang daging ...sorry  , pic tak ada  , terus ngap masuk mulut .

layan pic kami bermain bunga api je la...

tgh adjust nak letak pasang mercun katak celah pokok pulasan...


adam ni , tak tau la motip utama dia tutup sebelah telinga tu...haih!! perangai lama takut dgn bunyi kuat tak habis-habis sampai ke besar..


mercun KLCC 25 das kedengaran di kampung Pt Unas Muar

seronok betul diorg main bunga api ...


ucu jadi tokei bunga api mlm tu...semua budak-budak tadah tangan aje mintak bunga api


boys sibuk main api je lebih...even mercun pop pop diorg bakar kat api ...adoi...mcm-mcm karenah...klu kena tangan  , nasib korang la ye

sampai terlompat-lompat si adam berbaju biru tu . seronok sgt la tu

last but not least , ni pic ibu-ibu yg comel mlm tu...yang paling kiri paling comel rasanya..huhuhuuhu

k la , setakat ini utk raya ke-3 aku dan keluarga .

tunggu Suasana Raya 2014 - Raya ke 4

Friday, August 8, 2014

SUASANA RAYA 2014 - RAYA KE-2

Ini suasana raya kami yg ke-2 ..lepas habis sessi suasana raya pertama , aku terus packing barang utk tido semalam plak di Ampang  . mmg kena balik urgent ke rmh aku di Ampang sbb.....huhuhu...bab yg ni aku tak boleh share story dgn korang ..rahsia rumahtangga ye..

Pagi raya ke -2 , kami semua bangun lewat..penat sangat penangan beraya semlm tu . tengahari baru keluar rmh nak mencari makan. Di sebabkan tiada hala tuju , kami amik keputusan utk balik je ke Muar...wow...bila Cik  Abg cakap macam tu , terus berbunga-bunga hati ini . laju aje aku packing barang utk balik beraya di Muar walaupun hakikatnya dah lari dari plan asal . tapi tak apa , balik ke kampungku sendiri , tak ada tmpt tido pun aku boleh selit je kat mana-mana...

sebelum balik kampung , hiburkan hati anak-anak di tmpt permainan kanak-kanak di The Mines , Serdang ..nak balik ke Muar , mama & ayah tak perlu rush-rush , bukannya jauh pun..mata mama pejam celik pejam celik dok sebelah ayah dlm kereta , dah pun ke bandar Muar tu...huhuhu..

k la...layan pic ye
 
 seronok diorg ni main lompat-lompat dlm ni..setau aku  , adam mmg tak pernah jejak kaki kat permainan jenis berangin ni sbb dia kan penakut je lebih..bila ada kakak n baby , hilang terus rasa takut dia tu...time ni mmg budak-budak ni aje la conquer

lagi pic diorng...main puas-puas ye..mama n ayah nak dating sekejap...

seronok ye korang !

adam dah serasi dgn kakak n baby...


time ni kami dah pon sampai di Muar..ptg-ptg tak sah klu tak bersiar-siar amik angin ptg di Tanjung Emas Muar , Cik Abg  , jgn kerut dahi ye...nanti cepat tua .huhuhu

berselfie dgn Cik Abg ...nice pic..dah jadi wallpaper dlm hp dah..semoga perhubungan ini kekal hingga ke akhir hayat . Amin

air surut plak time ni...apa-apa pun diorg happy menikmati permandangan di muara Sungai Muar .

seronok tak baby ?

ni ikan belacak..setau aku ikan ni hidup 2 alam...dlm air boleh hidup , atas darat pon boleh juga . mmg banyak terdpt kat lumpur di muara  . ni la diorg dok perhatikan tu...maklum la org KL mari kampung...harus la diorg nak explore dgn lebih dekat lagi

Lepas berseronok-seronok di tepi muara Sungai Muar , kami semua pekena nasi putih dan asam pedas Muar...mmg terbaek..sorry pic tiada sbb rasa tak semenggah je nak ambik pic time org tengah ramai kat foodcourt di Tanjung Emas tu . k la...sampai disini suasana raya ke-2 kami  . 

tunggu Suasana Raya 2014 - Raya ke-3

Thursday, August 7, 2014

SUASANA RAYA 2014 - RAYA PERTAMA

jumpa lagi ye...kali ni masih dlm mood raya..so semuanya kisah berhari raya je la...byk tau aku dah draft utk n3 akan dtg...korang tunggu je...

tahun ni , tahun pertama aku bergelar isteri...tahun ni jugak buat pertama kali seumur hidupku  , aku sambut raya berjauhan dgn mak dan kampung halaman di Muar ...rasa sedih tapi rasa biasa aje plak...camna tu?? hehehehe...biasa la..aku kan jiwa kental...huhuhu..

sehari sebelum menyambut hari raya , aku , adik ipar dan suamiku sibuk masak rendang ayam cili padi..oh ya , suamiku ini org melaka tapi menu diorg ni more menghala ke citarasa Negeri Sembilan ..mujur juga aku ni jenis tak kisah bab makan , cuma tolak kayu dan batu je...bab masak rendang ayam ni  , semuanya resepi dari ateh...aku yg mmg surrender bab masak ni , cuma bantu potong-potong apa-apa yg patut supaya semua jadi lagi cepat , aku cuma buat kuah kacang je..huhuhu ...cik abangku tukang hidupkan api dan secara automatik ramai jugak la ' dayang-dayang ' yg dok keliling sibuk nak main api dan mengacau rendang..tapi tak apa , diorg ni semuanya baik lakunya

Malam raya  , bebudak ni sibuk main bunga api diluar rmh  , aku dan suami jadi pemantau diorg ni...pas siap main bunga api , aku siapkan baju raya suami dan anak-anak , seronok plak rasanya . pas tu terus tido sbb esoknya kami nak jalan jauh , tapi..........kami berdua ni tido ke ??? oppsss...hehehehhe

Pagi raya , kami sama-sama siapkan mkn dan minum utk semua org..mkn ramai-ramai memang meriah la jadiknya..menu utama ketupat , rendang ayam cili padi , kuah kacang dan sayur lodeh menjadi hidangan pagi itu .sorry , lupa nak snap pic...bukannya tak sempat tp rasa malu plak nak snap sana sini coz beraya di rumah mertua la katakan...harus la segan lebih ...

Pas cik suami balik sembahyang raya , sessi bermaafan pula , mmg seronok rasanya tapi yg pasti budak-budak la yg paling seronok sbb bila bersalaman aje , diorg dpt duit raya...time ni , adam buat hal , tak nak bergambar atau bersalam . apatah la yg tak kena dgn budak tu pagi raya hari tu . Oh ya , bersalaman  tak dpt aku upload sbb masih dlm kamera mama uda aka adik iparku .

k la korang , aku tepek pic di pagi raya  , nanti aku selitkan sikit-sikit story kat bawah pic tu ...layan k..

ni pic dlm bilik kami , haih!! tak boleh tgk semuanya...mmg serabut yg amat..ini pic anak-anakku yg tersayang...bertudung merah tu si kakak ( anak expressku )  , yg sebelahnya tu anak sedara .

ni si anak dara paling muda di rumah mertuaku..anak mama uda , Imanina Zahra namanya...comel je pakai baju raya sedondon dgn mamanya

budak berdua ni mmg tak boleh dipisahkan..sentiasa berdua...pepagi raya dah main batu seremban

berselfie dgn anak daraku yg paling kecil...sgt manja dgn aku..may be kurang kasih sayang dari umminya kot??

lepas bersalaman  , kami menziarah ke pusara ibu mertuaku di kawasan UPM Serdang..

lepas berziarah ke kubur , kami berkonvoi 3 kereta  ke Melaka pula , tmpt yg dituju ke Masjid Tanah , ke kampung halaman suamiku .tahun ni mmg betul-betul seronok coz puas berjalan ke rumah saudara sebelah suami .

ini aje pic handsome boy yg dpt diambil pagi raya tu...mmg susah nak amik pic dia...

ini lah keluarga besar sebelah suamiku...ceria aje tgk di wajah memasing

berselfie beramai-ramai mcm ni , mmg seronok .

ateh dan aqila ( anak sedara )

me n aqila

di raya pertama tu , mmg betul-betul penat...dari Serdang ke Melaka pas tu patah semula ke Serdang...dlm pukul 7.30 mlm , kami semua selamat sampai di rumah .Puas kami beraya beramai-ramai kali ni ...hampir 5 bijik rumah abis kami redah..yg pasti , budak-budak paling seronok dan yg tak bestnya , aku dah termakan banyak pada hari tu...OMG!! abis la berat badan naik!!

k , tunggu suasana raya 2014 - RAYA KEDUA 

Friday, July 25, 2014

AKU SAYANG KAMU



tanggal 7/6/2014 , tarikh keramat dlm hidupku  , dari tarikh itu  , aku bergelar semula sebagai seorg isteri setelah hampir 7 tahun aku tinggalkan gelaran itu .

tiada kisah cinta dan tiada ungkapan sayang antara kami tapi takdir yang menentukan jodoh kami . Sejujurnya aku mengakui betapa besarnya kuasa Allah tentang jodoh . Bermula dari aku menjejak kaki ku ke rumahnya , selang 2 minggu wassap bertalu-talu dari keluarganya utk menanyakan mengenai hubungan kami , dari situ aku bagaikan rasa ada magnet utk aku katakan 'YA' dan seterusnya menerima dia sebagai suami dan dari situ bermula kisah kami menguruskan hal-hal yg berkaitan dgn persiapan untuk bernikah semula . Pelbagai kenangan manis dlm menguruskan hal itu semua  , kekadang boleh buat kami tergelak bila mengingatinya . Keputusan utk bersatu ,  setelah bersama bersepakat utk meninggalkan kisah silam dan memulakan hidup baru . kini , usia perkahwinan kami baru memasuki 2 bulan  dan aku akui aku amat berbahagia bersama suami dan anak-anak baruku .

Doa ku  , semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan aku berharap tiada gangguan dari orang ketiga dlm hubungan kami ini . Cukup la perhubungan masa silam ditinggalkan dan jaga lah kerukunan rumahtangga masing-masing dan yg penting jadilah seorg isteri yg ikhlas dan bermaruah di mata suami . Beri lah aku peluang utk menumpang kasih dan sayang bersama suami dan anak-anak hingga nafas terakhirku .

Utk suamiku yg tercinta dan aku hormati , aku berharap agar  perkahwinan kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat  . Dlm diam , aku amat memerlukan dirimu dlm setiap waktu dan saat meskipun aku tidak pernah luahkan pada mu  .

Sesungguhnya  , aku amat menyayangi dirimu... i love you so much  , sayang !

Friday, July 18, 2014

LAMA GILA TAK UPDATE

hai korang....lama gile aku tak update blog...mesti korang rindu kat aku kan??? sorry la...bukan dah lupa kat blog kesayangan aku ni tpi disebabkan lambat gile nak upload gambo , tu yg aku fed-up tu..so ...lelama , terus terberhenti sudah...

Oh ya , sepanjang menghilang ni , macam-macam berlaku pada ku...ada yg sedih...gembira...marah...eh!! macam-macam la...apa-apa pun  , semua tu dah terlipat dlm kenangan aku...mmg sukar utk aku lupakan dan yg penting aku bahagia dgn kehidupan baru ku .

eh  ...rasanya mcm nak berblogging semula tapi korang jgn marah k  , kalau aku update pic tahun 2013 tau.....banyak kenangan yg tersurat dlm tu...titik permulaan katanya...hehehehehe

k la , sebelum aku stop , layan pic aku n my son . byee